Ahad, 26 Februari 2023

REVEIW & FEEDBACK BLOGMEGASHAKLEE 1.0

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua.



Bersua lagi buat sahabat-sahabat yang sudi baca coretan Geeha. Minggu lepas telah selesai program Blog Mega Shaklee 1.0. Perasaan agak teruja sebab utama dengan adanya task begini, kita boleh update blog yang dah lama suram dan sepi.



FEEDBACK #blogmegashaklee : 


Sangat ramai yang menyukai program #blogmegashaklee 1.0.  Ramai yang dari kami berlatarbelakang yang berbeza. Bila ada program bersama seperti ini #blogmegashaklee 1.0 dapat menyatukan kami walaupun sebelum ini kami tak pernah kenal. 

Dibawah ni boleh lihat, Review yang sangat jujur oleh ahli yang join program ini #blogmegashaklee 1.0.












KENAPA NAK LAGI BLOG MEGA SHAKLEE 2.0?


1. BLOG TERUPDATE

Dah lama Geeha tak Update blog. Agak bersawang dan tiada Update yang terkini daripada Geeha. Agak lama dalam 2 tahun juga blog yang ada ni tidak bertulis apa-apa.. Tahu tak, Geeha bersyukur sangat bila join Program  BLOGMEGASHAKLEE 1.0 sebenarnya dapat membantu Geeha untuk sentiasa update dan dalam  masa yang sama bantu skill menulis menjadi lebih baik. Ini artikel Geeha yang terbaru. 


Orang Kata Intermittern Fasting Boleh Kurus?

Set Kurus Paling Berkesan


Geeha harap nanti bolehlah anda lawat artikel yang  terbaru ni ye


2. RAMAI KENALAN DAN DAPAT BERKONGSI ILMU

Bila kita buat program bersama seperti BLOGMEGASHAKLEE 1.0 ni sebenarnya dapat menambah kenalan dalam komuniti bisnes shaklee. Penting sebenarnya bila kita ada komuniti bisnes Shaklee ni, dalam masa yang sama sebenarnya kita dapat berkongsi pengalaman masing-masing dalam bisnes Shaklee. Mungkin daripada sini kita akan beroleh tips-tips penting kejayaan seseorang dan pengalaman yang mungkin belum pernah kita alami.


Kenalan yang ramai dalam komuniti bisnes Shaklee akan dapat membantu untuk menyokong  kedudukan bisnes kita dalam bisnes online. 



3. BUAT TASK SAMBIL BELAJAR 


Program BLOGMEGASHAKLEE 1.0 memang setiap ahli yang join mesti ada task yang perlu dilakukan . Setiap task ni sebenarnya membantu kemahiran kita yang mungkin sebelum ni kita tidak pernah belajar dan diajar. Mungkin selepas join kita akan belajar sesuatu yang baru yang dapat membantu skill kita menjadi lebih baik


Sekian sahaja, Review dan FEEDBACK daripada Geeha. Doakan Geeha dan team terus maju jaya ye,




#blogmegashaklee

#shakleethrive2023

#shakleetriumph2023






Jumaat, 24 Februari 2023

9 SEBAB KENAPA KOMUNITI BISNES SHAKLEE BEST DAN SENTIASA DI HATI

Assalamualaikum.

6 Tahun Geeha bersama dengan Shaklee sejak tahun 2017. Asalnya memang untuk makan sendiri, namun bila Shaklee ada peluang untuk membuat side income dan kebetulan Geeha memang sangat-sangat memerlukan duit sebab banyak komitmen, Geeha terima offer dari Upline untuk memulakan bisnes Shaklee. Maka dari situ, terjebaklah Geeha dalam Komuniti Bisnes Shaklee.











1. CINTA YANG KUAT


Apabila kita MEMBINA BISNES banyak sangat duka pada permulaan. Parut-parut yang masih segar dalam ingatan dan menjadi kekuatan untuk Geeha bangun dan bangkit. Walaupun mengensot sekali pun Geeha mesti teruskan usaha yang terbaik dalam bisnes Shaklee.

Perjalanan Geeha untuk naikkan bisnes Shaklee memang sangat-sangat payah. Banyak sangat distraction, banyak sangat permainan emosi, banyak sangat tentangan , banyak juga fasa menjatuhkan yang membuatkan Geeha terpaksa bertahan dan belajar perbaiki diri dan belajar untuk menguruskan emosi dengan lebih baik. 

Geeha sayang komuniti bisnes Shaklee , siapa sahaja yang memberikan ilmu pada Geeha terutama upline-upline , Geeha sangat sangat menghargai mereka. Mereka adalah insan - insan yang kuat dan memberi sokongan untuk Geeha teruskan dalam bisnes Shaklee. Semangat mereka ada dalam fasa Geeha untuk bangkit dan kekuatan untuk melalui dunia bisnes yang penuh mehna. Im fall in love dengan komuniti bisnes Shaklee

Terus terang Geeha katakan , Geeha pernah decide untuk tinggalkan Shaklee, tapi bonding komuniti bisnes lain itu tidak sama. Banyak lompong dan kelemahan yang membuatkan Geeha teringat - ingat dangan komuniti bisnes Shaklee .

2. BUKAN UNTUK DUNIA MALAH AKHIRAT JUGA

6 tahun bersama Shaklee, banyak ilmu yang upline- upline Geeha curahkan, Marketing, strategi, pengurusan duit, pengurusan masa , ilmu nutrisi, dan banyak lagi kalau nak sebutkan . Namun, ianya bukan dunia semata-mata. Malah ilmu akhirat juga tidak ketinggalan . Bisnes dan Agama tiada yang berpisah keduanya diperlukan .


3. TAK KEDEKUT ILMU

Persaing kita kalau bisnes diluar sana, mesti berlumba-lumba untuk merebut custumer. Tapi dalam komuniti bisnes Shaklee  lain sangat. Ilmu yang mereka ada walaupun side line atau group yang lain mereka tetap mahu berkongsi ilmu dengan team lain.

Berlainan sangat komuniti bisnes Shaklee ni kan ?

Sepatutnya mereka menjaga rahsia untuk sukses untuk team sendiri, tapi tak mereka sudi berkongsi ilmu dan digunakan bersama dengan team lain. Serius Geeha katakan , perkara begini tak akan jadi dan berlaku untuk group bisnes lain. 


4. BERSAING BERSAMA

Shaklee adalah salah satu syarikat yang lama bertahan dalam industri. Bayangkan dah 100 tahun Shaklee ada dalam pasaran makanan tambahan.

Bertahan itu dalam maksudnya syarikat yang mampu membayar komisyen ejen ahli yang berdaftar berjuta setiap tahun. Tanpa pernah miss, tanpa pernah terlambat untuk bayar pada setiap 15hb setiap bulan dan tanpa pernah memotong mana-mana komisyen ejen Shaklee disebabkan tidak mampu untuk membayar.

Alhamdulillah Geeha sangat - sangat bersyukur yang mana Allah lorongkan hati ini masih bertahan dan masih bersama Shaklee hingga sekarang. 

Dengan ada pembayaran bonus tunai, membuatkan komuniti bisnes Shaklee excited untuk bersaing dengan sihat. Bayangkan, masing-masing ada tujuan dan impian , namun yang bestnya mereka bantu each other untuk terus maju kedepan bersama-sama. 



5. PROGRAM SIHAT BERSAMA-SAMA

Pernah tak kita dengar yang company XYZ jual produk yang ada bahan merkuri dalam produk mereka? Atau pernah tak kita dengar yang company ABC sangat berkesan tetapi ada bahan steroid dalam produk yang mereka pasarkan.

