Selasa, 6 Oktober 2020

KUMAN MENGEMBARA BERSAMA ANDA

 


    Sebenarnya setiap saat kuman berteman dengan kita. Kuman sentiasa menempel pada tubuh dan tangan kita sebelum diserahkan kepada orang lain. Sungguh mustahil untuk mengelak daripada kuman kerana ia sangat licik dalam penyebaran penyakit.

    Mencuci tangan sangat penting bagi menjaga kesihatan diri dan juga orang sekeliling anda. Namun masih ramai yang tidak memberi penekanan pada perkara ini. Antara anggota tubuh, tangan adalah agen yang paling pintar dalam menyebarkan kuman kepada manusia lain.

    Sikap sambil lewa dan menganggap isu membasuh tangan sebagai suatu perkara enteng dan mudah adalah ketidakpekaan terhadap masalah kesihatan tambahan pula pendemik covid-19 yang melanda dunia ketika ini.

    Jika anda menyentuh makanan tanpa membasuh tangan, kuman dengan senang hati akan melompat daripada tanagn ke permukaan makanan. Apabila makanan yang telah dihuni kuman itu dimakan ia boleh berlakunya penyakit.

    Jika ditanya adakah makanan yang dimasak dirumah lebih selamat? Jawapannya belum tentu lagi ia selamat dimakan. Ini kerana penyediaan makanan sangat penting dan perlu dititikberatkan bagi mengelakkan penyakit berjangkit. Tangan, semua bahan mentah, dan perkakasan di dapur perlulah dibasuh dengan bersih sebelum digunakan. Bahan mentah yang tidak dibasuh boleh menjadi ancaman penyakit. Anda disarankan tidak menggunakan pisau dan papan pemotong yang sama bagi sayur dan daging. Sentiasalah membasuh tangan setiap 20 saat semasa menyediakan bahan memasak.

    Tidak kira apa pun aktiviti yang anda lakukam, walaupun menyikat rambut atau memegang kucing biasakanlah terus membasuh tangan selepasnya. Selagi anda tidak membasuh tangan, selagi itulah kuman akan mengembara bersama anda. Ketika itulah berlakunya pemindahan kuman.

    Sekiranya anda bersin, segeralah menutup hidung dan mulut dengan tisu dan buang terus tisu tersebut ke dalam tong sampah. Jika anda tiada tisu dan berada dalam keadaan yang sesak, bersinlah pada lengan baju anda. Bahagian dalam yang dekay dengan tubuh adalah tempat yang paling jarang bersentuhan. Selain itu, tutup mulut dan hidung apabila orang lain bersin dan segeralah membasuh tangan anda. Sentiasalah membawa tisu atau sapu tangan dan cecair pembersih tangan kemana sahaja anda pergi.

    Mencuci tangan sekurang-kurangnya 15 saat dengan sabun dan air serta menggosoknya dengan betul sudah cukup untuk menyelamatkan anda dan orang lain dari menjadi mangsa kuman yang tersembunyi.

Ikuti 7 langkah membasuh tangan dengan betul dibawah:

  1. Basahkan tangan dan ratakan sabun dengan sempurna keseluruh tangan.
  2. Gosok kedua-dua belah tangan anda.
  3. Gsok setiap jari dan kesemua celah-celah jari.
  4. Gosokkan kuku ditelapak tangan.
  5. Gosok belakang tangan dan celah jari dari arah yang sama.
  6. Basuh tangan dengan bersih.
  7. Keringkan tangan anda dengan tisu atau kain yang bersih.

    Setiap hari sebaik sahaja celik mata, tanganlah anggota yang paling dulu melakukan tugasnya. Meruap muka, menggaru kepala dan sebagainya. Secara tidak sedar beribu-ribu pergerakan yang anda lakukan sepanjang hari. Basuhlah tangan anda bukan sekadar membasahkannya. Jom mulakan mencuci tangan dengan betul. Supaya ia menjadi kebiasaan dan tabiat yang baik untuk kesihatan anda dan orang lain. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kenapa kita perlu ambil POLIFENOL dalam diet seharian ?

Mungkin daripada kita pernah dengar tentang PROTEIN, VITC, VIT E  Polifenol merupakan bio aktif kompaun yang secara semulajadinya dalam tum...