Selasa, 27 Oktober 2020

MAKANAN YANG MAMPU MENGURANGKAN STRESS

 


    Stress hanya akan menjadikan kesihatan bertambah buruk. Ketika stress antibodi dalam badan akan mengalami gangguan kerana perubahan hormon. Menurut Pegawai Perubatan PKU UTMKL Dr Izzat Hazmir B. Ismaal, "Ketika stress badan kita akan mengeluarkan satu hormon rangsangan yang bernama 'adrenaline' ke dalam saluran darah kita. Hormon ini bersama-sama dengan beberapa hormon yang lain akan menyebabkan beberapa perubahan berlaku di dalam tubuh kita."

GEJALA KETIKA STRESS

  • Fizikal: Keletihan, pening kepala, susah tidur, sakit-sakit badan terutamnya di kawasan bahu dan belakang, degupan jantung yang kuat, sakit dada, meloya, ketar badan, sejuk tangan dan berpeluh.
  • Mental: Hilang tumpuan, mudah lupa, sukar membuat keputusan, tidak boleh berikir, pemikiran celaru, dan tidak boleh berjenaka.
  • Emosi: Risau, sentiasa bimbang, marah, mudah kecewa, sentiasa takut, sensetif, mudah hilang sabar, dan panas baran.
  • Perangai: Keluh-kesah, lahir tabiat seperti menggigit kuku dan menggedik-gedikkan kaki, makan yang berlebihan, meroko, minum arak, menjerit0jerit, maki hamun, mengungkit-ungkit dan menyalahkan orang lain serta bertindak agresif.
MAKANAN YANG MEMBANTU MENGURANGKAN STRESS

Terdapat makanan yang boleh diamalkan bagi membantu mengatasi masalah stress:


1. Aprikot Kering: Kaya dengan magnesium dan berkhasiat membantu menenangkan otat dari dalam.


2. Sumber Kekacang: Kekacang seperti badam, pistachio dan walnut kaya dengan vitamin B2, E, magnesium dan zink. Ia dapat membantu dalam menghasilkan deria kegembiraan dan menghalang penyakit jantung.



3Sumber Ikan: Ikan seperti salmon, mackerel, sardin, patin dan haruan adalah antara sumber makanan yang tinggi dengan omega-3 yang membantu menstabilkan stress (hormon kortisol).



4.Susu: Susu mampu mengurangkan simptom keresahan dan kemurungan. Pengambilan susu sebelum tidur membantu mendapatkan tidur yang berkualiti. Ini kerana susu kaya dengan antioksidan dan kalsium yang tinggi dimana ia membanti menyingkirkan radikal bebas yang berkaitan dengan stress.

5.Bijirin: Bertukarlah kepada roti mil penuh, bijirin sarapan pagi, beras perang atau oat kerana ia mengandungi karbohidrat kompleks yang boleh mencetuskan rasa gembira di dalam otak.


6. Buah-buhan dan Sayuran: Pengambilan buah-buahan yang tinggi antioksidan, vitamin C, E dan beta karotena dapat membantu mengurangkan kesan radikal bebas, menajamkan tumpuan serta membaiki mood seseorang. Antara buah dan sayuran yang perlu diambil seperti jambu batu, brokoli, oren, betik, bayam, lobak merah, keledek, labu, dan buah zaitun.


7.Coklat: Coklat pahit yang berwarna hitam kaya dengan nutrisi tambahan yang dapat memulihkan tenaga. Hormon endorfin dirembeskan ke dalam otak yang merangsang emosi gembira sekaligus mengatasi kemurungan secara semula jadi. 


Sumber: myhealth / Dr. Izzat Hazmir Ismaal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kenapa kita perlu ambil POLIFENOL dalam diet seharian ?

Mungkin daripada kita pernah dengar tentang PROTEIN, VITC, VIT E  Polifenol merupakan bio aktif kompaun yang secara semulajadinya dalam tum...