Sabtu, 14 November 2020

BAYI BATUK BERKAHAK ITU TANDA JANGKITAN

    Ibu bapa yang mempunyai anak-anak berusia lima tahun kebawah perlu lebih peka terhadap kesihatan si manja mereka. Pada usia ini, kanak-kanak akan mudah menerima jangkitan dan mengalami masalah kesihatan berkaitan sistem pernafasan seperti batuk dan selesema.

    Demam selesema adalah antara punca utama batuk berlaku di kalangan kanak-kanak. Antara punca lain adalah seperti jangkitan pada bahagian pernafasan atau kerongkong, alahan, asma, batuk kokol, jangkitan sinus dan batuk kering.

    Namun, batuk yang tidak kronik akan sembuh. Sebenarnya batuk adalah satu refleksi sihat yang membantu mengeluarkan lendir daripada saluran pernafasan. Ia dapat menghindarkan jangkitan kuman kepada tekak dan paru-paru. 

    Batuk juga merupakan refleksi pertahanan tubuh manusia apabila berlaku ketidakseimbangan sistem badan.

TANDA-TANDA BATUK SERIUS

  • Terdapat beberapa situasi ibu bapa perlu segera membawa anak mereka mendapatkan rawatan sekiranya mempunyai anak berusia satu tahun ke bawah mengalami demam, batuk dan selesema. 
  • Batuk dan selesema yang tidak sembuh selepas lima hari.  
  • Batuk, selesema disertai demam melebihi 38 darjah celsius bagi umur enam tahun ke bawah dan melebihi 39 darjah celsius bagi bayi berumur bawah setahun
  • Selesema dan batuk dengan kahak berwarna hijau atau kuning.

    Batuk dan selesema akan menyebabkan si manja tidak aktif dan mengalami kesukaran untuk bernafas. Selalunya si kecil akan dibekalkan dengan antibiotik sekiranya didapati mendapat jangkitan kuman bakteria. 

RAWAT SEGERA SEBELUM TERUK

    Para ibu bapa perlu segera membawa si manja mendapatkan rawatan bagi mengelak batuk menjadi kronik. Ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor berfungsi untuk melambatkan bakteria. Manakala nebulizeradalah untuk membuka saluran pernafasan bayi yang sempit. Fisioterapi pula bertujuan membantu mengeluarkan kahak. 

    Kombinasi tiga elemen iaitu ubat, nebulizer dan fisioterapi merupakan kaedah yang lazim dilakuakn di hospital ke atas bayi yang menghadapi masalah pernafasan.


Sumber: Pa&Ma

Jumaat, 13 November 2020

14 KHASIAT TIMUN

 

1. Menghidrasi badan anda

Makan timun dapat menggantikan kehilangan air dari badan kerana timun mengandungi 90% air. Ia boleh menjadi antara kudapan yang sihat untuk tubuh anda. 

2. Menghilangkan panas badan dari luar dan dalam

Makan timun dapat mengurangkan pedih ulu hati. Meletakkan timun pada kulit dapat melegakan sunburn pada kulit anda.

3. Membuang toksin dari badan

Cecair yang ada dalam timun bertindak menyahkan segala toksin dari badan anda. Amalkan makan timun selalu untuk menghilangkan batu dalam buah pinggang (kidney stone).

4. Membekalkan keperluan vitamin harian anda

Timun mempunyai sebahagian besar kandungan vitamin yang diperlukan oleh tubuh setiap hari. Timun mengandungi vitamin A, B dan C yang dapat meningkatkan sistem imun badan sekaligus memberi tenaga pada tubuh anda serta wajah turut kelihatan lebih berseri. 

5. Membekalkan mineral pada kulit

Kandungannya yang tinggi kalium, magnesium dan silikon sangat berguna untuk kesihatan dan kecantikkan kulit anda. Tidak hairanlah mengapa timun selalu digunakan dalam rawatan spa dan kecantikan wajah.

6. Membantu penurunan berat badan

Disebabkan kandungan air yang tinggi dan kalori yang rendah, timun adalah sumber yang sangat ideal bagi individu yang ingin menurunkan berat badan. Gunakan timun di dalam sup atau salad anda. 

Ia juga boleh dijadikan sebagai snek ringan yang sihat menggantikan kerepek atau makanan ringan yang lain. Anda juga boleh makan potongan timun bersama yogurt rendah lemak. 

7. Memulihkan mata

Meletakkan kepingan timun yang sejuk dapat membantu mengurangkan bengkak di bawah mata kerana ia mempunnyai ciri-ciri anti radang.

8. Melawan kanser

Timun mengandungi secoisolariciresinol, lariciresinol, dan pinoresinol. Ia adalah tiga lignan yang kuat untuk mengurankan risiko beberapa jenis kanser termasuk kanser ovari, payudara, prostat dan kanser rahim.

9. Mengurangkan risiko kencing manis, kolestrol dan mengawal tekanan darah

Jus timun mengandungi hormon yang diperlukan oleh sel-sel pankreas bagi menghasilkan insulin untuk manfaat kepada pesakit kencng manis. 

Manakala sebatian sterol dalam timun boleh membantu penurunan tahap kolestrol. Oleh kerana timu  mengandungi banyak serat, kalium dan magnesium ia berkesan bagi mengawal tekanan darah. Sebab itu timun adalah baik untuk merawat kedua-dua tekanan darah tinggi dan tekanan darh rendah.

10. Menyegarkan mulut

Minum jus timun dapat membantu menyegarkan mulut dan menyembuhkan sakit gusi. Untuk membunuh kuman dalam mulut dan menyegarkan nafas, ambil kepingan timun dan tekan ke lelangit mulut dengan lidah selama 30saat. 

Phytochemcials dalam timun akan membantu membunuh bakteria di dalam mulut yang menyebabkan nafas anda berbau.

11. Menyihatkan kuku dan rambut

Keajaiban silika dan mineral menjadikan rambut dan kuku anda lebih berkilat dan kuat. Sulfur dan silika dalam timun juga membantu merangsang pertumbuhan rambut anda.

12. Mengatasi mabuk (hangover)

Untuk mengatasi sakit kepala dan rasa mabuk, anda boleh makan beberapa keping timun sebelum tidur. Timun mengandungi vitamin B, gula dan elektrolit untuk menambah banyak nutrien penting dan mengurangkan tahap mabuh dan sakit kepala.

13. Kesihatan sendi, melegakan artritis dan sakit gout

Timun adalah sumber yang sangat baik untuk silika yang menggalakkan kesihatan sendi dengan mengukuhkan tisu penghubung. Apabila ditambah dengan jus lobak merah, timun boleh melegakan gout dan sakit artritis kerana ia dapat mengurangkan tahap asid urik dalam badan.

14.  Baik untuk penghadaman

Mengunyah timun memberikan rahang anda senaman yang baik dan serat di dalamnya sangat baik untuk proses penghadaman anda. Ambil timun sebagai snek harian anda untuk membantu merawat masalah sembelit yang kronik.


Sumber: Petua dan kesihatan.

Khamis, 12 November 2020

NASIHAT IMAM AL-HADDAD TENTANG MEMPERBETULKAN NIAT

 


    Imam al-Haddad pernah bebicara tentang betapa pentingnya memperbetulkan niat disetiap apa yang kita ingin lakukan atau impikan. Mengapa Islam sangat menitikberatkan tentang niat? Rasulullah s.a.w bersabda, "Sesungguhnya setiap perbuatan tergantung niatnya; setiap orang akan dibalas berdasarkan apa yang dia niatkan." 

Terdapat empat langkah yang perlu anda lakukan,

  1.  Perbetulkan niat anda.
  2.  Lakukan niat dengan ikhlas.
  3.  Periksa kembali niat anda.
  4.  Berfikir dengan baik sebelum bertindak.

Semua perbuatanyang bermanfaat jika diiringi dengan niat kerana mencari keredhaan Allah maka ia akan dinilai sebagai suatu ibadah. Sebagai contoh,

"Saya makan makanan ini supaya saya dapat kekuatan untuk mengerjakan ibadah kepada Allah."

"Saya memakai pakaian ini kerana ia sederhana dan Allah suka akan kesederhanaan."

"Saya akan tidur awal agar saya dapat bangun untuk beribadah kepada Allah."

"Senyuman adalah satu sedekah dan cara mudah menyampaikan dakwah."

"Saya bersenam untuk menghargai dan menjaga tubuh yang Allah berikan kepada saya."

"Saya berehat di atas sofa ini supaya saya dapat mengumpul tenaga untuk melakukan perbuatan yang baik kerana Allah."

"Saya membersihkan kotoran dirumah ini (walaupun bukan saya yang melakukannya) untuk menunjukkan perbuatan yang baik kepada keluarga saya, kerana Rasulullah s.a.w cinta akan kebaikan."


Sumber: Sheykh Imran Angullia al-Hafidz.

Rabu, 11 November 2020

TINGKATKAN KESIHATAN MINDA

 


    Kita tidak boleh memilih gen yang diwariskan dan tidak berupaya mengawal sepenuhya keadaan yang berlaku disekeliling kita. Tetapi kita berkuasa penuh terhadap fikiran dan tindakan kita. 

Jadi tingatkan kegembiraan dan kesihatan minda anda dengan mengubah cara anda berfikir dan bertindak. Tingkatkan kesihatan minda anda dengan lima kaedah dibawah:


1. Kerap bersenam

Kajian menunjukkan warga emas yang kerap bersenam mengalami penurunan daya ingatan yang lebih perlahan berbanding mereka yang kurang bersenam. Tidak perlu senaman yang terlalu berat. 

Berjalan atau berjogging setiap pagi sambil menghirup udara segar serta mendedahkan diri kepada cahaya matahari pagi adalah baik untuk kesihatan minda anda. Bersenamlah mengikut kemampuan dan keupayaan diri sendiri. 


2. Rehat untuk lebih ingat

Elakkan beranggapan bahawa anda cepat lupa atau sering kali menjadi pelupa. Anda barangkali perlukan masa untuk bersendiri. Apa yang perlu dilakukan ialah menutup mata selama 10 minit selepas  belajar sesuatu yang baru atau mahu cuba mengingat sesuatu perkara. 

Minda anda sebenarnya memerlukan ruangnya sendiri untuk beroperasi dengan lebih baik. Elak beri tekanan kepada minda anda. 

3. Belajar perkara baru

Anda boleh mencuba teka silang kata kerana ia sememangnya baik untuk merangsang otak anda aktif. Kajian mendapati sekiranya anda melakukan aktiviti yang jarang atau tidak pernah anda lakukan sebelum ini kesannya adalah lebih baik terhadap otak anda. 

Jika sebelum ini anda menggunakan tangan kanan untuk memberus gigi, cubalah sesekali menggunakan tangan kanan. 

Pastikan anda juga belajar menikmati kehidupan yang anda jalani sekarang kerana rasa syukur sangat membantu minda anda kekal sihat dan sentiasa berfikiran positif.

4. Amalkan pemakanan yang sihat

Selain melakukan pelbagai aktiviti fizikal, anda juga perlu memastikan hidangan pemakanan anda setiap hari adalah sihat. Lebihkan mengambil sayura dan buah-buahan. Lebih baik sekiranya anda mengamalkan ulam-ulaman dalam menu anda. 

Anda boleh mencuba mengamalkan minum atau makan daun pegaga kerana ia adalah antara herba yang sangat baik untuk daya ingatan anda. Tidak hairanlah mengapa masyarakat jepun sering mengamalkan makan daun pegaga kerana ia adalah makanan otak yang baik. Ia juga turut dikenali sebagai gingko biloba.

5. Membaca dan mendengarkan ayat al-Quran

Ada kajian yang menunjukkan bahawa dengan membaca al-Quran dapat menghindarkan penyakit nyanyuk. Mendengar dan membaca ayat-ayat dari kalam Allah akan menguatkan daya ingatan anda. 

Kalam suci adalah mukjizat dari Allah s.w.t yang dapat merawat hati-hati insan yang membacanya. Pelbagai penyakit dapat disembuhkan melalui ayat-ayat al-Quran dengan izin Allah. Dimana ada kajian menyatakan dengan membaca ayat al-Quran setiap hari dapat membunuh sel-sel kanser dari terus merebak. 

Oleh itu, bermeditasilah bersama al-Quran setiap hari sekerap mungkin kerana ia adalah anugerah yang terindah dari Allah untuk kesejahteraan dan panduan hidup bagi setiap hamba-hambanya. 


Sumber: iSIHAT

Selasa, 10 November 2020

FAKTA LANGSING YANG PERLU ANDA KETAHUI

 


    Setiap wanita mendambakan tubuh yang langsing dan ideal. Bagaimanapun seiring dengan perkembangan dunia kesihatan, tubuh yang langsing sahaja tidak mencukupi kerana ia perlu seiring dengan kesihatan. Untuk memiliki tubuh yang ideal, langsing dan sihat, sebaiknya anda mengetahui beberapa fakta dan mitos mengenai diet kerana terdapat pelbagai info yang tidak ketahui kebenarannya.

Mitos 1: Makanan bebas lemak adalah makanan yang bebas kalori.

Fakta:

Kebanyakan makanan tanpa lemak sebenarnya masih mengandungi kalori dalam jumlah yang sama bahkan lebih banyak daripada kandungan lemak. Ramai yang tidak menyedari makanan yang dilabelkan tanpa lemak seperti biskut  masih mengandungi banyak kalori yang bukan sahaja dari lemak bahkan protein dan karbohidrat. Makanan tersebut juga mengandungi gula dan zat tepung yang ditambah untuk meningkatkan rasa. Bahan-bahan tersebut sedikit sebanyak menaikkan berat badan.

Mitos 2: Semua lemak adalah jahat.

Fakta:

Sebenarnya lemak merupakan nutrisi yang penting bagi tubuh. Lemak berfungsi membantu proses penyerapan nutrisi dan juga penghasilan tenaga. Namun, terdapat juga lemak yang tidak baik jika diambil dalam jumlah yang berlebihan. Kerana ia boleh menyumbang kepada penambahan berat badan dan risiko penyakit jantung.

Mitos 3: Salad tidak menggemukkan.

Fakta: 

Jika kita menambah bahan tinggi lemak seperti mayones dalam hidangan salad, hidangan tersebut berpotensi tinggi mengandungi banyak kalori dan lemak berbanding makanan seperti stik dan kentang goreng. Secara signifikan mayones kaya dengan lemak yang akan meningkatkan kalori, lemak dan garam. Ia bukanlah pilihan hidangan yang baik bagi individu yang sedang berdiet.

Mitos 4: Gula lebih menggemukkan berbanding madu.

Fakta:

Gula mahupun madu masing-masing mengandungi gluosa dan fruktosa. Satu sudu makan madu mengandungi 64 kalori manakala satu sudu makan gula memiliki 46 kalori. Ini menunjukkan madu miliki lebih banyak kalori dan boleh menggemukkan badan sekiranya diambil secara berlebihan.

Mitos 5: Karbohidrat menyebabkan berat badan bertambah.

Fakta:

Makanan yang paling penting dalam diet adalah karbohidrat. Karbohidrat tidak mengakibatkan kenaikan berat badan melainkan jika ia bertindak balas dengan jumlah kalori yang berlebihan. Penyelidikan yang dibuat terhadap individu yang berdiet dengan mengambil tinggi karbohidrat dan rendah lemak berjaya menurunkan berat badan mereka dengan baik. 

Mitos 6: Senaman dan olahraga tidak diperlukan semasa berdiet.

Fakta:

Walaupun mengamalkan diet yang betul dapat membantu menurunkan berat badan, namun otot dan kulit yang menggeleber yang muncul setelah kehilangan banyak berat akan kelihatan buruk dan hodoh. Oleh itu, bersenam dan  berolahraga yang akan membantu meningkatkan penurunan berat badan sekaligus  menjadikan otot-otot anda lebih cantik.  


Sumber: iSIHAT

 


Isnin, 9 November 2020

4 TIP KEMPISKAN PERUT

 1. Cukup 8 Jam Sehari

Bekerja secara bijak, bukan kuat. Kajian ke atas 7000 individu dewasa oleh penyelidik dari Universiti Helsinki mendapati mereka yang gemar bekerja lebih masa berisiko mengalami peningkatan berat badan berbanding tahun sebelumnya. Jadi, berusahalah untuk bekerja lrbih efisien dan pulang ke rumah bila tiba masanya.

