Isnin, 12 Oktober 2020

4 AGEN AKTIF SEBAR KUMAN

Kuman hadir dalam pelbagai bentuk dan keadaan. Oleh kerana ia adalah makhluk mikroorganisma, sama ada kita sedar mahupun tidak kuman sentiasa mengembara bersama kita. Jadi, jom ketahui antara agen yang aktif menyebarkan kuman. 


1.     Berus Gigi

    Satu penemuan yang mengejutkan tentang berus gigi telah ditemui oleh kajian dari Amerika Syarikat pada Julai 2004 telah membuktikan berus gigi adalah agen aktif menyebarkan kuman. Bagaimana ia berlaku? Ia bermula daripada kaviti yang ada di dalam mulut. Kemudian kuman membiak pada permukaan berus gigi yang lembab. Apabila berus gigi yang berkuman ini diletakkan di dalam satu bekas yang sama dengan berus gigi yang lain, akan bermulalah penghijrahan kuman. Bakteria seperti streptococcus,staphylococcus, herps dan virus selsema akan terus membiak selama lebih kurang dua minggu di permukaan berus gigi. Kesemua virus ini akan tersebar dengan mudah kepada seluruh ahli keluarga anda. 

    Oleh itu, asingkan berus gigi dan elakkan meletak berus gigi di tempat yang gelap serta tukar berus gigi setiap bulan. Berus gigi yang digunakan lebih daripada lima minggu sudah cukup menjadi sarang pelbagai kuman.

2. Tuala Mandi

    Tahukah anda dengan berkongsi tuala boleh menyebabkan penyebaran penyakit seksual, cecair, virus jangkitan dan parasit. Jika anda berkongsi tuala dengan orang yang mempunyai penyakit kulit seperti kurap, berkemungkinan besar juga anda akan dijangkiti penyakit itu. Katakan tidak pada berkongsi tuala. Bukan kedekut, tetapi sebagai langkah menjamin kebersihan dan menghargai diri serta insan tersayang.

    Bila anda selesai mandi, keringkanlah bahagian depan badan dahulu kemudian diikuti bahagian belakang. Selepas itu, keringkan tuala tersebut di bawah cahaya matahari dan jangan dibiarkan ia lembab. Tukarlah tuala seminggu sekali bagi mengelak tuala menjadi tempat bakteria membiak. 

3. Telefon Bimbit

    Para pengkaji di Amerika Syarikat mengesan kira-kira 11,000 bakteria tersimpan di telefon bimbit anda. Ini kerana setiap kali bercakap akan ada air liur yang terpelanting keluar dari mulut ke telefon bimbit. Justeru, bagi mengelakkan bakteria ini dari terus bertambah bersihkan telefon bimbit setiap hari dengan tisu basah anti bakteria terutamanya sewaktu anda sedang dijangkiti batuk, sakit tekak mahupun selsema.

4. Sapu Tangan

    Hidung adalah bahagian tubuh yang berperanan menapis sebarang bakteria yang datang dari tubuh atau persekitaran luar. Namun, sekiranya anda selsema bahagian pertahanan ini tidak dapat menjalankan fungsinya dengan baik. Sekurang-kuranya orang dewasa akan dijangkiti demam selsema lima kali setahun manakala kanak-kanak pula lebih dari itu. 

    Bagi mengelak kekerapan jangkitan itu lebih dari biasa, anda perlu bijak membuang hingus dengan menggunakan tisu dan bukan sapu tangan. Mengapa begitu? Jika anda menggunakan sapu tangan, ia akan digunakan berulang kali. Ini menyebabkan kuman berganda dan  menyerang anda semula. Tisu akan terus dibuang sebaik sahaja digunakan. Tutuplah mulut dan hidung sekiranya anda batuk dan bersin. Ini kerana sekali anda bersin atau batuk, titisan air liur atau hingus boleh terpelanting sejauh 105 batu!

Oleh itu, sentiasalah menjaga kebersihan diri dan barang-barang disekeliling anda. Amalkan tabiat kerap mencuci tangan dengan betul. Kebiasaan memcuci tangan sangat penting dibudayakan dalam masyarakat sehinggakan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) 15 Oktober sebagai hari mencuci tangan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kenapa kita perlu ambil POLIFENOL dalam diet seharian ?

Mungkin daripada kita pernah dengar tentang PROTEIN, VITC, VIT E  Polifenol merupakan bio aktif kompaun yang secara semulajadinya dalam tum...