Sesungguhnya, Geeha nak beri tahu yang Shaklee adalah produk yang sangat selamat ALHAMDULILLAH. Produk yang ada beratus saintis, produk yang ada kajian , produk yang beribu kali uji kaji dan saringan .

Kenapa, kita masih melihat produk Shaklee adalah produk yang timbang kilo? Tak patut bukan? Sebab itu Geeha sanggup berada dalam bisnes Shaklee ini sebabnya adalah produk yang beyond organic.

Disebabkan produk Shaklee beyond organik dan berkualiti, ramai komuniti bisnes shaklee anjurkan banyak program untuk sihat. Bayangkan anjuran program diet sihat bersama-sama walaupun group  berbeza kitaorang masih boleh berkomunikasi bersama-sama tanpa ada rasa kekok. 

Masing-masing menunjukan progres sihat dan berat badan mula menurun dengan lebih baik. Bukan sahaja duit dapat malah kesihatan sihat juga dapat dilakukan bersama






6.RAMAI KENALAN 

Geeha ada 6 orang upline atas Geeha. Bayangkan ramai side line iaitu komuniti bisnes Shaklee yang boleh kita berkenalan dan bertukar pandangan.

Bila ada program yang dianjurkan Geeha boleh berkenalan dengan ramai kawan-kawan yang sama fokus dengan Geeha. Sangat ramai lagi bagus, supaya kita boleh upgrade skill komunikasi dan bertukar idea serta pandangan 

7. BELAJAR DARI ORANG HEBAT

Syukur alhamdulillah dengan ramai komuniti dalam bisnes shaklee menunjukkan ramai orang-orang hebat yang ada bersama-sama. Bayangkan kita bersama leader-leader hebat yang ada background yang sangat-sangat hebat. antaranya, doctor, engineer, designer, guru dan ramai lagi. 





8. MENAIKAN ALGORITHM BISNES ONLINE

Kebanyakan komuniti bisnes Shaklee ini berbisnes online. Maksudnya, mereka memasang kedai online di Facebook, Instagram, Tiktok , Blog dan sebagainya. Dari situ,  apabila komuniti bisnes Shaklee memainkan peranan mereka dengan like, komen di media sosial maka akan menaik algorithm posting tersebut.

Nampak kecilkan kesannya, tapi kita sangat memerlukan algorithm ini supaya bakal prospek melihat dan mula yakin membeli dengan kita.


9.BERJAYA BERSAMA

Komuniti bisnes Shaklee sangat  besar pengaruhnya dalam kehidupan bisnes kita. Bila sama-sama membantu dan memberikan sokongan antara satu sama lain, insyaAllah kita sama-sama akan berjaya dalam dunia bisnes ini. Kita tak mampu untuk berjaya seorang, tapi dengan bersama-sama kita mampu kuat bersama.




#blogmegashaklee

#shakleethrive2023

#shakleetriumph2023




Rabu, 15 Februari 2023

HIKING BATU SAWAH

Hiking Batu Sawah, Negeri Sembilan

MEI 2018 


Memang satu perasaan yang luar biasa setelah beberapa tahun tidak memanjat gunung/bukit. catatan rekod paling tertinggi adalah pada 2000m di gunung berembuN
N Cameron Highland.
Perasaan lain kali ini bersama suami tercinta serta rakan -rakan En Suami.  Seperti biasa, jika kemana-mana pasti akan membawa kelengkapan vitamin kami disana.  Supaya stamina sentiasa ada walaupun tinggi dalam lebih kurang 333.33 m.

Berjalanan kami sehari sebelum pendakian kami tidur di Homestay Omak akam. Sangat menarik Homestay ni. Luas rumah kampung dan memang sangat-sangat recommended kepada siapa yang mahu mendaki di Batu Sawah. 


Homestay Omak Akam



Luas kan? boleh muat beberapa orang sahaja. Harga sangat-sangat berbaloi hanya RM 60 sahaja.