2. Kurangkan Menonton TV

Kajian penyelidik dari Universiti Harvard yang mengikuti perkembangan lebih 5000 wanita selama enam tahun mendapati, setiap dua jam menonton televisyen akan meningkatkan risiko obesiti sebanyak 23 peratus dan risiko diabetes jenis 2 sebanyak 14 peratus.

3. 2 Cawan Brokoli

Bagi setiap 10 gram serat yang diambil setiap hari, membolehkan perut anda mengurangkan empat peratus lemak. Dua biji epal, satu artichoke atau dua cawan brokoli memadai untuk melakukan tugas tersebut.

4. 2 Kg Lebih Kurus

Postur tubuh yang sempurna selalu di idamkan oleh kebanyakan wanita. Malah kaum lelaki juga turut menginginkannya. Berdiri tegak akan memberikan anda imej 2 kg lebih kurus. Perut juga akan kelihatan lebih kempis pada kadar segera. Bayangkan ada tali pengukur yang melilit pinggang anda. Dengan segera tubuh anda akan menarik nafas, berdiri tegak dan mengempiskan perut. 


Sumber: iSIHAT

Ahad, 8 November 2020

5 MANFAAT BERSENAM PADA PSIKOLOGI

 

    

    Jurnal Latihan kekeluargaan pada tahun 2010 menyatakan kebiasaan bersenam bukan sahaja memberi kesan positif pada kesihatan fizikal bahkan kepada mental anda.


1. Keyakinan diri

Bersenam adalah antara kaedah terbaik untuk menurunkan berat badan sekaligus membentuk otot. Bagi anda yang tidak mempunyai masalah dengan berat badan, senaman mampu meningkatkan keyakinan terhadap diri sendiri. Ia mampu memberi aura positif kepada diri untuk menjalani kehidupan dengan lebih baik dan merangsang minda untuk berfikiran secara positif dan kreatif.

2. Mengurangkan tekanan dan rasa cemas

Individu yang melakukan senaman secara rutin dapat membantu mengurangkan rasa tekanan dan perasaan cemas. Semasa bersenam, tubuh akan mengeluarkan endorfin yang akan menyalurkan rasa tenang dan kepuasan. Sebaliknya individu yang tidak merasakan aliran hormon ini cenderung untuk merasa stres dan cemas. 

3. Kemampuan belajar

Senaman memberi rangsangan terhadap perkembangan otak dan memperkuat sambungan saraf-saraf pada otak. Bagi kanak-kanak, ia sangat membantu dalam proses pembelajaran. Minda akan berfungsi secara aktif dan kreatif. Selain itu, bersenam juga dapat meningkatkan daya ingatan jangka pendekdan panjang disamping memperlambat penurunan kognitif. 

4. Tidur lebih lena

Individu yang rajin bersenam secara teratur lebih mudah untuk tidur serta mendapatkan tidur yang lebih lena. Bersenam dapat mengelakkan masalah kekurangan tenaga dan sukar untuk tidur. Selain itu ia juga seperti memberi satu suntikan booster tenaga yang lebih besar sehingga membuatkan kita selalu rasa bersemangat dalam menjalani kehidupan. 

5. Kehidupan sosial

Bersenam secara beramai-ramai atau dimana-mana pusat gim memberi kelebihan untuk anda memiliki ramai teman atau kenalan. Hal ini akan membuatkan anda tidak merasa terpinggir. Kanak-kanak juga turut mendapat manfaat sosial daripada aktiviti senaman dari segi perkembangan psikologi terutama bagi mereka yang mengalami kecacatan. 

Bagi yang bekerluarga, bawalah keluarga anda bersiar-siar ditaman sambil melakukan senaman ringkas bersama mereka. Selain sihat tubuh badan, hubungan kekeluargaan juga akan semakin erat.

    Aktiviti jogging merupakan salah satu aktiviti senaman yang menjadi pilihan kebanyakan individu. Namun, sekiranya anda sedang haid berhati-hati  melakukannya kerana otot dibahagian lutut akan mudah untuk mengalami kecederaan. 

