Jumaat, 30 Oktober 2020

5 SUPERFOOD UNTUK PERKEMBANGAN MINDA KANAK-KANAK

 


1. SUSU DAN YOGURT

Kandungan protein, kalsium dan vitamin B yang tinggi dalam produk tenusu sangat penting bagi tumbesaran kanak-kanak. Ia juga penting bagi menyokong pembentukan tulang  dan gigi yang kuat untuk mereka. 

Yogurt mengandungi bakteria baik yang dapat meningkatkan sistem imunisasi dan membantu penghadaman kanak-kanak. Ia boleh mengelakkan masalah sembelit yang boleh menggangu proses perkembangan minda daripada fokus.

2. BIJIRIN PENUH

Otak kanak-kanak memerlukan kandungan gula yang secukupnya untuk membekalkan tenaga sepanjang hari. Kajian menunjukkan pengambilan sarapan pagi bersama bijirin mampu membekalkan jumlah tenaga yang sepanjang proses pembelajaran di sekolah dalam tempoh masa yang panjang. 

Elakkan mengambil bijirin yang ditambah gula atau pemanis tambahan seperti gula icing, madu dan coklat. Antara bijirin penuh yang baik untuk kanak-kanak ialah rolled oat, quinoa dan empingan jagung.

3. BUAH-BUAHAN

Biasakan anak-anak dengan buah-buahan sedari kecil. Lebih baik seawal 7 bulan. Berikan buah-buahan tinggi serat seperti pear, pisang, prune dan betik untuk membantu sistem penghadaman mereka. 

Bagi membantu daya fokus dan ingatan serta sistem visual kanak-kanak, pilih buah-buahan yang tinggi antioksidan seperti strawberi, blueberries dan ceri.

Manakala untuk tingkatkan imunisasi, amalkan buah-buahan yang kaya dengan vitamin C seprti oren dan anggur. 

4. SAYUR-SAYURAN

Selain buah-buahan, sayur juga amat penting dalam menu anak-anak anda. Ajarlah mereka makan dan cuba hidangkannya dalam pelbagai masakan. 

Pilihlah sayuran yang segar kerana ia mempunyai vitamin dan mineral serta sifat antioksidan yang tinggi untuk mengekalkan sel otak yang kuat.

5. DAGING TANPA LEMAK

Daging merupakann sumber makanan yang kaya dengan zat besi serta kandunagan zink yang sangat baik untuk daya mmemori kanak-kanak. Ia membantu kanak-kanak menumpukan perhatian semasa pembelajaran di sekolah.












l


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kenapa kita perlu ambil POLIFENOL dalam diet seharian ?

Mungkin daripada kita pernah dengar tentang PROTEIN, VITC, VIT E  Polifenol merupakan bio aktif kompaun yang secara semulajadinya dalam tum...