Isnin, 19 Oktober 2020

5 BUAH AJAIB

                                                                                                                                                                       Mengetahui apa yang kita makan adalah  sesuatu yang menarik, malah memberi rangsangan kepada diri untuk cenderung memilih konsep pemakanan yang sihat dan seimbang. Menghayati nikmat makanan membuatkan kita rasa lebih bersyukur. Setiap khasiat dan manfaatnya adalah berbeza-beza. Jadi jom kenali antara 5 buah ajaib yang sangat baik untuk kesihatan anda.

1. Timun

- Melawaskan perut serta mengelakkan sembelit.

- Membantu mengurangkan berat badan kerana kalori yang sangat rendah.

- Mengurang kolesrol dalam badan.

- Minum jus timun dapat meneutralkan cecair dalam badan dan menyegarkan serta menyejukkan dalam badan.


TIP: Sekiranya anda mengalami kulit muka yang kering, gunakanlah timun sebagai masker harian kerana timun mengandungi kandungan air yang tinggi  serta mengandungi vitamin C dan mineral.

2. Delima

- Bertindak sebagai antioksidan dan antibakteria.

- Mengandungi kandungan vitamin C yang tinggi. Sebiji delima mengandungi  40% vitamin C yang diperlukan oleh tubuh sehari. 

- Meningkatkan imunisasi.

- Membantu menurunkan tekanan darah, sakit otot dan risiko sakit jantung.


TIP: Jika anda menghidap penyakit kencing manis, dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum mengamalkan jus delima. 

3. Kurma

- Bertindak sebagai antioksida.

- Mengurangkan kolestrol.

- Mengelakkan sembelit.

- Menguatkan ingatan.

- Sangat baik dimakan untuk penghidap darah tinggi kerana kandungan sodiumnya yang rendah.

TIP: Makanlah 3 hingga 5 biji sehari dan jangan berlebihan pula kerana ia agak manis.

4. Tembikai

- Tembikai mempunyai kandungan lycopene yang tinggi dimana ia membantu mengurangkan penyakit jantung dan tekanan darah tinggi. 

- Tembikai mampu melindungi sel daripada rosak  serta mempunyai antioksidan yang dapat mengurangkan keradangan sel. Jika anda stress atau letih, buah tembikai adalah pilihan yang terbaik untuk dimakan. 

- Menyejukkan badan selain dapat mengurangkan dahaga.

TIP: Bagi yang mempunyi penyakit asma atau lelah, dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

5. Zaitun

- Sunber terbaik vitamin E untuk awet muda!

- Mengurangkan kolestrol dalam badan.

- Menghalang sel daripada rosak dan mati dimana ia boleh mengakibatkan kanser.

- Baik untuk kesihatan mata, kulit dan sistem imunisasi.

TIP: Ambil satu sudu makan minyak zaitun sehari. 

Rasulullah s.a.w bersabda; "Makanlah minyak zaitun dan berminyaklah dengannya. Sesungguhnya ia berasal dari tumbuhan yang diberkati." - Riwayat at-Tirmizi.


Sumber: GenQ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kenapa kita perlu ambil POLIFENOL dalam diet seharian ?

Mungkin daripada kita pernah dengar tentang PROTEIN, VITC, VIT E  Polifenol merupakan bio aktif kompaun yang secara semulajadinya dalam tum...