Berhajat esok pagi mahu makan sandwich sebagai sarapan. yeahh apa lagi...malam sebelum pendakian sibuk membuat bahan-bahan untuk sandwich.  

Lepas tu baru kami lena dibuai mimpi.

Jam 5 kami bangun bersiap dan mahu solat subuh. Makan sudah, vitamin pun sudah dan sangat tak sabar untuk mendaki.




kena lalu ladang getah, sebelum mendaki

Sangat Excited, sehinggakan tak sempat utk merakam pelbagai gambar lagi.Hampir sejam lebih kami mendaki untuk kepuncak. Hajat dihati mahu melihat awan karpet. Tapi apakan daya, awan karpet telah pun hilang . Bermaksud kami terlampat untuk kesana. Mungkin ada rezki akan datang.









cantikan permandangan di atas BUKIT BATU SAWA, JELEBU NEGERI SEMBILAN



Selasa, 14 Februari 2023

SET KURUS SHAKLEE PALING BERKESAN DAN SELAMAT

Bismillah.

Assalamualaikum. 

Ramai antara kita yang rasa untuk kurus atau turun berat badan itu sangat sangat susah. Ada juga antara kita yang rasa hanya orang - orang tertentu sahaja yang boleh dapat berat idaman . Sebenarnya, bukan begitu. Pokok pangkal kejayaan misi itu sebenarnya bergantung kepada diri sendiri. Bila kita rasa susah. Maka susahlah. Tapi jika kita rasa senang dan mudah, sebenarnya ia sangat mudah. Yang penting kita enjoy buat sesuatu itu dan tidak stress. Kalau stress , maka susah betul kejayaan nak datang ..Sama juga misi untuk kurus ni. Jadi SET KURUS SHAKLEE ada jalan penyelesaiannya


Sebelum nak kurus Geeha nak Share  sikit  BAGAIMANA NAK KURUS KAEDAH INTERMITTENT FASTING awak boleh tekan link ni untuk tahu lebih lanjut apa itu INTERMITTENT FASTING. Lepas tu awak boleh la baca tentang SET KURUS SHAKLEE di bawah.





Bagaimana nak kurus dengan SET KURUS SHAKLEE  ni?


Mudah sebab dalam SET KURUS SHAKLEE sangat lengkap untuk memastikan berat badan kita dapat diturunkan. Jika kita ikut dan buat dengan disiplin dan konsisten insyaAllah akan dapat juga result yang seperti awak nak.


Kenapa SET KURUS SHAKLEE? 

Dalam SET KURUS SHAKLEE bukan sahaja bantu untuk kurus malah bantu untuk lengkapkan keperluan nutrisi . Jadi bila awak diet, keperluan nutrisi awak tidaklah berkurang. Walaupun kita berdiet keperluan nutrisi badan tetap terjaga. Tidaklah orang yang berdiet kurus kering sampai tak boleh bangun, pitam dan sebagainya.


Apa yang ada dalam SET KURUS SHAKLEE? 



SET KURUS SHAKLEE LENGKAP



Dalam SET KURUS SHAKLEE anda akan dapat Vivix, Cinch, Lechitin, Omega dan Herblax. Yang mana keperluan lengkap nutrisi dari pagi sampai ke malam.




CINCH SHAKE RM 190



CINCH SHAKE 


Dalam SET KURUS SHAKLEE, nutrisi dalam produk Cinch sangat diperlukan. Cinch Shake ada 3 flavour, iaitu Vanila, Choclate dan Latte.  Apa yang best dengan Cinch Shake ni adalah bantu inch loss dengan cepat. Bantu kurangkan nafsu makan  dan dalam masa yang sama perut boleh kempis. Oleh itu,  berat badan boleh turun dengan cepat.

Dalam Cinch ada Leusina asid amino penting, yang bertanggungjawab untuk pertumbuhan otot. Badan kita tidak dapat menghasilkan leusina , ia mesti diperolehi dari sumber makanan. Penyelidikan telah menunjukkan bahawa leusina bermanfaat dalam .....

  • -Menggalakkan pengeluaran otot
  • -Menyokong pertumbuhan otot tanpa lemak
  • -Menyokong pemulihan otot
  • -Mengurangkan keletihan otot selepas bersenam.






VIVIX RM 498

VIVIX

Dalam Vivix ada satu jenis bahan yang namanya Polifenol . Sebelum tu awak tahu tak yang VIVIX ni diproses daripada tumbuhan anggur Muscadine Grape . Yang mana sebatian Polifenol itu membantu cepatkan kadar metabolisma badan. Selain tu ianya juga dapat memecahkan lemak dalam badan dan menukar kepada tenaga. Selain tu juga, Polifenol membantu menghalang kenaikan paras hormon estrogen yang menyimpan lemak dalam badan. Sebab tu VIVIX sangat penting dan diperlukan dalam SET KURUS SHAKLEE.



LECHITIN RM 66



LECHITIN

Lechitin juga perlu ada dalam SET KURUS SHAKLEE. Lechitin Shaklee diperbuat daripada sumber minyak soya. ianya sebagai emulsifier. Mencairkan lemak, menurunkan berat badan dan paling best Lechitin sangat bagus untuk mereka yang ada lemak berlebihan dibahagian perut dan belakang badan.

OMEGA RM  142.50

OMEGA

Omega Guard Shaklee diproses daripada ikan dasar laut. Minyak ikan di suling sebanyak 3 kali penyulingan . Disini menunjukan kelainan Omega Shaklee berbanding omega lain. Fungsi omega ni sangat membantu untuk kurus yang mana ianya berfungsi untuk membakar lemak, bantu juga untuk kurangkan kolestrol. Jangan tak tahu yang sebenarnya Omega juga merupakan SET KURUS SHAKLEE yang tidak kurang pentingnya.

HERB LAX RM 63

HERB-LAX

Awak pasti  setiap hari awak membuang air besar, najis anda dibuang dengan habis? Jadi Herblax ni sebenarnya membantu untuk melawaskan pembuangan air besar dan mengeluarkan saki baki najis yang tertinggal dalam usus. Bila usus sudah bersih perut pun akan kempis. Boleh dapatkan Herblax dalam SET KURUS SHAKLEE





CARA INTERMITTENT FASTING DENGAN SET KURUS SHAKLEE





So, ini cadangan cara makan SET KURUS SHAKLEE untuk bantu awak -awak mendapat result yang awak nak. Tapi untuk tahu lebih detail lagi awak -awak boleh WASAP GEEHA
Supaya awak-awak dapat result dengan cara yang betul.



TESTIMONI SET KURUS SHAKLEE






KEJAP AWAK, KEJAPPP!!

UNTUK PROMOSI BULAN FEB 2023 HARGA DISKAUN UNTUK AWAK.

SET KURUS SHAKLEE  LENGKAP 


HARGA ASAL         RM 959.50

HARGA DISKAUN  RM 762 SAHAJA

Apa yang AWAK DAPAT  dengan SET KURUS SHAKLEE kalau awak grab SEKARANG?

  • Harga Include Postage. (JIMAT RM 10)
  • Free membership (JIMAT RM 35)
  • Free SATU LAGI Cinch CHOCOLATE (JIMAT RM 190)
  • Automatik dapat harga ahli. (JIMAT 197.50)


TOTAL JIMAT : RM 432.50 





BOLEH DAPATKAN SET KURUS SHAKLEE

GEEHA AMAN | PENGEDAR SHAKELEE BATU CAVES
WASAP | 0135350587 | FB GEEHA AMAN





Begitulah ceritanya, so kalau awak-awak nak tahu info lebih lanjut lagi tentang SET KURUS SHAKLEE boleh TEKAN SINI untuk dapat info lebih lagi tentang SET KURUS SHAKLEE


#shakleethrive23
#shakleetriumph23
#blogmegashaklee
#pengedarshakleebatucaves

Khamis, 9 Februari 2023

Orang Kata Boleh Kurus Dengan Intermittent Fasting, Betul ker?







