Ahad, 4 Oktober 2020

PERSEDIAAN MENJAGA ORANG SAKIT


    Sebagai  manusia biasa, kita tidak pernah akan tahu apa yang akan terjadi di masa akan datang.  Bahkan meramalkannya pun tidak boleh.  Mungkin sahaja suatu hari nanti kita perlu berhadapan dengan situasi ini seperti menjaga pasangan, ibu bapa, atau mungkin ahli keluarga yang lain.

    Perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah tetapkan di fikiran anda bahawa anda adalah 'Penjaga.'  Anda perlu bersedia dari segi fizikal dan mental bagi menjadi seorang penjaga.  Sebaiknya berbincang terlebih dahulu bersama ahli keluarga jika memutuskan untuk menjadi seorang penjaga.

TIP PERSEDIAAN SEBAGAI 'PENJAGA'

1. 83 peratus orang sakit lebih selesa duduk dirumah mereka sendiri daripada hospital atau institusi yang menjaga dan merawat orang sakit.  Anda mungkin boleh mempertimbangkan untuk mengupah seorang penjaga yang boleh membantu anda sekiranya anda bekerja atau tiada dirumah.  Terdapat agensi-agensi swasta yang menyediakan penjagaan.

2. Anda perlu belajar dan ambil tahu serta mendalami tentang penyakit atau keadaan yang berlaku  kepada orang yang anda sayang.  Sebaiknya dapatkan nasihat daripada doktor. 

3. Sediakan maklumat seperti:

 - Nama dan nombor telefon doktor

- Kad insuran perubatan dan rujukan hospital

- Sejarah perubatan dan jenis ubatan yang diambil

- Nombor keselamatan sosial

- Nombor rekod perkhidmatan (jika berkaitan)

- Nama dan maklumat kenalan rakan terdekat

4. Rancangan sudut kewangan dengan teliti.  Anda perlu menyenaraikan beberapa sumber lain yang diperlukan bagi keperluan penjagaan. 

5. Pastikan anda menjaga kesihatan dengan baik. Rancang masa untuk anda bersantai dan melakukan aktiviti yang anda gemar.

6. Anda perlu sedar bahawa anda adalah seorang penjaga.  Sentiasalah bersabar dan pastikan orang yang anda sayang juga mampu menyesuaikan diri dan faham akan peranan masing-masing.

TIP MENJAGA ORANG SAKIT

1. Berfikiran positif

Anda harus sentiasa berfikiran positif dan berilah kata-kata semangat serata yakinkan mereka bahawa setiap penyakit ada penawarnya dan penyakit bukanlah suatu bentuk musibah terhadap pesakit.  Terimalah segala ketentuan dengan redha dan berlapang dada.

2. Sediakan persekitaran yang ceria

Tempatkan pesakit di bilik yang punyai pengudaraan dan pencahayaan yang baik serta hiaslah bilik dengan pokok atau bunga yang dapat membantu menyenangkan perasaanya.

3. Senyum  dengan ikhlas

Berikanlah senyuman yang ikhlas setiap kali berhadapan dengan pesakit agar hari-hari yang dilalui mereka akan sentiasa ceria.

4. Berjenaka

Adakalanya anda mahupun pesakit akan menghadapi hari-hari yang sukar.  Berjenakalah tetapi tidak keterlaluan kerana emosi pesakit lebih sensetif dan agak kurang stabil.

5. Sentuhan 

 Pada saat ini emosi pesakit sangat lemah.  Mereka amat memerlukan sokongan dan perhatian. Sentuhan boleh membuatkan pesakit lebih disayangi dan memberi keyakinan pada mereka untuk tabah menghadapi ujian hidup.

    

    Tidak ramai yang sedar bahawa menjaga orang yang sakit adalah satu ibadah. Melakukannya dengan ikhlas ada ganjaran yang  besar disisi  Allah swt. Perbetulkan niat, insyaAllah setiap yang dilakukan akan ada pertolongan daripada Allah swt.

"Sesiapa yang tiadak mengasihi orang lain, maka dia juga tidak akan dikasihi oleh orang lain." - Hadis riwayat Abu Daud & At-Tirmizi.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kenapa kita perlu ambil POLIFENOL dalam diet seharian ?

Mungkin daripada kita pernah dengar tentang PROTEIN, VITC, VIT E  Polifenol merupakan bio aktif kompaun yang secara semulajadinya dalam tum...