Sabtu, 31 Oktober 2020

SIHAT DENGAN COKLAT


 
    Buat penggemar coklat pasti akan gembira tentang fakta yang menunjukkan mereka yang menggemari coklat selalunya mempunyai body mass index (BMI) yang lebih rendah. Namun perlu diingatkan agar mengambil coklat dalam sukatan yang berpatutan. Jom ikuti 10 fakta menarik dan manfaat coklat gelap untuk kesihatan anda.

1. Coklat membuatkan anda bijak

Kajian di Britain menunjukkan makan coklat gelap boleh meningkatkan prestasi dalam bidang pengiraan. Ia mampu meningkatkan aliran darah ke otak dan mampu membuatkan minda sedar lebih berjaga-jaga.

2. Coklat meningkatkan kadar penglihatan

Oleh kerana keupayaannya meningkatkan pengaliran darah khususnya ke otak, sekaligus ia boleh meningkatkan aliran darah ke retina dan memberi rangsangan yang baik terhadap mata anda.

3. Coklat menceriakan mood anda

Menikmati coklat adalah sesuatu yang mengasyikkan seolah anda sedang menikmati kehidupan anda yang indah. Kajian menunjukkan bahawa penggemar coklat gelap menjalani kehidupan lebih ceria dan berasa kurang stress.

4. Coklat melindungi kulit anda

Coklat gelap sebenarnya baik untuk kulit anda. Flavonoid iaitu sejenis antioksidan yang ditemui dalam coklat gelap dapat memberikan beberapa perlindungan daripada kerosakan UV dari matahari. 

5. Coklat mampu melawan diabetes

Kajian di Itali mendapati coklat mampu meningkatkan sensitiviti insulin dan seterusnya mengurangkan risiko diabetes.

6. Coklat mengurangkan kadar serangan strok

Di Sweden, kajian yang dilakukan terhadap wanita yang makan coklat lebih daripada 45 gram seminggu kurang berisiko terkena serangan strok sebanyak 20% lebih rendah.

7. Coklat meningkatkan kesihatan jantung

Coklat adalah antara agen yang bertindak melawan peradangan dimana ia mampu merendahkan tekanan darah, kadar kolestrol dalam badan, dan risiko menghidap penyakit jantung.

8. Coklat meningkatkan pengaliran darah

Koko mengandungi anti-pembekuan darah dan satu sifat yang bekerja dengan cara yang sama seperti aspirin. Ia boleh meningkatkan aliran peredaran darah dengan baik.

9. Coklat boleh mengatasi lapar

Oleh kerana coklat sangat kaya dengan fiber, ia mampu membuatkan anda berasa kenyang dan kurang lapar. Kajian juga menunjukkan bahawa coklat gelap lebih baik berbanding susu.

10. Coklat boleh mengelakkan batuk

Ramuan dalam coklat yang dipanggil 'Theobromine' mampu mengurangkan aktiviti saraf vagus. Pada tahun 2010, para saintis membuat kajian untuk menghasilkan sejenis ubat yang mengandungi theobromine bagi menggantikan ubat batuk yang mengandungi kodein yang boleh mendatangkan kesan sampingan yang berisiko.


Sumber : Petua dan kesihatan

Jumaat, 30 Oktober 2020

9 MANFAAT PISANG UNTUK KEKAL SIHAT

 


    Berita baik buat si penggemar pisang kerana ia adalah buah yang bebas daripada lemak, kaya dengan vitamin dan potasium serta rendah kandungan garam. Sebaliknya bagi yang tidak menyukai pisang, mungkin anda akan mula menggemarinya selepas mengetahui 9 manfaat pisang untuk tubuh anda kekal sihat. Jom ikuti manfaatnya yang perlu anda tahu.

1. Sebagai sumber tenaga

Pisang mengandungi gula dan karbohidrat yang mudah dicerna dan tidak terlalu cepat dilepaskan di dalam darah. Oleh itu, ia dapat menyalurkan sumber tenaga dengan cepat dan boleh bertahan lama. Ia juga mempunyai B complex yang berfunngsi untuk membina tenaga. Jadi, tidak hairanlah mengapa para atlet atau pengamal diet memilih pisang dalam rutin harian mereka.  

2. Perlindungan kardiovaskuler dan baik untuk jantung

Mineral penting iaitu postasium adalah sumber terbaik yang menjaga tekanan darah dan fungsi hati. Penyelidikan di Archives of Intrnal Medicine menyatakan bahawa makana serat tinggi seperti pisang dapat membantu penyakit hati. Kandungan kalium yang tinggi dan natrium yang rendah dalam buah pisang dapat membantu mencegah risiko darah tinggi.

3. Mengurangkan stress

Kombinasi pelbagai zat yang terkandung dalam pisang dapat mengatur keseimbangan kelembapan dalam tubuh serta memperbaiki saluran oksigen ke otak. Kandungan potasium bermanfaat bermanfaat menormalkan degupan jantung anda. 

Bagi individu yang mengalami kemurungan dan tekanan, kandungan potasium dalam tubuhnya akan berkurang dengan drastik dan ia akan mengakibatkan metabolisme meningkat. Jadi, kandungan potasium ini dapat mengurangkan tekanan yang dialami.

4. Meneutralkan asid perut

Asid gastrik boleh dineutralkan dengan pisang. Makan pisang bersama segelas susu baik untuk pesakit gastrik atau sakit perut.

5. Mencegah risiko stroke

Potasium bertindak sebagai egen nutrisi yang penting dalam mengurangi risiko kematian akibat stroke. Kajian membuktikan 40% risiko stroke menurun dengan pengambilan buah pisang.

6. Baik untuk kehamilan

Wanita hamil memerlukan asid folik yang cukup bagi pertumbuhan janin dalam rahimnya. Pisang sangat disyorkan kerana ia akan mencegah kecacatan pada bayi dan membantu pembentukan sel-sel baru dengan lebih cepat yang sangat diperlukan oleh janin.

7. Baik untuk penghadaman

Serat yang terkandung dalam pisang membantu menjaga kesihatan usus anda dengan baik. Ia boleh mengatasi masalah sembelit serta penyakit usus yang lain. 

8. Mencegah pereputan tulang

Amalan makan pisang secara rutin dapat membantu  tubuh anda menyerap kalsium dengan lebih baik di mana ia akan membantu mengurangkan perkumuhan kalsium dalam air kencing.

9. Memperbaiki mood

Hormon serotonin dapat dihasilkan melalui vitamin B6 yang terkandung dalam pisang. Hormon ini berfungsi mengatur emosi dan menenangkan fikiran anda. Jadi, makanlah pisang untuk mendapatkan semula mood baik anda.


Sumber: Petua dan kesihat.












h

5 SUPERFOOD UNTUK PERKEMBANGAN MINDA KANAK-KANAK

 


1. SUSU DAN YOGURT

Kandungan protein, kalsium dan vitamin B yang tinggi dalam produk tenusu sangat penting bagi tumbesaran kanak-kanak. Ia juga penting bagi menyokong pembentukan tulang  dan gigi yang kuat untuk mereka. 

Yogurt mengandungi bakteria baik yang dapat meningkatkan sistem imunisasi dan membantu penghadaman kanak-kanak. Ia boleh mengelakkan masalah sembelit yang boleh menggangu proses perkembangan minda daripada fokus.

2. BIJIRIN PENUH

Otak kanak-kanak memerlukan kandungan gula yang secukupnya untuk membekalkan tenaga sepanjang hari. Kajian menunjukkan pengambilan sarapan pagi bersama bijirin mampu membekalkan jumlah tenaga yang sepanjang proses pembelajaran di sekolah dalam tempoh masa yang panjang. 

Elakkan mengambil bijirin yang ditambah gula atau pemanis tambahan seperti gula icing, madu dan coklat. Antara bijirin penuh yang baik untuk kanak-kanak ialah rolled oat, quinoa dan empingan jagung.

3. BUAH-BUAHAN

Biasakan anak-anak dengan buah-buahan sedari kecil. Lebih baik seawal 7 bulan. Berikan buah-buahan tinggi serat seperti pear, pisang, prune dan betik untuk membantu sistem penghadaman mereka. 

Bagi membantu daya fokus dan ingatan serta sistem visual kanak-kanak, pilih buah-buahan yang tinggi antioksidan seperti strawberi, blueberries dan ceri.

Manakala untuk tingkatkan imunisasi, amalkan buah-buahan yang kaya dengan vitamin C seprti oren dan anggur. 

4. SAYUR-SAYURAN

Selain buah-buahan, sayur juga amat penting dalam menu anak-anak anda. Ajarlah mereka makan dan cuba hidangkannya dalam pelbagai masakan. 

Pilihlah sayuran yang segar kerana ia mempunyai vitamin dan mineral serta sifat antioksidan yang tinggi untuk mengekalkan sel otak yang kuat.

5. DAGING TANPA LEMAK

Daging merupakann sumber makanan yang kaya dengan zat besi serta kandunagan zink yang sangat baik untuk daya mmemori kanak-kanak. Ia membantu kanak-kanak menumpukan perhatian semasa pembelajaran di sekolah.












l


Rabu, 28 Oktober 2020

9 KEBAIKAN BIJI SELASIH UNTUK KESIHATAN

Biji selasih lengkap dengan nutrien seperti vitamin, karbohidrat, mineral, lemak dan juga fiber. Ikuti kebaikan dan manfaat biji selasih dibawah:

1. Jangkitan Kulit

Bagi yang mengalami masalah kulit seperti ekzema atau psoriasis boleh menggunakan biji selasih sebagai alternatif perubatan. Caranya, ambil biji selasih dan campurkan bersama minyak kelapa, kemudian sapukan ke bahagian kulit yang bermasalah.

2. Penghadaman

Biji selasih dapat mengatasi masalah sembelit, kejang perut, kembung perut, berak tidak teratur dan lain-lain masalah penghaaman. Anda hanya perlu rendamkan biji selasih ke dalam air panas kemudian minum ketika air menjadi suam. Atau anda boleh sahaja campurkan biji selasih ke dalam jus minuman. 

3. Ubat Penenang

Minuman biji selasih mampu melegakan sakit kepala, migrain, tekanan, ketegangan urat dan ia boleh berfungsi sebagai ubat penenang menggantikan ubat tahan sakit atau panadol.

4. Merendahkan Suhu Badan

Air kosong dicampur dengan biji selasih dapat merendahkan suhu dalam badan akibat cuaca panas atau mengalami demam panas. Ia akan perlahan-lahan menyejukkan badan anda.

5. Menyihatkan Rambut

Kandungan vitamin K, zat besi dan sumber protein dalam biji selasih membantu menyihatkan rambut dari akar hingga ke hujung rambut.

6. Meningkatkan Sistem Imunisasi

Kuasa vitamin C dan antioksidan pada biji selasih sangat efektif dalam meningkatkan sistem imun tubuh anda.

7. Menyembuhkan Batuk

Antispasmodik yang ada pada biji selasih membantu menyembuhkan batuk. Caranya, campurkan biji selasih ke dalam secawan teh panas dan diminum suam.

8. Menurunkan Berat Badan

Biji selasih kaya dengan fiber dimana ia akan membuat anda rasa kenyang dan tidak lapar. Ia bagus bagi anda yang ingin mengawal nafsu makan. Hanya dengan tambahkan biji selasih ke dalam minuman anda tanpa gula dan ia akan membantu anda untuk kekal berdiet.

Selasa, 27 Oktober 2020

MAKANAN YANG MAMPU MENGURANGKAN STRESS

 


    Stress hanya akan menjadikan kesihatan bertambah buruk. Ketika stress antibodi dalam badan akan mengalami gangguan kerana perubahan hormon. Menurut Pegawai Perubatan PKU UTMKL Dr Izzat Hazmir B. Ismaal, "Ketika stress badan kita akan mengeluarkan satu hormon rangsangan yang bernama 'adrenaline' ke dalam saluran darah kita. Hormon ini bersama-sama dengan beberapa hormon yang lain akan menyebabkan beberapa perubahan berlaku di dalam tubuh kita."

GEJALA KETIKA STRESS

  • Fizikal: Keletihan, pening kepala, susah tidur, sakit-sakit badan terutamnya di kawasan bahu dan belakang, degupan jantung yang kuat, sakit dada, meloya, ketar badan, sejuk tangan dan berpeluh.
  • Mental: Hilang tumpuan, mudah lupa, sukar membuat keputusan, tidak boleh berikir, pemikiran celaru, dan tidak boleh berjenaka.
  • Emosi: Risau, sentiasa bimbang, marah, mudah kecewa, sentiasa takut, sensetif, mudah hilang sabar, dan panas baran.
  • Perangai: Keluh-kesah, lahir tabiat seperti menggigit kuku dan menggedik-gedikkan kaki, makan yang berlebihan, meroko, minum arak, menjerit0jerit, maki hamun, mengungkit-ungkit dan menyalahkan orang lain serta bertindak agresif.
MAKANAN YANG MEMBANTU MENGURANGKAN STRESS

Terdapat makanan yang boleh diamalkan bagi membantu mengatasi masalah stress:


1. Aprikot Kering: Kaya dengan magnesium dan berkhasiat membantu menenangkan otat dari dalam.


2. Sumber Kekacang: Kekacang seperti badam, pistachio dan walnut kaya dengan vitamin B2, E, magnesium dan zink. Ia dapat membantu dalam menghasilkan deria kegembiraan dan menghalang penyakit jantung.



3Sumber Ikan: Ikan seperti salmon, mackerel, sardin, patin dan haruan adalah antara sumber makanan yang tinggi dengan omega-3 yang membantu menstabilkan stress (hormon kortisol).



4.Susu: Susu mampu mengurangkan simptom keresahan dan kemurungan. Pengambilan susu sebelum tidur membantu mendapatkan tidur yang berkualiti. Ini kerana susu kaya dengan antioksidan dan kalsium yang tinggi dimana ia membanti menyingkirkan radikal bebas yang berkaitan dengan stress.

5.Bijirin: Bertukarlah kepada roti mil penuh, bijirin sarapan pagi, beras perang atau oat kerana ia mengandungi karbohidrat kompleks yang boleh mencetuskan rasa gembira di dalam otak.


6. Buah-buhan dan Sayuran: Pengambilan buah-buahan yang tinggi antioksidan, vitamin C, E dan beta karotena dapat membantu mengurangkan kesan radikal bebas, menajamkan tumpuan serta membaiki mood seseorang. Antara buah dan sayuran yang perlu diambil seperti jambu batu, brokoli, oren, betik, bayam, lobak merah, keledek, labu, dan buah zaitun.


7.Coklat: Coklat pahit yang berwarna hitam kaya dengan nutrisi tambahan yang dapat memulihkan tenaga. Hormon endorfin dirembeskan ke dalam otak yang merangsang emosi gembira sekaligus mengatasi kemurungan secara semula jadi. 


Sumber: myhealth / Dr. Izzat Hazmir Ismaal.

Isnin, 26 Oktober 2020

CARA MENCEGAH PENYAKIT KANSER

PERKONGSIAN DARIPADA USTAZ HANIFAH ABDUL MALIK TENTANG CARA MENCEGAH PENYAKIT KANSER.

1. Jangan tinggal sarapan pagi. Jika tidak mengambil sarapan pagi, asid yang ada di dalam perut akan menyebabkan toksid. Digalakkan juga mengambil sarapan dalam kuantiti yang banyak.

2. Makan banyak buah-buahan.

3. Minum air yang agak masam di awal pagi seperti lemon atau epal supaya asid di dalam perut akan bertukar menjadi alkali.

4. Amalkan makan bawang putih dalam semua masakan. Bawang putih tidak perlu dikisar halus supaya khasiatnya tidak hilang. Cukup sekadar mengetuknya sahaja. 

5. Amalkan juga serai dalam masakan kerana ia bagus untuk kesihatan badan.

6. Makan buah-buahan sebelum makan.

7. Elakkan makan sayuran mentah. Celur sebentar bagi mematikan kuman yang ada.

8. Bagi peminat kopi, minum kopi mestilah sebelum sarapan bukan selepas makan kerana khasiat dalam kopi akan hilang jika diminum selepas makan.

9. Jangan makan mi segera kerana ia punca utama penyakit kanser. 

10. Kurangkan makan makanan segera dan gula-gula, terutama kepada kanak-kanak.

11. Sekiranya anda makan nasi lemak, elakkan makan bersama kerang atau sotong.

12. Jika mahu minum teh tarik, pastikan disusuli dengan minum air putih.

    Prof. Ir. Dr. Fatimah Ibrahim menyatakan tiada ubat bagi penghidap penyakit kanser. Namun ubat yang dimakan adalah untuk mencegah sel kanser daripada merebak. 

    Beliau berkata, penawar yang paling mujarab bagi penyakit kanser adalah solat tahajjud di waktu malam dan hubungan yang rapat dengan Allah serta sentiasa positif dengan bersangka baik dengan takdir Allah s.w.t.


Sumber: Ustaz Hanafiah Abdul Malik.

Ahad, 25 Oktober 2020

4 REAKSI ALAHAN

 


    Reaksi alahan boleh jadi ringan atau serius dan boleh jadi dalam sekelip mata selepas terdedah kepada sebarang  persekitan atau bahan pencetus alahan. Ada juga sebahagian alahan akan menunjukkan kesannya setelah beberapa hari atau minggu. Alahan boleh disebabkan oleh tumbuh-tumbuhan, makanan, ubatan, debunga, sengatan lebah atau gigitan. Akibat daripada faktor tersebut, alahan ini akan menimbulkan reaksi seperti berikut:

1. Alahan Rhinitis (deman alahan)

Alahan ini terjadi selepas terdedah kepada debunga bermusim yang berterbangan di udara, kulat kulapuk, bulu binatang dan habuk. Keadaan cuaca yang panas terik, kering dan berangin akan meningkatkan jumlah debunga di udara. Jika di Malaysia, alahan ini jarang berlaku.

Gejala: 

  • Gatal-gatal pada mulut, mulut, mata, kulit, tekak dan hidung
  • Penghasilan mukus (lendir)
  • Batuk
  • Hidung berair / bersin
  • Asma / pernafasan berbunyi

Rawatan: Mengambil antihistamina untuk melegakan gejala dari ringan sehingga ke gejala sederhana. Dekongestan (ubat mengurangkan bengkak) juga dapat menolong meredakan gejala seperti penyumbatan rongga hidung.

2. Alahan Terhadap Makanan

Ia merupakan gejala yang berlaku disebabkan reaksi imun tubuh yang dicetuskan oleh sesetengah jenis makanan. Alahan ini boleh dikenalpasti dengan keadaan seperti penolakan terhadap makanan, sindrom gangguan usus, tekanan fizikal atau keracunan makanan. 

Apabila alahan ini terjadi, anda perlu mengelak daripada mengambil makanan yang menyebabkan alahan tersebut untuk mencegah ia dari melarat.

Gejala:

  • Tekak terasa gatal
  • Anafilaksis (boleh menyebabkan kematian)
  • Angioedema pada kelopak mata dan bibir
  • Penyumbatan rongga hidung / hidung berair
  • Sakit perut
  • Loya
  • Muntah
  • Gatal-gatal di dalam mulut, tekak, mata dan kulit
  • Gatal- gatal (urtikaria)
  • Sesak nafas / bunyi nafas yang kuat
  • Kekejangan otot perut
Rawatan: Gejala yang ringantidak memerlukan sebarang rawatan. Ia akan surut dalam masa yang singkat. Krim penyaman kulit boleh digunakan untuk melegakan kulit. Bagi gejala yang teruk memerlukan rawatan dengan menggunakan kortikosteroids.

Langkah lain:
  • Elak daripada makan makanan yang boleh mendatangkan alahan kepada anda.
  • Bertanya atau pastikan terlebih dahulu kandungan / ramuan makanan. 
  • Bersedia untuk rawatan kecemasan. Reaksi anafilaksis terhadap makanan berpotensi menyebabkan kematian.
3. Alahan Terhadap Ubat-ubatan

Keadaan di mana gejala akan berlaku  disebabkan sistem imun hipersensetif. Badan menjadi sensetif apabila kali pertama terdedah kepada ubat. Pendedahan kali kedua atau seterusnya akan mencetuskan tindak balas imun seperti reaksi alahan ringan (ruam kulit, gatal-gatal, loya) sehinggalah kepada kesan yang boleh menyebabkan kematian seperti kejutan anafilaksis.

Gejala:
  • Gatal-gatal
  • Ruam kulit
  • Gatal-gatal pada kulit atau mata
  • Bunyi pernafasan yang kuat
  • Bibir membengkak
Rawatan: Penislin dan antibiotik yang berkaitan adalah penyebab yang lazim dalam kes ini. Cara terbaik ialah elakkan dari mengguna ubatan pencetus terhadap alahan ini. Maklumkan kepada doktor sekiranya anda alah pada ubat dan jangan mengambil sebarang ubatan di farmasi sebelum berunding dengan doktor terlebih dahulu.


4. Alahan Konjunktivitis

Alahan konjunktivitis yang bukan  berjangkit merupakan reaksi terhadap bahan seperti debunga. Mata akan menjadi kemerahan dengan cepat diikuti dengan gatal-gatal dan mengeluarkan air mata.

Gejala: 
  • Mata merah
  • Salur darah yang mengembang (menjadi besar) dalam sklera
  • Gatal-gatal yang sangat teruk- mata rasa terbakar
  • Keluar mata
  • Kelopak mata bengkak / sembab.

Anafilaksis: Merupakan tindak balas alahan yang sangat teruk dan boleh berlaku secara tiba-tiba dalam masa beberapa minit selepas terdedah kepada punca alahan. Ia membawa kepada kejutan anafilaksis dan boleh menyebabkan kematian dalam masa 15 minit jika tidak mendapat rawatan perubatan dengan segera.

Gelaja: 
  • Penyumbatan rongga hidung
  • Sukar bernafas
  • Batuk
  • Kulit menjadi kebiru-biruan, termasuklah bibir atau kuku
  • Pening
  • Keliru
  • Sakit / kekejangan otot abdomen
  • Loya, muntah
  • Cirit-birit
Rawatan: Rawatan yang dilakukan adalah cuba untuk melegakan ketidakselesaan yang dialami. Penggunaaan antihistamina  ialah untuk melegakan gejala yang biasa (ruam, urtikaria, gatal-gatal). Kortikosteroids oral atau disapu di kawasan setempat di kulit.


Sumber: iSIHAT

KENALI GEJALA JULING

    Juling bukanlah masalah baru. Mereka yang mengalami biasanya akan merasa diri tidak sesempurna orang lain Justeru individu yang juling sebahagiannya lebih selesa mengambil langkah tidak bertentang mata dengan individu lain lantaran kurang keyakinan diri.  

    Berikut adalah beberapa perkara untuk mengenali gejala juling yang perlu diberi perhatian khasnya bagi kanak-kanak agar dapat membesar dengan lebih yakin. Begitu juga kepada orang dewasa. Lebih awal ia dapat dikesan dan dirawat, hasil rawatan akan menjadi lebih berkesan. 

1. Lihat Matanya

Tanda pertama yang perlu dilihat adalah bagaimana si kecil anda melihat sesuatu. Perhatikan anak mata hitamnya. Pastikan bola mata kedua-duanya tertumpu pada objek yang dipandang. Sekiranya tidak, jangan mudah panik sebaliknya periksa simptom lainnya.

2. Kesan Tindak Balas

Seterusnya perhatikan tindak balas si kecil apabila berada di tempat yang  agak terang seperti di bawah cahaya matahari. Ini kerana apabia anak anda mengalami juling dia akan mengenyitkan satu mata di saat matahari terik atau memiringkan leher untuk menggunakan kedua-dua matanya secara bersama-sama.

3. Pseudostrabismus Bukan Juling

Perkara ini penting. Ibu bapa perlu tahu dan jangan mudah panik bila melihat anak baru lahir seakan-akan juling. Kemungkinan anak anda mengalami pseudostrabismus bukan juling. Turut dikenali sebagai juling palsu. Biasanya bayi mempunyai hidung yang agak lebar, leper atau agak penyek dan ada lipatan kulit yang pada bahagian kelopak dekat hidung menjadikannya kelihatan seolah-olah juling. Keadaan ini akan pulih dengan sendirinya seiring dengan bertambah usia dan perkembangan bayi.

    Ada beranggapan juling bersifat sementara dan aka pulih dengan sendirinya. Hakikatnya juling tidak bersifat sementara. Ia kekal sebaik dikesan. Namun rawatan dan teknik yang bersesuaian perlu dilakukan untuk menyelesaikan masalah ini.

    Jadi untuk hasil yang lebih baik, sebaik sahaja anda dikesan atau mengesan juling pada ahli keluarga yang lain segeralah mendapatkan rawatan bagi memberi penyelesaian terbaik kepada masalah juling ini. 


Sumber: iSIHAT


Jumaat, 23 Oktober 2020

MAKANAN UNTUK KEKAL AWET MUDA

 


1. KULIT LEBIH MUDA DENGAN LOBAK

Penyelidik di Universiti Bristol dan Universiti St.Andrews menyatakan karotenoid yang terdapat dalam lobak merak membentuk kulit yang bercahaya. Ia juga baik untuk kesihatan mata  anda.

TIP: Ambil sebatang lobak, dikupas dan dibasuh bersih. Anda boleh sahaja menjadikan lobak sebagai kudapan yang sihat atau dimasak bersama sayur yang lain. Selain dimakan begitu sahaja, anda juga boleh membuat jus lobak tanpa tambahan gula atau susu.

2. KEKALKAN JISIM OTOT DENGAN BAWANG MERAH

Proses penuaan akan berlaku seiring dengan kehilangan ton oto. Tetapi quercetin flavonoid, iaitu sejenis antioksidan dapat membantu mengekalkan jisim otot seterusnya mengekalkan wajah muda anda dengan lebih lama. 

TIP: Hanya satu biji bawang merah sehari secara konsisten diperlukan untuk tampil muda. Anda boleh makan mentah bawang merah sebagai ulam atau dimasak bersama sayur atau lauk yang lain. 

3. HINDAR MASALAH UBAN DENGAN AYAM

Seiring meningkatnya usia, ubat juga turut mempamerkan diri. Namun ia boleh dihindari atau diperlambatkan pertumbuhannya dengan makan ayam. Vitamin B12 yang terdapat dalam ayam dapat menghasilkan melanin yang mengekalkan warna rambut dengan lebih lama. 

TIP: Amalkan makan bahagian dada ayam. Dimasak rebus, kukus, bakar atau ditumis bersama sayur-sayuran. Elakkan makan ayam goreng secara kerap. 

4. MATA BERSINAR DENGAN HALIA

Arcus senilis adalah satu jalur putih bawah mata yang dikaitkan dengan paras kolestrol yang tinggi. Ia boeh dibuang dengan halia. Jurnal perubatan Arab melaporkan satu sudu kecil halia segar yang diambil berterusan selama 45 hari dapat mengurangkan kolestrol LDL

TIP: Ambil satu sudu kecil halia dan dicincang halus. Anda boleh makan begitu sahaja atau campurkan bersama sedikit madu bagi mengurangkan rasa halia yang kuat di dalam mulut. Selain itu, anda juga boleh mengamalkan air halia suam.

5. KEKALKAN JUMLAH RAMBUT DENGAN KACANG EDAMAME

Laporan daripada Jurnal Pemakanan menyatakan protein soya yang terdapat dalam kacang edamame dapat menghalang dihydrotestosterone iaitu sejenis hormon yang bertanggungjawab menyebebkan keguguran rambut sebanyak 15 peratus. Selain itu ia sangat berpengaruh untuk kesihatan jantung.

TIP: Pengambilannya 100 gram setiap hidangan. Ia boleh dijadikan sebagai kudapan sihat selepas dicelur seketika atau ditumis dan anda juga boleh campurkan ia di dalam masakan anda bersama ayam.

6. KURANGKAN KEDUTAN DENGAN MINYAK BIJI GANDUM (WHEATGERM)

Makanan yang terbaik bagi mengurangkan masalah kedutan pada kulit adalah vitamin E. Ia berfungsi  dengan sebatian seperti lycopene dan beta-karotena untuk mencegah kerosakan disebabkan cahaya matahari, kedutan dan lain-lain penyebab penuaan. Jumlah minyak ini menyediakan anda sehingga 15mg hitungan diet yang disyorkan (RDA).

TIP: Ambil 3/4 sudu besar mak an setiap hari. Sebaiknya di ambil sebelum sebelum sarapan pagi ketika perut kosong.

7. KEKALKAN STAMINA DENGAN BAWANG PUTIH

Senaman membantu memastikan anda kelihatan lebih muda dan bawang putih akan membantu anda untuk mengekalkannya. Penyelidik dari Turki mendapati ia dapat memperbaiki prestasi dengan meningkatkan kestabilan aliran darah.

TIP: Amalkan dua sudu kecil makan bawang putih yang dicincang halus secara konsisten setiap hari sebelum sarapan pagi. Anda boleh sahaja mencampurkan ia dengan sedikit madu bagi mengurangkan rasa bawng putih yang kuat di dalam mulut. Selain itu, lebihkan penggunaan bawang putih dalam setiap masakan anda.


Sumber: iSIHAT. bil.65

 










K

Khamis, 22 Oktober 2020

DI SEBALIK SUJUD


    Allah s.w.t menciptakan manusia untuk menyelusuri kehidupan ini bukanlah berseorangan. Lalu Allah s.w.t menganugerahkan kita hidup dalam bermasyarakat. Kita dikurniakan rezeki yang baik seandainya dikelilingi dengan persekitaran yang baik dan teman-teman yang boleh mendorong kita taat kepada Sang Pencipta. Namun, pasti akan ada ujian disebalik kurniaan rezeki dari Tuhan kepada kita. Sekiranya kita melihat segala ujian itu dengan kaca mata iman, maka segala ujian itu akan dapat dihadapi dan diuruskannya dengan baik. 

    Justeru sujud adalah terapi yang terbaik buat kita daripada Allah s.w.t. Sujud bukanlah sekadar rukun dalam solat malah ia merupakan suatu anugerah Tuhan buat hamba-hamba-Nya yang mahu berfikir. Mari kita hayati dan syukuri anugerah di sebalik sujud daripada Allah s.w.t.

1. Lambang Keakraban
Sujud melambangkan kesungguhan seorang hamba untuk mengakrabkan hubungannya dengan Allah. Di setiap bicara kita melalui doa didengari oleh-Nya kerana waktu sujud adalah saatnya paling hampir antara hamba dan Tuhannya. 

"Dan sujudlah, dampingi dirimu kepada Allah." - (Surah al-Alaq 96:19)

2. Simbolik Kerendahan Hati
Melaui sujud, akan melahirkan rasa kerendahan hati yang kerdil tatkala mendampingi-Nya. Ia mendidik hati agar sentiasa bersederhana dalam segala hal dalam kehidupan. Secara langsung menghakis sikap egois dalam diri dan mempamerkan akhlak yang baik sesama manusia. 

Allah s.w.t merakamkan ciri-ciri hamban-Nya yang bersujud dalam al-quran: " Mereka segera merebahkan diri sambil bersujud dan menggerakkan lidah dan bertasbih serta memuji Tuhan mereka, dan mereka pula tidak bersikap sombong." -(Surah al-Sajdah 32:15)

3. Bukti Ketaatan
Firman-Nya dalam surah Ali Imran ayat 43, "Taatlah kepada Tuhanmu dan sujud serta rukuklah bersama-sama orang yang rukuk."  Ketaatan seorang hamba boleh dinilai melalui kerelaannya melaksanakan segala perintah Allah antaranya ialah sujud. Sujud itu dimana seorang hamba mensyukuri segala nikmat dari Tuhannya dan menyerah diri serendahnya malah menjadikan seluruh kebergantungan hanya kepada Allah s.w.t.

4. Tanda Kebijaksanaan
Orang  yang bijak hanya melakukan sesuatu perkara yang diyakini oleh akal dan fikirannya. Justeru, sujud perlu diiringi ilmu serta keinginan untuk terus mengaji dan mengkaji al-Quran. Demikian Allah menyebut: "Orang yang diberi ilmu sebelum itu apabila dibcakan al-Quran kepada mereka, mereka segera tunduk bersujud." -(Surah al-Isra' 17:107)

5. Mempamerkan Pujian
Sujud berperanan sebagai tanda syukur kita sebagai hamba kepada Ilahi dengan mempamerkan pujian kepada Ilahi yang telah mengurniakan pelbagai nikmat yang tidak terhitung kepada kita, apatah lagi nikmat yang diberi secara percuma. Bahkan Allah memberi walaupun tidak kita pinta. Allah mengingatkan kita: "Bertasbihlah engkau dengan memuji  Tuhanmu, serta jadilah dalam kalangan mereka yang bersujud." -(Surah al-Hijr 15:98)

6. Menambahkan Khusyuk
Allah berfirman: "Dan mereka segera tunduk bersujud sambil menangis, sedangkan al-Quran menambahkan kekhusyukan mereka." -(Surah al-Isra' 17:109)

7. Menjadi yang Terpilih
Hanya insan terpilih sahaja yang mampu merasai nikmat bersujud. Lihatlah sekeliling kita, begitu ramai yang menangguhkan keiginan bersujud tetapi masih lagi tidak diberi kesempatan? Mereka terleka dengan kesibukan, lalai dan terlupa. Malah berapa ramai pula yang terlalu rindu meletakkan dahi ke sejadah, ingin tunduk dan bersujud tetapi terhalang oleh masalah kesihatan dan faktor usia? 

Justeru, pintalah pada Ilahi agar dipilih dan dikurniakan nikmat sujud sementara peluang dan masa masih ada. Berdoalah agar sentiasa dikurniakan petunjuk dan hidayah dari-Nya. "Dan mereka itu adalah dalam kalangan orang yang Kami beri hidayah petunjuk dan Kami pilih. Apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Allah al-Rahman, mereka segera sujud dan menangis. -(Surah Maryam 19:58)

Sujud itu anugerah, hadiah dan pemberian dari Ilahi untuk kita nikmati dan syukuri. Sementara masih berpeluang, jangan dipersiakan ia kerana sujud  bukti kehambaan, ketaatan dan kedudukan kita disisi Allah yang mentadbir sekalian alam. 


Sumber: Nurul Huda Mohd Hasyim.

Rabu, 21 Oktober 2020

SECEBIS GAMBARAN KEINDAHAN SYURGA


    Syurga. Mendengarkan namanya sahaja hati terasa indah. Keindahannya tidak terjangkau dek akal fikiran. Tiada siapa yang mampu membayangkan bahkan menceritakan tentang syurga. Jauh sekali melihat keindahan syurga. Namun, kita boleh dengari cerita-cerita dan keindahan syurga digambarkan melalui mutiara hadis Rasulullah s.a.w. 

    Dunia bukanlah tempat yang kekal abadi. Kerana ada dua destinasi yang pasti dan kekal abadi menanti kita selepas berakhirnya usia di dunia ini. Dua destinasi namun cuma ada satu pilihan diakhirnya. Syurga mahupun neraka. Pilihan itu bergantung pada setiap amalan yang pernah kita lakukan ketika hidup di dunia. 

    Beruntunglah bagi sesiapa yang terpilih menjadi penghuni syurga atas ketaatannya semasa di dunia dahulu. Kerana di sana ditempatakan bersama para Nabi, syuhada serta orang-orang yang soleh. 

    Rasulullah s.a.w menceritakan banyak perihal syurga melalui melalui mutiara hadis baginda. Agar gambaran syurga ini sedikit sebanyak dapat mendorong kita untuk merindui dan menggapai syurga yang hakiki. Ikuti antara keindahan syurga yang digambarkan oleh baginda:

1. TIDAK BERKUMUH, BAHKAN SENTIASA BERTASBIH

Jabir r.a bercerita, Rasulullah s.a.w bersabda: "Ahli syurga itu makan dan minum di dalam syurga, tetapi mereka tidak membuang air besar, tidak membuang hingus dan tidak membuang air kecil. Tetapi apa sahaja yang  dimakan  oleh mereka di dalam syurga itu akan menjadi sendawa seperti bau minyak kasturi. Mereka diilhamkan untuk berbafas." -Riwayat Muslim.

2. MENYAKSIKAN ALLAH SECARA NYATA

Shuhaib mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: "Apabila ahli syurga telah masuk ke dalam syurga, maka Allah berfirman: 'Apakah kamu menginginkan sesuatu (nikmat) tambahan?' Mereka ahli syurga berkata: 'Bukankah Engkau telah memutihkan wajah kami? Bukankah Engkau telah memasukkan kami ke dalam syurga, dan Engkau telah selamatkan kami daripada azab api neraka? Kemudian Allah membuka hijab, tiada sesuatu kurnia yang lebih mereka sukai daripada melihat kepada Tuhan mereka (Allah)." -Riwayat Muslim.

3. NIKMAT YANG TIDAK PUTUS

Abu Hurairah bercerita daripada Rasulullah s.a.w: "Apabila ahli syurga telah masuk ke dalam syurga, maka terdengarlah suara yang berkata: 'Sesungguhnya kamu semua akan hidup dan tidak akan mati selama-lamanya. Sesungguhnya kamu semua akan sihat dan tidak akan sakit selama-lamanya. Sesungguhnya kamu semua akan muda dan tidak tua selama-lamanya. Sesungguhnya kamu akan terus diliputi nikmat dan tidak putus selama-lamanya.'" - Riwayat Muslim.

4. SYURGA YANG LUAS

Nabi s.a.w bersabda: "Sesungguhnya di dalam syurga ada sebatang pohon. Seandainya apabila seseorang menunggang kuda yang pantas lariannya untuk mengelilingi pohon itu selama seratus tahun, nescaya ia masih belum dapat mengelilinginya." -Riwayat Bukhari & Muslim.

" Ya Allah, semoga hati-hati kami ini sentiasa merindui dan menginginkan syurga-Mu. Hindarkanlah kami daripada terpaut dan tertipu dengan sandiwara dunia yang sementara ini. Amin."

Selasa, 20 Oktober 2020

MINTALAH KEPADA-KU

    Manusia diciptakan dengan serba kekurangan. Meskipun diciptakan serba sempurna fizikal dan akal, namun kelemahan manusia masih terlalu banyak. Kerana hakikatnya yang ada pada manusia itu 'diberi' atau 'dipinjamkan'. Ia tiada kuasa keatas dirinya sendiri, bahkan apa yang berlaku dalam kehidupannya juga bukan atas kehendaknya. Semua yang dimiliki di dunia ini bukanlah hak yang mutlak. Setiap perjalanan manusia itu amat memerlukan pemberian dari Tuhannya. 

    Kepada siapa lagi manusia boleh meminta sebarang hajat jika bukan kepada yang maha menjawab segala doa. Allah, al-Mujeeb yang maha menjawab dan memperkenankan segala doa hamba-hamba-Nya. 

    Dia, al-Mujeeb yang tidak pernah sekali alpa daripada mendengar segala rintihan yang mengharap pada penciptanya. Dia, sentiasa menanti permintaan hamba-Nya siang dan malam bahkan Dia turun ke langit dunia untuk mendengar permintaan hamba-Nya dan megabulkannya. Kerana kekuasaan dan keluasan ilmu-Nya, Dia sentiasa menanti permintaan hamba-Nya yang dicintai.

TIP MENGINSAFI SIFAT AL-MUJEEB:

1. Menjawab panggilan al-Mujeeb

- Mintalah hanya kepada Allah s.w.t kerana Dia sentiasa menanti akan hajat kita. Sahutlah panggilan Ilahi dengan segera menunaikan solat fardu serta berzikir mengingati-Nya.

2. Mengetahui adab meminta yang betul

- Mintalah pengampunan atas dosa yang dilakukan terlebih dahulu sebelum meminta dipenuhi segala hajat kepada-Nya. Jangan tergesa-gesa dalam meminta kepada-Nya.

3. Bersangka baik

-  Yakin dan percayalah bahawa setiap hajat yang belum ditunaikan bukan kerana Allah tidak sudi memakbulkan tetapi ia ditangguhkan kerana pasti ada sesuatu yang lebih baik yang akan Allah kurniakan.

4. Membantu insan lain

- Bantulah siapa sahaja yang memerlukan pertolongan. Tidak kiralah jika dia adalah non-muslim. Kerana asbab hidayah mungkin melalui kebaikan yang kita hulurkan kepada mereka. Andai sahaja kita mengalami waktu yang sukar, kita juga mengharapkan pertolongan Allah, maka bantulah insan lain yang diminta untuk dibantu. Insan yang dibantu juga akan turut mendoakan yang baik buat diri kita.

    Jadikanlah seluruh pergantungan, pengharapan, dan keyakinan kita yang utama kepada Allah s.w.t terlebih dahulu. Insya-Allah permintaan itu akan mudah dimakbulkan. 

Isnin, 19 Oktober 2020

5 BUAH AJAIB

                                                                                                                                                                       Mengetahui apa yang kita makan adalah  sesuatu yang menarik, malah memberi rangsangan kepada diri untuk cenderung memilih konsep pemakanan yang sihat dan seimbang. Menghayati nikmat makanan membuatkan kita rasa lebih bersyukur. Setiap khasiat dan manfaatnya adalah berbeza-beza. Jadi jom kenali antara 5 buah ajaib yang sangat baik untuk kesihatan anda.

1. Timun

- Melawaskan perut serta mengelakkan sembelit.

- Membantu mengurangkan berat badan kerana kalori yang sangat rendah.

- Mengurang kolesrol dalam badan.

- Minum jus timun dapat meneutralkan cecair dalam badan dan menyegarkan serta menyejukkan dalam badan.


TIP: Sekiranya anda mengalami kulit muka yang kering, gunakanlah timun sebagai masker harian kerana timun mengandungi kandungan air yang tinggi  serta mengandungi vitamin C dan mineral.

2. Delima

- Bertindak sebagai antioksidan dan antibakteria.

- Mengandungi kandungan vitamin C yang tinggi. Sebiji delima mengandungi  40% vitamin C yang diperlukan oleh tubuh sehari. 

- Meningkatkan imunisasi.

- Membantu menurunkan tekanan darah, sakit otot dan risiko sakit jantung.


TIP: Jika anda menghidap penyakit kencing manis, dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum mengamalkan jus delima. 

3. Kurma

- Bertindak sebagai antioksida.

- Mengurangkan kolestrol.

- Mengelakkan sembelit.

- Menguatkan ingatan.

- Sangat baik dimakan untuk penghidap darah tinggi kerana kandungan sodiumnya yang rendah.

TIP: Makanlah 3 hingga 5 biji sehari dan jangan berlebihan pula kerana ia agak manis.

4. Tembikai

- Tembikai mempunyai kandungan lycopene yang tinggi dimana ia membantu mengurangkan penyakit jantung dan tekanan darah tinggi. 

- Tembikai mampu melindungi sel daripada rosak  serta mempunyai antioksidan yang dapat mengurangkan keradangan sel. Jika anda stress atau letih, buah tembikai adalah pilihan yang terbaik untuk dimakan. 

- Menyejukkan badan selain dapat mengurangkan dahaga.

TIP: Bagi yang mempunyi penyakit asma atau lelah, dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

5. Zaitun

- Sunber terbaik vitamin E untuk awet muda!

- Mengurangkan kolestrol dalam badan.

- Menghalang sel daripada rosak dan mati dimana ia boleh mengakibatkan kanser.

- Baik untuk kesihatan mata, kulit dan sistem imunisasi.

TIP: Ambil satu sudu makan minyak zaitun sehari. 

Rasulullah s.a.w bersabda; "Makanlah minyak zaitun dan berminyaklah dengannya. Sesungguhnya ia berasal dari tumbuhan yang diberkati." - Riwayat at-Tirmizi.


Sumber: GenQ 

Ahad, 18 Oktober 2020

5 TIP MENGURANGKAN RISIKO KANSER

    Kanser atau barah adalah sejenis penyakit yang mengalami ketidakseimbangan replikasi dan tindak balas sel dalam badan. Sel ini akan bertambah bagi membolehkan tumbesaran badan dan pemulihan selepas mengalami kecederaan. Namun, adakalanya sel ini bertambah secara tidak normal menyebabkan berlaku ketumbuhan tidak normal iaitu tumor. Ikuti  5 tip dibawah bagi mengurangkan risiko kanser.

1. Kekal aktif

- Mulakan dengan langkah kecil seperti sentiasa berfikiran positif dan berusahalah mengamalkan gaya hidup yang aktif seperti bersenam dan melakukan aktiviti fizikal.

- Banyakkan pergerakan dengan memilih untuk berjalan kaki dan menggunakan tangga daripada menaiki kenderaan atau lif.

2. Tingkatkan oksigen dalam badan

- Amalkan minum sekurang-kurangnya lapan gelas air putih sehari kerana ia mampu mengawal suhu badan dan memberi nutrien dan oksigen dengan baik.

3. Lancarkan pergerakan usus

- Amalkan pengambilan serat dalam pemakanan anda. Ia sanagt membantu  melancarkan pergerakan usus, mengelak masalah sembelit dan membantu menurunkan berat badan.

- Pengambilan air kosong yang mencukupi setiap hari juga membantu mencuci usus dengan menyingkirkan bahan toksin melalui peluh dan air kencing.

4. Mengimbangkan hormon

- Amalkan hidangan makanan yang seimbang dengan dilengkapi protein dan karbohidrat. Pemakanan ikan yang tinggi lemak omega-3 seperti salmon dan sardin dan minum teh hijau yang tinggi antioksidan dapat mengurangkan risiko kanser payudara.

5. Mengimbangkan metabolisme dalam badan

- Makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap kerana ia membantu metabolisme badan membakar kalori sepanjang masa. 


Sumber: iSIHAT



Sabtu, 17 Oktober 2020

5 CARA MUDAH KURANGKAN KOLESTROL JAHAT

    Kolestrol adalah sejenis lemak yang diperlukan oleh tubuh untuk bekerja dengan baik. Badan anda boleh menghasilkan kolestrol dan juga mendapatkannya daripada sumber makanan. Terdapat dua jenis kolestrol iaitu kolestrol baik dan jahat. 

    Kolestrol buruk boleh menyumbat arteri-arteri serta meningkatkan risiko serangan jantung atau strok. Kadar kolestrol boleh berubah-ubah mengikut gaya hidup dan pemakanan.

    Kadar kolestrol jahat dapat dikurangkan 10 hingga 20 peratus  di dalam tubuh  dengan mengubah pola makanan anda. Cuba ikuti tip di bawah:

1. Banyakkan mengambil makanan yang berkolestrol rendah seperti kacang soya, kacang merah, tauhu, tempe,gandum, buah-buahan dan sayur-sayuran.

2. Ambil oatmeal setiap kali sarapan kerana telah terbukti oatmeal sangat bermanfaat dalam menurunkan kadar kolestrol.

3. Ganti telur yang biasa diambil dengan telur rendah kolestrol.

4. Cuba ubah kebiasaan anda yang gemar mengambil makanan yang berlemak, berkuah santan, berkrim dan bergoreng dengan mengambil pelbagai jenis sayur-sayuran dan tumis masakan anda dengan menggunakan kuantiti minyak yang amat sedikit. 

5. Ganti penggunaan marjerin dan minyak yang kurang sihat dengan minyak yang lebih baik seperti minyak kelapa.

    Bagi memastikan kadar kolestrol anda berada di tahap normal, lakukan pemeriksaan kadar kolestrol secara rutin. 

    Bagi individu berusia 20 tahun ke atas, adalah disarankan untuk melakukan pemeriksaan kadar kolestrol setiap lima tahun. Namun, jika anda berisiko tinggi, anda perlu membuat pemeriksaan yang lebih kerap.


Sumber: iSIHAT

Jumaat, 16 Oktober 2020

TIP ELAK PEDIH ULU HATI

 


    Lebih daripada 60 juta rakyat Amerika Syarikat dibelenggu masalah asid refluks yang boleh menyebabkan masalah pada dada, batuk kering atau sukar menelan. Kajian yang dilakukan juga menunjukkan jumlah angka masalah ini semakin meningkat setiap tahun. 

    Apa yang lebih membimbangkan kini, terdapat ubat-ubatan yang meningkatkan risiko jangkitan berbanding penyembuhan. Ketidaksesuaian ubat-ubatan boleh mengundang masalah cirit-birit yang serius, kesakitan dan demam serta keretakan tulang. 

    Jika anda mula merasakan pedih pada ulu hati, amalan gaya pemakanan dibawah mungkin dapat membantu:

1. Elak pengambilan soda dan minuman bertenaga.

Menurut Jamie Koufman, pengarang bersama Dropping Acid: The Reflux Diet Cookbook and Cure, minuman tersebut sangat berasid. Ia boleh merosakkan tekak dan esofagus individu dengan  refluks.

2. Makan sedikit dan tanpa lemak.

William Chey, profesor perubatan di Universiti Michigan menyatakan bahawa mengambil sedikit makanan dalam satu-satu masa diibaratkan dapat memotong makanan yang berminyak dalam kuantiti yang kecil. Ini adalah kerana lemak lambat untuk dihadamkan dan dapat menahan perut untuk kekal kenyang dalam tempoh yang lama.


3. Kunyah gula-gula getah.

Mengunyah gula-gula getah terutama selepas waktu makan dapat mengawal tubuh anda untuk membuat lebih banyak air liur dan seterusnya meneutralkan asid. Gula-gula getah juga membantu menggerakkan makanan melalui perut dengan lebih cepat.


Sumber: Rafidah Rosli


Kenapa kita perlu ambil POLIFENOL dalam diet seharian ?

Mungkin daripada kita pernah dengar tentang PROTEIN, VITC, VIT E  Polifenol merupakan bio aktif kompaun yang secara semulajadinya dalam tum...