1. KULIT LEBIH MUDA DENGAN LOBAK
Penyelidik di Universiti Bristol dan Universiti St.Andrews menyatakan karotenoid yang terdapat dalam lobak merak membentuk kulit yang bercahaya. Ia juga baik untuk kesihatan mata anda.
TIP: Ambil sebatang lobak, dikupas dan dibasuh bersih. Anda boleh sahaja menjadikan lobak sebagai kudapan yang sihat atau dimasak bersama sayur yang lain. Selain dimakan begitu sahaja, anda juga boleh membuat jus lobak tanpa tambahan gula atau susu.
2. KEKALKAN JISIM OTOT DENGAN BAWANG MERAH
Proses penuaan akan berlaku seiring dengan kehilangan ton oto. Tetapi quercetin flavonoid, iaitu sejenis antioksidan dapat membantu mengekalkan jisim otot seterusnya mengekalkan wajah muda anda dengan lebih lama.
TIP: Hanya satu biji bawang merah sehari secara konsisten diperlukan untuk tampil muda. Anda boleh makan mentah bawang merah sebagai ulam atau dimasak bersama sayur atau lauk yang lain.
3. HINDAR MASALAH UBAN DENGAN AYAM
Seiring meningkatnya usia, ubat juga turut mempamerkan diri. Namun ia boleh dihindari atau diperlambatkan pertumbuhannya dengan makan ayam. Vitamin B12 yang terdapat dalam ayam dapat menghasilkan melanin yang mengekalkan warna rambut dengan lebih lama.
TIP: Amalkan makan bahagian dada ayam. Dimasak rebus, kukus, bakar atau ditumis bersama sayur-sayuran. Elakkan makan ayam goreng secara kerap.
4. MATA BERSINAR DENGAN HALIA
Arcus senilis adalah satu jalur putih bawah mata yang dikaitkan dengan paras kolestrol yang tinggi. Ia boeh dibuang dengan halia. Jurnal perubatan Arab melaporkan satu sudu kecil halia segar yang diambil berterusan selama 45 hari dapat mengurangkan kolestrol LDL
TIP: Ambil satu sudu kecil halia dan dicincang halus. Anda boleh makan begitu sahaja atau campurkan bersama sedikit madu bagi mengurangkan rasa halia yang kuat di dalam mulut. Selain itu, anda juga boleh mengamalkan air halia suam.
5. KEKALKAN JUMLAH RAMBUT DENGAN KACANG EDAMAME
Laporan daripada Jurnal Pemakanan menyatakan protein soya yang terdapat dalam kacang edamame dapat menghalang dihydrotestosterone iaitu sejenis hormon yang bertanggungjawab menyebebkan keguguran rambut sebanyak 15 peratus. Selain itu ia sangat berpengaruh untuk kesihatan jantung.
TIP: Pengambilannya 100 gram setiap hidangan. Ia boleh dijadikan sebagai kudapan sihat selepas dicelur seketika atau ditumis dan anda juga boleh campurkan ia di dalam masakan anda bersama ayam.
6. KURANGKAN KEDUTAN DENGAN MINYAK BIJI GANDUM (WHEATGERM)
Makanan yang terbaik bagi mengurangkan masalah kedutan pada kulit adalah vitamin E. Ia berfungsi dengan sebatian seperti lycopene dan beta-karotena untuk mencegah kerosakan disebabkan cahaya matahari, kedutan dan lain-lain penyebab penuaan. Jumlah minyak ini menyediakan anda sehingga 15mg hitungan diet yang disyorkan (RDA).
TIP: Ambil 3/4 sudu besar mak an setiap hari. Sebaiknya di ambil sebelum sebelum sarapan pagi ketika perut kosong.
7. KEKALKAN STAMINA DENGAN BAWANG PUTIH
Senaman membantu memastikan anda kelihatan lebih muda dan bawang putih akan membantu anda untuk mengekalkannya. Penyelidik dari Turki mendapati ia dapat memperbaiki prestasi dengan meningkatkan kestabilan aliran darah.
TIP: Amalkan dua sudu kecil makan bawang putih yang dicincang halus secara konsisten setiap hari sebelum sarapan pagi. Anda boleh sahaja mencampurkan ia dengan sedikit madu bagi mengurangkan rasa bawng putih yang kuat di dalam mulut. Selain itu, lebihkan penggunaan bawang putih dalam setiap masakan anda.
Sumber: iSIHAT. bil.65
K
Tiada ulasan:
Catat Ulasan