    Menurut kajian dari Universiti North Carolina, saraf di sekitar otot lutut kaum wanita mudah terlepas ketika seminggu sebelum kedatangan haid. Hal ini berlaku kerana faktor hormon yang dilihat menyumbang kepada pengawalan otot. Apabila menstruasi berlaku, pola aktiviti otot turut terganggu dan ia memicu kepada kecederaan jika diberikan impak yang berlebihan.


Sumber: iSIHAT

Sabtu, 7 November 2020

ELAK PAKAI BRA BERDAWAI

 


TIP DOKTOR

    Sebagai seorang pakar bedah di Jabatan Surgeri, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) yang mengkhusus dalam pembedahan dan rekonstruktif payudara, Profesor Dr. Norlia Abdullah mempunyai amalan tersendiri dalam menjaga kesihatan payudara.

    Perkara paling penting dalam penjagaan  payudara adalah memilih saiz pakaian dalam yang sesuai. Kata beliau, "Baju dalam perlu sesuai dari segi ukur lilit dan mangkuk payudara. Kalau pakai yang kecil ia tak beri sokongan sepenuhnya. Jika pakai yang besar, ada ruang kosong."

 "Pada saya baju dalam tanpa dawai lebih baik daripada yang berdawai. Berdasarkan pemerhatian saya, mereka yang pakai baju dalam berdawai sering dikesan mempunyai ketulan di bahagian bawah buah dada berbanding yang tak pakai, " tambah beliau.

    "Ini terjadi kerana payudara kita lembut. Kita pakai dalam tempoh masa yang lama. Mungkin akan timbul ketulan yang boleh menyebabkan kita rasa bimbang," ujarnya yang menyatakan bukan dawai yang memberi sokongan kepada payudara sebaliknya saiz ukur lilit tubuh dan mangkuk yang tepat.

    Dalam mengelakkan serangan kanser payudara, Prof. Norlia menasihatkan agar kaum wanita di luar sana memastikan ubuh tidak obes. Ini kerana bukan saja payudara, tetapi kanser usus pun boleh menyerang sekiranya anda obes. 

    Stres tida mempunyai bukti kukuh dalam meningkatkan risiko kanser payudara. Namun yang paling penting ialah mengambil vitamin E dan makan banyak sayur-sayuran hijau. Manakala minyak Evening Primrose Oil (EPO) bertindak mengurangkan kesakitan payudara sebelum kedatangan haid dan mencegah berlakunya sista. 

Sumber: Tip doktor, Profesor Dr. Norlia Abdullah.

Jumaat, 6 November 2020

KESAN AIR GAS TERHADAP TUBUH

 


    Air gas sememangnya tidak baik untuk kesihatan tubuh badan anda. Ini kerana air gas mengandungi kandungan gula yang tinggi yang boleh menyebabkan peminumnya yang tegar berhadapan risiko diabetes.

Terdapat kajian yang telah dijalankan terhadap tindak balas air gas kepada peminum. Ia dijalankan bagi melihat kesan air gas ke atas tubuh badan. 

Selepas 40 minit anda minum air gas:

Penyerapan kafein sudah selesai. Anak mata anda akan menjadi luas, tekanan darah anda akan mula meningkat sebagai respon pada hati anda yang merembeskan lebih banyak gula ke dalam saluran darah. Manakala reseptor adenosin dalam otak anda disekat untuk mengelakkan rasa mengantuk.

Selepas 45 minit:

Penghasilan dopamin ditingkatkan oleh badan anda untuk merangsang rasa seronok dalam otak. Cara ini adalah cara yang sama heroin berfungsi. Ini menyebabkan anda akan mula rasa ketagih untuk menikmati air bergas dengan lebih kerap.

Selepas 60 minit:

Asid fosforik daripada air gas akan mengikat kalium, magnesium dan zin iaitu agen yang bertindak meningkatkan metabolisme tubuh anda. Ini diburukkan lagi dengan dos gula yang tinggi dan pemanis buatan daripada air gas kerana ia akan meningkatkan perkumuhan terhadap kalsium. Sistem perkumuhan anda harus menjalankan proses lebih daripada kebiasannya. 

Minumlah air gas sekadarnya sahaja. Seminggu sekali atau kawal pengambilannya agar tidak terlalu kerap kerana ia akan mendatangkan mudarat kepada tubuh baan anda. Lebih baik sekiranya anda tidak mengambilnya langsung. Bertukarlah kepada minuman yang lebih sihat demi kesihatan tubuh anda.


Sumber: Klinik Kesihatan.

Khamis, 5 November 2020

AWET MUDA DENGAN PETAI

 


    Parkia speciosa atau lebih dikenali sebagai petai biasanya dijadikan ulam bagi orang-orang dahulu.  Selain dijadikan ulaman, ia juga boleh dijerukkan atau dimasak bersama masakan lain seperti sambal tumis ikan bilis, sambil tumis udang petai dan sebagainya.

     Petai bukanlah makanan yang asing bagi orang Malaysia kerana ia adalah antara makanan turun temurun yang digemari oleh segelintir penggemar ulam. Malah ada juga dari golongan muda yang turut menyukainya. 

Petai dimasak sambal.

    Walaupun bau petai agak busuk kerana ia mengandungi asam amino, namun khasiatnya sangat baik untuk tubuh anda. Jadi jangan dilihat hanya dari luarannya sahaja. Belum cuba belum tahu. Mungkin anda akan jatuh cinta dengan petai pula selepas ini. Jom kenali khasiat dan kebaikan disebalik petai dibawah.

1. Awet muda

Orang asli mempercayai makan petai dapat mengekalkan keremajaan wajah agar tampak lebih muda. Jadi tidak perlu membelanjakan wang yang banyak untuk rawatan muka, amalkan makan petai dan ulam-ulaman yang lain sahaja dapat membantu. 

2. Membantu untuk berhenti merokok

Bagi yang berazam untuk berhenti daripada ketagihan merokok, boleh cuba amalkan makan petai mentah. Jadikan sebagai ulam semasa makan nasi. Kandungan vitamin B6, vitamin B12, kalium dan magnesium yang terkandung di dalam petai dapat membantu menghentikan ketagihan terhadap rokok. Ia juga dapat mempercepatkan penghentian nikotin yang masuk ke dalam tubuh.

Petai yang dijerukkan.

3. Mencegah serangan stroke

The New England Journal of Medicine dalam kajiannya menunjukkan bahawa dengan mengamalkan pemakanan petai dapat membantu mengurangkan risiko serangan stroke.

4. Mengurangkan stress dan depresi

Tahukah anda, makan petai boleh membantu menghilangkan stress dan mengurangkan tekanan. Ini kerana kandungan tryptophan yang terdapat dalam petai mampu meredakan stress dan tekanan anda. Fungsi tryptophan ialah memperbaiki mood anda. 

5. Mengatasi anemia

Anemia biasanya disebabkan oleh kekurangan zat besi dalam badan. Kekurangan zat besi akan menjadikan anda lesu, kurang bermaya dan mengalami rasa ngilu pada tulang. Oleh itu, petai adalah antara penawarnya. Ia mengandungi zat besi yang tinggi untuk mengurangkan masalah anemia atau kurang darah.

Petai masak sambal udang.


6. Menurunkan darah tinggi

Kandungan kalium yang tinggi dan rendah garam mampu menurunkan darah tinggi dan menstabilkan degupan jantung serta mengurangkan gejala-gejala yang disebabkan oleh darh tinggi seperti cepat marah dan senang letih.

7. Melancarkan sistem pencernaan

Petai mengandungi serat yang tinggi. Serat dan fiber dalam petai mampu menstabilkan sistem pencernaan anda dan dapat menghindari masalah sembelit, sakit perut, diare dan perut berangin.

8. Menghilangkan rasa senak ketika kenyang

Petai adalah antara ubat yang mujarab bagi orang yang selalu mengalami senak perut selepas makan. Antiasid di dalam petai mampu mengurangkan rasa senak dan mual selepas makan.

    Selain kebaikan diatas, petai juga dapat merawat masalah hati, kencing manis, buah pinggang dan menurunkan suhu badan. Manakala daun petai dapat merawat demam kuning.


Sumber: Petua dan kesihatan.

Kenapa kita perlu ambil POLIFENOL dalam diet seharian ?

Mungkin daripada kita pernah dengar tentang PROTEIN, VITC, VIT E  Polifenol merupakan bio aktif kompaun yang secara semulajadinya dalam tum...