Biji selasih lengkap dengan nutrien seperti vitamin, karbohidrat, mineral, lemak dan juga fiber. Ikuti kebaikan dan manfaat biji selasih dibawah:
1. Jangkitan Kulit
Bagi yang mengalami masalah kulit seperti ekzema atau psoriasis boleh menggunakan biji selasih sebagai alternatif perubatan. Caranya, ambil biji selasih dan campurkan bersama minyak kelapa, kemudian sapukan ke bahagian kulit yang bermasalah.
2. Penghadaman
Biji selasih dapat mengatasi masalah sembelit, kejang perut, kembung perut, berak tidak teratur dan lain-lain masalah penghaaman. Anda hanya perlu rendamkan biji selasih ke dalam air panas kemudian minum ketika air menjadi suam. Atau anda boleh sahaja campurkan biji selasih ke dalam jus minuman.
3. Ubat Penenang
Minuman biji selasih mampu melegakan sakit kepala, migrain, tekanan, ketegangan urat dan ia boleh berfungsi sebagai ubat penenang menggantikan ubat tahan sakit atau panadol.
4. Merendahkan Suhu Badan
Air kosong dicampur dengan biji selasih dapat merendahkan suhu dalam badan akibat cuaca panas atau mengalami demam panas. Ia akan perlahan-lahan menyejukkan badan anda.
5. Menyihatkan Rambut
Kandungan vitamin K, zat besi dan sumber protein dalam biji selasih membantu menyihatkan rambut dari akar hingga ke hujung rambut.
6. Meningkatkan Sistem Imunisasi
Kuasa vitamin C dan antioksidan pada biji selasih sangat efektif dalam meningkatkan sistem imun tubuh anda.
7. Menyembuhkan Batuk
Antispasmodik yang ada pada biji selasih membantu menyembuhkan batuk. Caranya, campurkan biji selasih ke dalam secawan teh panas dan diminum suam.
8. Menurunkan Berat Badan
Biji selasih kaya dengan fiber dimana ia akan membuat anda rasa kenyang dan tidak lapar. Ia bagus bagi anda yang ingin mengawal nafsu makan. Hanya dengan tambahkan biji selasih ke dalam minuman anda tanpa gula dan ia akan membantu anda untuk kekal berdiet.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan