Jumaat, 30 Oktober 2020

9 MANFAAT PISANG UNTUK KEKAL SIHAT

 


    Berita baik buat si penggemar pisang kerana ia adalah buah yang bebas daripada lemak, kaya dengan vitamin dan potasium serta rendah kandungan garam. Sebaliknya bagi yang tidak menyukai pisang, mungkin anda akan mula menggemarinya selepas mengetahui 9 manfaat pisang untuk tubuh anda kekal sihat. Jom ikuti manfaatnya yang perlu anda tahu.

1. Sebagai sumber tenaga

Pisang mengandungi gula dan karbohidrat yang mudah dicerna dan tidak terlalu cepat dilepaskan di dalam darah. Oleh itu, ia dapat menyalurkan sumber tenaga dengan cepat dan boleh bertahan lama. Ia juga mempunyai B complex yang berfunngsi untuk membina tenaga. Jadi, tidak hairanlah mengapa para atlet atau pengamal diet memilih pisang dalam rutin harian mereka.  

2. Perlindungan kardiovaskuler dan baik untuk jantung

Mineral penting iaitu postasium adalah sumber terbaik yang menjaga tekanan darah dan fungsi hati. Penyelidikan di Archives of Intrnal Medicine menyatakan bahawa makana serat tinggi seperti pisang dapat membantu penyakit hati. Kandungan kalium yang tinggi dan natrium yang rendah dalam buah pisang dapat membantu mencegah risiko darah tinggi.

3. Mengurangkan stress

Kombinasi pelbagai zat yang terkandung dalam pisang dapat mengatur keseimbangan kelembapan dalam tubuh serta memperbaiki saluran oksigen ke otak. Kandungan potasium bermanfaat bermanfaat menormalkan degupan jantung anda. 

Bagi individu yang mengalami kemurungan dan tekanan, kandungan potasium dalam tubuhnya akan berkurang dengan drastik dan ia akan mengakibatkan metabolisme meningkat. Jadi, kandungan potasium ini dapat mengurangkan tekanan yang dialami.

4. Meneutralkan asid perut

Asid gastrik boleh dineutralkan dengan pisang. Makan pisang bersama segelas susu baik untuk pesakit gastrik atau sakit perut.

5. Mencegah risiko stroke

Potasium bertindak sebagai egen nutrisi yang penting dalam mengurangi risiko kematian akibat stroke. Kajian membuktikan 40% risiko stroke menurun dengan pengambilan buah pisang.

6. Baik untuk kehamilan

Wanita hamil memerlukan asid folik yang cukup bagi pertumbuhan janin dalam rahimnya. Pisang sangat disyorkan kerana ia akan mencegah kecacatan pada bayi dan membantu pembentukan sel-sel baru dengan lebih cepat yang sangat diperlukan oleh janin.

7. Baik untuk penghadaman

Serat yang terkandung dalam pisang membantu menjaga kesihatan usus anda dengan baik. Ia boleh mengatasi masalah sembelit serta penyakit usus yang lain. 

8. Mencegah pereputan tulang

Amalan makan pisang secara rutin dapat membantu  tubuh anda menyerap kalsium dengan lebih baik di mana ia akan membantu mengurangkan perkumuhan kalsium dalam air kencing.

9. Memperbaiki mood

Hormon serotonin dapat dihasilkan melalui vitamin B6 yang terkandung dalam pisang. Hormon ini berfungsi mengatur emosi dan menenangkan fikiran anda. Jadi, makanlah pisang untuk mendapatkan semula mood baik anda.


Sumber: Petua dan kesihat.












h

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kenapa kita perlu ambil POLIFENOL dalam diet seharian ?

Mungkin daripada kita pernah dengar tentang PROTEIN, VITC, VIT E  Polifenol merupakan bio aktif kompaun yang secara semulajadinya dalam tum...