Sabtu, 10 Oktober 2020

AMBIL MAKANAN MATA


    Mata adalah anugerah ilahi yang bernilai. Mata antara organ tubuh yang sangat sensetif dan mudah terdedah kepada bakteria. Sering kali mata juga selalu diasak untuk melihat menjadikan ia kerap mengalami kesakitan dan masalah. Jom ikuti beberapa tip yang diamalkan oleh seorang Pakar Oftalmoligi, Dr. Rozita Ahmad.

    Jelas Dr. Rozita Ahmad beliau mempunyai caranya yang tersendiri untuk menjaga kesihatan mata. Beliau mengakui tidak begitu menggemari pengambilan pil-pil vitamin. Namun dia tetap memastikan kesihatan penglihatannya terus berada dalam keadaan yang baik. 

    "Mata ini sangat mudah letih dan lesu. Tambahan pula kalau seseorang itu melihat sesuatu secara fokus dan dekat dalam satu tempoh masa yang lama. Jadi apa yang  saya lakukan setiap setengah jam, saya mengalihkan pandangan pada satu tempat yang sejuk untuk dipandang." Jelas beliau.

    "Biasanya tumbuhan berwarna hijau, pemandangan yang jauh dalam tempoh 10 ke 15 minit sebelum meneruskan tugas yang memerlukan mata diasak lagi. Saya juga begitu menjaga pemakanan. Ambil hanya yang  sihat dan makan makanan yang tinggi antioksidan."

    "Saya pastikan setiap hari atau paling tidak seminggu sekali makan sekurang-kurangnya sejenis buah dari keluarga beri. Tidak kiralah strawberi, raspberi atau apa sahaja. Kajian saintifik membuktikan buah beri tinggi antioksidan dan membantu membina sel-sel mata."

    "Dan semua buah-buahan ini saya ambil segar bukan dikeringkan atau dijeruk." Jelas beliau yang mempunyai pengalaman berbelas tahun merawat penyakit mata.

    Jadi, jom bertukar kepada makanan yang boleh membantu meningkatkan kesihatan mata anda. Makanan yang berwarna oren, merah dan kuning seperti lobak, cili benggala merah dan sayur bayam adalah baik untuk kesihatan mata anda.


Sumber: Tip doktor. Dr. Rozita Ahmad.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kenapa kita perlu ambil POLIFENOL dalam diet seharian ?

Mungkin daripada kita pernah dengar tentang PROTEIN, VITC, VIT E  Polifenol merupakan bio aktif kompaun yang secara semulajadinya dalam tum...