Sabtu, 14 November 2020

BAYI BATUK BERKAHAK ITU TANDA JANGKITAN

    Ibu bapa yang mempunyai anak-anak berusia lima tahun kebawah perlu lebih peka terhadap kesihatan si manja mereka. Pada usia ini, kanak-kanak akan mudah menerima jangkitan dan mengalami masalah kesihatan berkaitan sistem pernafasan seperti batuk dan selesema.

    Demam selesema adalah antara punca utama batuk berlaku di kalangan kanak-kanak. Antara punca lain adalah seperti jangkitan pada bahagian pernafasan atau kerongkong, alahan, asma, batuk kokol, jangkitan sinus dan batuk kering.

    Namun, batuk yang tidak kronik akan sembuh. Sebenarnya batuk adalah satu refleksi sihat yang membantu mengeluarkan lendir daripada saluran pernafasan. Ia dapat menghindarkan jangkitan kuman kepada tekak dan paru-paru. 

    Batuk juga merupakan refleksi pertahanan tubuh manusia apabila berlaku ketidakseimbangan sistem badan.

TANDA-TANDA BATUK SERIUS

  • Terdapat beberapa situasi ibu bapa perlu segera membawa anak mereka mendapatkan rawatan sekiranya mempunyai anak berusia satu tahun ke bawah mengalami demam, batuk dan selesema. 
  • Batuk dan selesema yang tidak sembuh selepas lima hari.  
  • Batuk, selesema disertai demam melebihi 38 darjah celsius bagi umur enam tahun ke bawah dan melebihi 39 darjah celsius bagi bayi berumur bawah setahun
  • Selesema dan batuk dengan kahak berwarna hijau atau kuning.

    Batuk dan selesema akan menyebabkan si manja tidak aktif dan mengalami kesukaran untuk bernafas. Selalunya si kecil akan dibekalkan dengan antibiotik sekiranya didapati mendapat jangkitan kuman bakteria. 

RAWAT SEGERA SEBELUM TERUK

    Para ibu bapa perlu segera membawa si manja mendapatkan rawatan bagi mengelak batuk menjadi kronik. Ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor berfungsi untuk melambatkan bakteria. Manakala nebulizeradalah untuk membuka saluran pernafasan bayi yang sempit. Fisioterapi pula bertujuan membantu mengeluarkan kahak. 

    Kombinasi tiga elemen iaitu ubat, nebulizer dan fisioterapi merupakan kaedah yang lazim dilakuakn di hospital ke atas bayi yang menghadapi masalah pernafasan.


Sumber: Pa&Ma

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kenapa kita perlu ambil POLIFENOL dalam diet seharian ?

Mungkin daripada kita pernah dengar tentang PROTEIN, VITC, VIT E  Polifenol merupakan bio aktif kompaun yang secara semulajadinya dalam tum...