Terdapat banyak jenis makanan yang sihat tetapi tidak popular pengambilannya dalam sajian masyarakat kita seharian. Mungkin kerana bentuk dan warnanya yang kurang menarik atau tidak tahu cara memasaknya. Ikuti 5 makanan sihat yang mengandungi banyak nutrien penting untuk tubuh.
1. Bit
Bit mengandungi vitamin C, serat dan zat besi. Baik untuk kesihatan kulit anda dan sebagai anti-penuaan. Selain itu, bit juga mengandungi beta-sianin iaitu bahan ampuh yang telah terbukti dapat melawan kanser dan membantu mencegah kanser usus besar. Antioksidan yang terkandung dalam bit juga terbukti punyai kadar keberkesanan dalam menurunkan paras kolestrol sekaligus meningkatkan HDL-kolestrol baik. Namun jika anda memasak bit, elakkan memasak bit terlalu lama kerana ia akan mengurangkan aktiviti anti-kanser yang terkandung di dalamnya.
2. Plum Kering
Plum bukanlah makanan popular dalam kalangan masyarakat kita. Sekali pandang memang kelihatan tidak menarik. Tetapi disebalik rupa parasnya, plum kering miliki dua kali ganda kandungan kalium berbanding pisang. Kandungan antioksidannya juga lebih tinggi dari blueberry iaitu 38 peratus. Banyak serat makanan larut dan tidak larut boleh dimiliki melalui makanan ini. Selain itu, pectin iaitu sejenis serat larut dapat menurunkan kadar kolestrol dalam darah anda.
3. Terung
Warna ungu tua dan bentuknya yang lonjong atau bulat sememangnya kurang menarik perhatian. Tetapi siapa sangka disebalik rupa dan warna, sayuran ini memiliki jumlah serat dan mengandungi vitamin B1, B3 dan B6. Selain itu, ia juga amngandungi asid chlorogenic iaitu bahan yang ampuh dalam menangkal radikal bebas. Disamping nasunin yang ada padanya bertindak sebagai antioksidan yang mampu melindungi lipid (lemak) dalam sel otak, mencegah rheumatoid arthritis.
4. Labu
Sepotong labu mengandungi hampir 3 gram serat dan beta karoten. Beta karoten ialah agen antioksidan yang dapat membantu meningkatkan fungsi kekebalan tubuh serta mengurangi risiko kanser serta penyakit jantung.
5. Kacang
Pengambilan kacang secara rutin dapat mencegah penyakit jantung dan mengawal gula dalam darah. Selain mengandungi serat, kekacang juga memiliki antioksidan dan protein yang tinggi
Disebabkan memakannya bukanlah suatu kebiasaan, maka kita cenderung untuk mengabaikannya. Tidak salah sesekali menukar isi hidangan yang sihat ini. Mungkin anda akan jatuh cinta dengan rasanya. Bukan sahaja sihat, malah bonus untuk anda yang inginkan kulit yang cantik dan sihat.
Sumber: iSIHAT
Tiada ulasan:
Catat Ulasan