Jom Kenal, Apa itu Intermittent Fasting (IF)?


Kurus itu cantik betul tak? Sangat betul, lagi-lagi bila kurus itu adalah kurus ke arah yang sihat. Bukan kurus tapi hakikat sebenarnya badan kita sakit, kurang nutrisi dan sebagainya.

Pernah tak korang dengar tentang Intermittent Fasting ni atau lebih dikenali sebagai IF.

Ada tak kawan-kawan anda yang pernah buat IF atau anda sendiri pernah buat IF?

Takpe biar Geeha explain sikit apa itu IF.




 Intermittent Fasting (IF) tu apa?

IF ni sebenarnya adalah singkatan daripada perkatan Intermittent Fasting.Iaitu merupakan satu plan atau jadual makan yang berhubungkait dengan makan dan puasa. Banyak sekarang ni yang mengetengahkan diet yang memberikan tumpuan apa yang perlu dimakan. Cuma untuk Intermittent Fasting ni anda hanya makan untuk masa tertentu sahaja.Ada kajian yang menunjukan yang mana berpuasa untuk beberapa jam setiap hari mempunyai banyak manfaat kesihatan.


Pakar Neurosains Johns Hopkin Mark Mattson telah mengkaji tentang Intermittent Fasting selama 25 tahun tu. Nak tahu lagi apa lagi yang John Hopkin Mark Mattson kata boleh klik link biru diatas. 

Apa yang 
John Hopkin Mark Mattson kata badan kita ni telah berkembang untuk tahan tanpa makanan berjam-jam ,malah berhari-hari atau lebih lama lagi. Dulu pada zaman pra sejarah, sebelum manusia belajar bertani, mereka adalah pemburu dan pengumpul yang mana berevolusi untuk terus hidup dan berkembang maju untuk tempoh yang lama tanpa makan. 


Masa dan tenaga kita mereka banyak digunakan untuk berburu haiwan dan mengumpulkan makanan.Kalau kita undur masa 50 tahun kebelakang, negara kita banyak mengekalkan berat  badan yang sihat. Bayangkan zaman tu tiada internet, tiada komputer, malah rancangan TV pun tak banyak. Dan kebanyakan orang di Malaysia / Tanah Melayu waktu tu beraktiviti dan bersosial diantara mereka. Contoh kanak-kanak bermain dengan kawan-kawan mereka, orang dewasa bekerja bertani, berkebun menggunakan tenaga mereka 


Bila zaman berubah, Internet sangat mudah diperoleh, TV banyak sangat siaran, malah Internet sentiasa ada 24 jam sehari, maka makin ramailah tidur lambat untuk menonton TV, melihat media sosial , bermain game online, berbual dalam talian dan makan snek ringan sepanjang hari dan sepanjang malam.

Atas sebab inilah yang menyebabkan kalori bertambah dan kurang beraktiviti juga boleh meningkatkan risiko obesiti , diabetis tahap 2, penyakit jantung dan penyakit lain.Secara ringkasnya intermittent fasting
 ni bukan sejenis diet , intermittent fasting ni adalah satu kaedah yang mana dapat mengatur waktu makan untuk tujuan kesihatan. Kaedah ini merangkumi tempoh waktu untuk makan dan berpuasa. Lebih kurang sama dengan cara orang muslim berpuasa. Cuma, keadah ini dibolehkan untuk minum air kosong, green tea, atau kopi tanpa gula.


   5 TIPS UNTUK MEMULAKAN INTERMITTENT FASTING 

  • Banyakan minum air putih

  • Set tujuan kenapa buat IF

  • Mulakan dengan perlahan-lahan 

  • Jangan bandingkan dengan orang lain

  • Makan sarapan paling lambat yang kita boleh 





Jenis Intermittent Fasting (IF)


16:8 Kaedah ini sangat popular dimana kita boleh makan antara jam  12 pm hingga 8 pm tetapi anda perlu berpuasa 16 jam 

24 jam Di sini anda perlu elakan untuk makan dan minum makanan yang berkalori 1-2x seminggu. Minum air yang tidak berkalori dibenarkan 

5:2 lima hari seminggu anda dibenarkan makan seperti biasa tapi 2x seminggu makan perlu dihadkan kepada pengambilan kalori 500-600kcal sahaja.



 5 Manfaat Intermittent Fasting 





1. Kesihatan Otak.

Kajian  mendapati bahawa puasa berselang seli menambahkan  ingatan  kepada orang dewasa . Ini kerana intermittent fasting bantu meningkatkan proses neurogenesis iaitu kadar penghasilan sel-sel baru di dalam otak. Dengan peningkatan ini, ia mampu meningkatkan mood, tahap memori , fokus dan lain-lain fungsi otak

2. Bantu Diabetis Tahap 2

Untuk pesakit diabetis tahap 2, dalam tubuh badan mereka banyak sangat 'Insulin Resistence' yang tidak boleh digunakan. Apabila ia tidak berfungsi kepada hal yang sepatutnya maka gula tidak boleh ditukarkan dan dimasukan dalam sel, maka gula tersebut banyak disalur darah.

Perlu pesakit diabetis tahap 2 ini guna kaedah intermittent fasting kerana apabil berpuasa kadar 'insulin resistence' dapat diturunkan 

3. Menurunkan tahap kolestrol

Intermittent fasting bantu menurunkan bacaan kolestrol jahat (LDL Kolestrol) di dalam darah, Kadar kolestrol jahat dalam badan boleh menyebabkan penyakit jantung dan insukin resistence

4. Mengurangkan Berat Badan 

Kebaikan yang ini ramai sangat orang harapkan. Intermittent Fasting (IF) membantu untuk mengurangkan berat badan. Ramai yang berpendapat, apabila berpuasa automatik berat badan akan menurun dan badan akan semakin menurun. Bukan itu sahaja dengan menggunakan kaedah  IF ni sebenarnya dapat membantu seimbangkan hormon badan yang menyebabkan masalah berat badan berlebihan .

Dan paling bagus tentang IF ni ialah ia dapat meningkatkan kadar metabolisma dalam badan. Lebih tinggi metabolisma bermaksud lebih mudah untuk mengurangkan berat badan dapat menurunkan berat badan

5. Mengurangkan Kesan Penuaan 

Semakin meningkat dewasa semakin berkurang Human Growth Hormon (HGH) yang berfungsi dalam pertumbuhan badan , pembaharuan sel termasuklah sebagai hormon awet muda.

Bila kita lakukan  intermittent fasting atau berpuasa saintis membuktikan hormon ini telah meningkat 5x ganda berbanding apabila kita tidak berpuasa hormon awet muda ni tidak meningkat

Dengan pengeluaran hormon ini , berlaku proses fat burning effect dan juga pembaharuan sel yang menjadikan kulit lebih nampak awet muda.


Jom nak tahu lebih lanjut lagi tentang INTERMITTENT FASTING boleh klik link ni 


Geeha Aman


#shakleethrive23
#shakleetriumph23
#blogmegashaklee
#pengedarshakleebatucaves
#pengedarshakleerawang
#pengedarshakleeselayang



Kenapa kita perlu ambil POLIFENOL dalam diet seharian ?

Mungkin daripada kita pernah dengar tentang PROTEIN, VITC, VIT E  Polifenol merupakan bio aktif kompaun yang secara semulajadinya dalam tum...