Jumaat, 2 Oktober 2020

MAKANAN YANG MENCEGAH DIABETES

 


Sekiranya anda memiliki ahli keluarga yang menghidap diabetes, anda berisiko untuk mewarisi penyakit ini. Tetapi sebenarnya, anda masih boleh menghentikan serangan diabetes ini.  Tidak dinafkan faktor keturunan dan usia menyumbang kepada diabetes, namun terdapat kajian telah membuktikan penyakit ini boleh dielakkan. 

Persoalannya bagaimana? Dengan diet yang sihat dan senaman. Kebanyakan pakar bersetuju saiz hidangan dan apa yang dimakan adalah penting kerara tiada cara ajaib bagi diabetes untuk dielakkan.


Anda disarankan untuk mengambil lebih sayur-sayuran dalam pemakanan kerana ia boleh mengurangkan risiko sehingga 14 peratus. Jika anda kerap mengambil kekacang dan kacang soya ia boleh mengurangkan hampir separuh daripada risiko diabetes.  Secara tidak langsung diet sihat sebegini juga baik untuk kesihatan jantung anda.

Piramid makanan berkhasiat dan seimbang

Bagi bertukar gaya pemakanan sihat, anda perlu peka tentang jenis makanan yang boleh diambil dan makanan yang perlu dielakkan. Misalnya, minuman berkarbonat boleh meningkatkan 26 peratus ddiserang diabetes dan 50 peratus bagi makanan yang telah diproses. 

Saiz hidangan yang sesuai bagi diabetes

Jika anda teringin makan kek, boleh sahaja tetapi rancanglah terlebih dahulu seperti seminggu sekali.  Pilihlah saiz hidangan yang kecil dan sentiasa mengambil sayur-sayuran hijau, buah-buahan, kekacang dan bijirin.

Selain merancang strategi pemakanan dan senaman yang teratur, anda harus sentiasa bersikap positif kerana ia sangat membantu meningkatkan peluang diri anda untuk bebas dari diabetes.

Namun perlu diingatkan sesiapa sahaja boleh diserang diabetes. Semuanya bergantung cara pemakanan anda. 

"Gen ibarat senjata yang berpeluru, namun amalan gaya hidup ialah pemicunya."  - Dr. Melina Jampoli.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kenapa kita perlu ambil POLIFENOL dalam diet seharian ?

Mungkin daripada kita pernah dengar tentang PROTEIN, VITC, VIT E  Polifenol merupakan bio aktif kompaun yang secara semulajadinya dalam tum...