Buat penggemar coklat pasti akan gembira tentang fakta yang menunjukkan mereka yang menggemari coklat selalunya mempunyai body mass index (BMI) yang lebih rendah. Namun perlu diingatkan agar mengambil coklat dalam sukatan yang berpatutan. Jom ikuti 10 fakta menarik dan manfaat coklat gelap untuk kesihatan anda.
1. Coklat membuatkan anda bijak
Kajian di Britain menunjukkan makan coklat gelap boleh meningkatkan prestasi dalam bidang pengiraan. Ia mampu meningkatkan aliran darah ke otak dan mampu membuatkan minda sedar lebih berjaga-jaga.
2. Coklat meningkatkan kadar penglihatan
Oleh kerana keupayaannya meningkatkan pengaliran darah khususnya ke otak, sekaligus ia boleh meningkatkan aliran darah ke retina dan memberi rangsangan yang baik terhadap mata anda.
3. Coklat menceriakan mood anda
Menikmati coklat adalah sesuatu yang mengasyikkan seolah anda sedang menikmati kehidupan anda yang indah. Kajian menunjukkan bahawa penggemar coklat gelap menjalani kehidupan lebih ceria dan berasa kurang stress.
4. Coklat melindungi kulit anda
Coklat gelap sebenarnya baik untuk kulit anda. Flavonoid iaitu sejenis antioksidan yang ditemui dalam coklat gelap dapat memberikan beberapa perlindungan daripada kerosakan UV dari matahari.
5. Coklat mampu melawan diabetes
Kajian di Itali mendapati coklat mampu meningkatkan sensitiviti insulin dan seterusnya mengurangkan risiko diabetes.
6. Coklat mengurangkan kadar serangan strok
Di Sweden, kajian yang dilakukan terhadap wanita yang makan coklat lebih daripada 45 gram seminggu kurang berisiko terkena serangan strok sebanyak 20% lebih rendah.
7. Coklat meningkatkan kesihatan jantung
Coklat adalah antara agen yang bertindak melawan peradangan dimana ia mampu merendahkan tekanan darah, kadar kolestrol dalam badan, dan risiko menghidap penyakit jantung.
8. Coklat meningkatkan pengaliran darah
Koko mengandungi anti-pembekuan darah dan satu sifat yang bekerja dengan cara yang sama seperti aspirin. Ia boleh meningkatkan aliran peredaran darah dengan baik.
9. Coklat boleh mengatasi lapar
Oleh kerana coklat sangat kaya dengan fiber, ia mampu membuatkan anda berasa kenyang dan kurang lapar. Kajian juga menunjukkan bahawa coklat gelap lebih baik berbanding susu.
10. Coklat boleh mengelakkan batuk
Ramuan dalam coklat yang dipanggil 'Theobromine' mampu mengurangkan aktiviti saraf vagus. Pada tahun 2010, para saintis membuat kajian untuk menghasilkan sejenis ubat yang mengandungi theobromine bagi menggantikan ubat batuk yang mengandungi kodein yang boleh mendatangkan kesan sampingan yang berisiko.
Sumber : Petua dan kesihatan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan