Bak kata hukama: "Jangan meninggal dunia sebelum memastikan kita ada kediaman yang selesa untuk menetap di syurga."
Persoalannya, bagaimana mahu membina kediaman berupa mahligai yang indah di syurga nanti? Jawapannya, tentu sahaja bukan dengan wang ringgit, emas mahupun permata. Ia dibina dengan amal soleh dan zikir.
Hakim al-Ahmasi berkata: "Aku mendengar syurga dibina dengan zikir. Apabila zikir terhenti, maka para malaikat pun terhenti daripada membina syurga. Apabila mereka ditanya: 'Mengapa berhenti bekerja?' Mereka menjawab: 'Kami sedang menuggu bahan binaannya (zikir).'" -Riwayat Ibn Abi Dunya.
Abu Ayyub al-Ansari menceritakan, pada malam Israk Baginda s.a.w sedang lalu melintasi nabi Ibrahim. Baginda bertanya: "Siapakah yang bersamanu wahai jibril?" "Ini Muhammad," jawab jibril. Lalu nabi Ibrahim berkata: "Wahai Muhammad, pesankan kepada ummatmu agar memperbanyakkan menanam pokok di syurga. Tanahnya subur dan luas." "Bagaimana ingin menanam pokok di syurga?" Rasulullah bertanya. "Ucapkanlah kalimah la hawla wa la quwwata illa billah." -Riwayat Ibn Hibban.
Daripada Jabir, Rasulullah bersabda: "Sesiapa yang membaca subhanallah al-Azim wa bihamdih, maka akan ditanamkan baginya pokok kurma di syurga." -Riwayat at-Tirmizi.
Biarpun begitu, zikir tidak hanya di pinggir bibir sahaja. Zikirlah dari hati yang mengharapkan keredhaan Allah swt serta beramal soleh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan