Jumaat, 9 Oktober 2020

4 JENIS DIET YANG PERLU DIELAKKAN

Persatuan Diet British menyatakan diet popular yang diamalkan oleh kebanyakan di hollywood sangat ekstrem dan boleh mendatangkan gangguan fungsi terhadap tubuh badan. Kenali 4 jenis diet yang perlu anda elakkan di bawah.

1. Party Girl IV Drip Diet

Diet ini menggantikan diet yang normal dengan cecair yang mengandungi vitamin B dan C, magnesium serta kalsim ke dalam tubuh badan. Menurut Persatuan Diet British, diet jenis ini berisiko menyebabkan kesan sampingan kepada kesihatan seperti keletihan, pening kepala, jangkitan, inflamasi pada salur darah dan tekanan anaphylatic akibat tekanan darah yang terlalu rendah.

2. Diet Ketogenic Enteral Nutrition (KEN)

Selama 10 hari, formula protein cair dan nutrisi akan dimasukkan ke dalam perut melalui hidung. Pam elektrik akan menghantar dua liter formula cecair ini dalam masa 24 jam. Diet ini dikatakan dapat mengawal rasa lapar dan mendorong tubuh menggunakan lemak sebagai sumber tenaga. Pakar diet bersetuju bahawa diet jenis ini boleh memberi kesan negatif pada perut, malah masih tiada bukti yang menunjukkan ia selamat untuk diamalkan.

3. Diet OMG

Pengamal diet ini perlu mengamalkan senaman pada waktu pagi setelah menikmati secawan kopi. Kemudian perut perlu dibiarkan kosong selama tiga jam supaya tubuh dapat membakar lemak yang disimpan. Rutin berendam dalam air sejuk juga dapat membantu dalam diet ini. Pengamal diet ini juga disarankan untuk mengelak daripada mengambil buah-buahan dan menggantikannya dengan lebih banyak sumber protein. Diet yang terlalu ketat ini sebenarnya lebih mencetuskan kepada perilaku ekstrem.

4. Diet Pekerjaan

Diet jenis ini terdiri daripada empat fasa yang dimulakan dengan larangan mengambil karbohidrat dan hanya makan protein selama 10 hari pertama. Namun begitu, hanya sedikit sahaja keputusan kajian saintifik yang menunjukkan diet jenis ini selamat dan berkesan. Mengelak beberapa jenis makanan tertentu tidak disarankan kerana ia boleh menyebabkan pada gangguan kesihatan dalam jangka masa yang panjang seperti tulang rapuh, gangguan pada ginjal, kekurangan tenaga, sembelit serta mulut berbau. 

Sebenarnya untuk sihat tidak sama sekali memerlukan diet yang ekstrem. Amalkan diet yang seimbang dan jauhkan pemikiran untuk mendapat kesan diet dalam jangka masa yang sangat singkat. Diet ekstrem akan mengganggu sistem dalam tubuh badan anda daripada berfungsi dengan baik.

Kembalilah kepada alam semula jadi dan amalkan pemakanan yang sihat seperti lebihkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan. Jika perlu ambillah makanan tambahan seperti vitamin. Perlu diingatkan bahawa pemakanan yang sihat juga perlu diseimbangkan dengan senaman. Tidak perlu terlalu ekstrem dalam bersenam, tetapi bersenamlah mengikut kemampuan tubuh badan dan usia anda.


Sumber: iSIHAT.bil.64

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kenapa kita perlu ambil POLIFENOL dalam diet seharian ?

Mungkin daripada kita pernah dengar tentang PROTEIN, VITC, VIT E  Polifenol merupakan bio aktif kompaun yang secara semulajadinya dalam tum...