Ahad, 11 Oktober 2020

ISU PEMAKAIAN SKINNY JEANS DI LUAR NEGARA


 

    Pemakaian skinny jeans dilihat menjadi satu trend fesyen sehingga mengabaikan kepentingan demi tampak lebih bergaya dan up-to-date. Ia dikatakan menunjukkan sisi seksi, bergaya dan ranggi kepada si pemakainya. Namun begitu, ramai yang tidak sedar dan tahu bahawa keghairahan mereka terhadap skinny jeans ini mampu mengundang padah seperti mengakibatkan masalah kemandulan, kerosakan, jangkitan faraj dan juga masalah kesuburan lelaki.

    Kesan pemakaian seluar ketat seperti skinny jeans ini dipandang serius bagi beberapa buah negara kerana fesyen yang dianggap bergaya ini sebenarnya adalah punca penyakit. Ikuti beberapa buah negara yang memandang serius isu ini.

1. Thailand

    Akhbar The Nation di Thailand pernah melaporkan, pakar perbidanan republik itu mengingatkan wanita agar tidak menjadi mangsa fesyen dengan memakai seluar dalam dan seluar sendat, termasuk jean yang menjejaskan kesihatan kerana boleh menyebabkan jangkitan kuman serius dan risiko barah sekitar kawasan alat sulit.

    Beberapa pakar perbidanan dan sakit puan di sana dalam laporan itu turut mengesahkan ketiadaan udara hanya mendedahkan pemakainya kepada jangkitan kuman yang boleh mengundang kepada bau busuk da pengeluaran cecair berlebihan. Malah, ia boleh menyebabkan penyakit barah sekiranya masalah itu berterusan.

2. London

    Akhbar London juga pernah melaporkan, sebuah klinik British berpendapat lelaki mungkin menganggap mereka kelihatan seksi jika memakai seluar ketat tetapi ia sebenarnya menyebabkan tahap pemanasan yang berlebihan terhadap buah zakar dan menjejaskan kesuburan. Apabila seluar dalam ketat dibuat daripada gentian manakala pemakainya menggunakan jean ketat, ia menambahkan lagi masalah. 

    Udara yang banyak perlu untuk bahagian penting supayadapat mengeluarkan air mani sihat dan pergerakan buah zakar mestilah bebas. Selain itu, seluar dalam yang dibuat daripada kapas atau seluar pendek sutera lebih sesuai untuk lelaki bagi mengelak penyakit yang serius ini.

3. Indonesia

Indonesia pernah mengeluarkan larangan rakyatnya daripada mengenakan seluar jean ketat dan menyaman rakyatnya apabila ditahan mengenakan seluar jean ketat.

Seandainya masih tegar untuk memakai skinny jeans, maka pilihlah seluar jenis yang longgar potongannya dan fabrik yang selesa yang betul-betul bersesuaian dengan anda. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kenapa kita perlu ambil POLIFENOL dalam diet seharian ?

Mungkin daripada kita pernah dengar tentang PROTEIN, VITC, VIT E  Polifenol merupakan bio aktif kompaun yang secara semulajadinya dalam tum...