Penggunaan limau nipis sudah tidk asing bagi para suri rumah kerana ia selalu digunakan dalam masakan dan penambah perisa makanan.
Limau nipis juga sangat sinonim dengan pengamal ubat-ubatan herba. Air perahan buah limau nipis yang dicampurkan dengan kapur makan dikatakan boleh mengempiskan badan ibu-ibu yang baru bersalin dengan cara menyapu ramuan tersebut ke bahagin perut.
Selain itu, banyak manfaat limau nipis yang dapat peroleh darinya. Ikuti 9 manfaat dan kebaikan limau nipis untuk kesihatan tubuh anda.
1. Merawat penyakit darah tinggi.
Ambil sebiji limau nipis dan perah airnya dicampurkan dengan segelas air dan gula secukup rasa. Minumlah setiap pagi dan petang sehingga darah tinggi anda beransur turun. InsyaAllah penyakit akan sembuh.
2. Menurunkan berat badan
Amalkan minum air perahan limau nipis dua biji setiap hari. Lebih elok jika diminum tanpa tambahan gula. Anda boleh sahaja menambah sedikit gula atau madu untuk mengurangkan rasa limau tersebut.
InsyaAllah berat badan anda akan berkurangan dan akan nampak perubahan pada bentuk tubuh badan anda. Cuba amalkan selama sebulan dan lihat hasilnya.
3. Suara merdu
Ambil sari air limau nipis dicampurkan dengan sedikit kapur sirih, satu sudu madu dan sedikit garam kasar. Kemudian campurkan kesemuanya dan minumlah seminggu sekali, insyaAllah anda akan dapati suara anda bertambah sedap apabila bercakap, membaca Al-quran, melaungkan azan, berzanji atau menyanyi.
4. Mengatasi kurang darah
Sediakan sebiji kuning telur, satu sudu madu, sebiji air perahan limau nipis dan air daun bayam merah (tumbuk segenggam daun bayam merah dan perah airnya). Campurkan kesemua bahan tadi dan minumlah setiap pagi dan petang. InsyaAllah anda akan terasa lebih sihat dan wajah anda akan kemerah-merahan.
5. Mengempiskan perut
Ambil perahan air perahan limau nipis dicampukan dengan kapur sirih dan minyak kayu putih. Campur kesemuanya kemudian disapu pada bahagian perut dan pinggang, belakang badan dan peha. Jika tiada kapur sirih, boleh juga digantikan dengan asam jawa. Ia juga sesuai untuk ibu-ibu yang sedang berpantang.
6. Melembutkan tangan dan muka
Potong limau kepada beberapa bahagian kemudian tenyehkan atau sapu pada bahagian muka dan tangan. Sangat sesuai bagi yang mengalami kulit muka berminyak. Biarkan sehingga sepuluh minit kemuadian cucilah dengan air bersih. Anda akan dapati tangan dan wajah bertambah lembut dan tidak berminyak lagi.
Selain itu, anda boleh menggunakan mentimun yang dicincang halus, parutan kentang atau putih telur.
7. Melegakan sakit batuk
Sediakan air perahan limau nipis, air suam, sedikit garam kasar dan satu sudu madu asli. Campurkan kesemuanya dan minumlah setiap kali rasa hendak batuk. Berkumurlah dengan air yang bercampur limau nipis. InsyaAllah batuk anda akan berkurangan dan akan hilang.
8. Ramuan memulihkan syahwat
Campurkan sebiji air perahan limau nipis bersama sebiji telur ayam kampung yang dimasak tiga suku masak, tambahkan sedikit lada hitam. Makanlah pada waktu pagi selang sehari selama seminggu. InsyaAllah puan dan tuan akan dapat terasa hasilnya.
9. Ramuan mandian
Kebiasaannya air perahan limau nipis digunakan untuk ramuan mandi bunga. Namun, ia juga boleh digunakan untuk mandian yang biasa. Gunakan limau nipis yang dibelah dua untuk digosok pada badan yang berdaki atau gatal. Badan anda akan terasa bersih, segar dan berbau harum.
Sumber: Petua dan Kesihatan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan