Memaparkan catatan dengan label KESIHATAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KESIHATAN. Papar semua catatan

Selasa, 7 Mac 2023

CARA BERHENTI MEROKOK DENGAN MUDAH

BismillahiMasyaAllah.

Assalamualaikum. 




BAHAYA MEROKOK!!

Sekarang ramai sangat, orang dewasa, remaja yang merokok. Hampir pupus lelaki yang tidak merokok di Malaysia. Ramai sangat yang kita jumpa lelaki yang merokok dan terkini vapes pulak dan perkara ni telah  meleluasa. Hampir tidak terkawal. Nasib negara Malaysia untuk dapat generasi yang sihat amat-amat mustahil.Adakah lelaki kalau tidak hisap rokok dikira tidak macho? Tidak tahu apa yang mereka fikirkan sekarang.



Tahukah kalian KETAGIHAN MEROKOK DAN TIDAK BOLEH BERHENTI akan mengakibat pelbagai risiko dikemudian hari yang mana akan beri kesan buruk kepada kesihatan kita dan memberikan kesusahan kepada pasangan.


1. BERI KESAN KEPADA KESUBURAN LELAKI

Merokok akan mengakibakan gangguan pada tahap kesuburan lelaki. Antara gangguan yang boleh berlaku adalah mati pucuk, yang di mana  saluran darah ke zakar menjadi sempit

Selain itu, kualiti sperma menjadi terganggu akibat kesukaran mendapat zuriat atau zuriat kurang sempurna dan last sekali iaitu lemah tenaga batin


2. MEROKOK BOLEH MENGAKIBATKAN STROK

Si isteri yang setia menjaga suami apabila si suami menghadapi kesulitan mungkin disebabkan penyakit kritikaL asbab rokok.

Nampakan berapa bahaya dan kita telah menyusahkan orang lain disebabkan tabiat kita. Percayalah yang merokok boleh menambah lagi risiko penyakit berbahaya.Strok adalah salah satu yang mana disebabkan salur darah tersumbat untuk sampai ke otak.

Kerosakan ini disebabkan  oleh kesan nikotin yang menjadikan salur darah menjadi tebal dan sempit sehingga menyukarkn aliran darah .Akibatnya , sebahagian badan akan menjadi lumpuh, atau lebih parah lagi apabila meragut nyawa


3. PENYEBAB KANSER PARU -PARU

Kanser paru-paru ramai yang dialami oleh kaum lelaki. Sebab apa? Ramai kaum lelaki yang merokok. Tahu tak wahai kaum lelaki, 4000 bahan kimia beracun yang anda keluarkan dari asap rokok tu bahaya? 


PERKARA UNTUK ELAK ASBAB BAHANA ROKOK?

1. Mula untuk berhenti merokok. Walaupun susah dan payah kita perlu cari ikhtiar untuk berhenti merokok..Bahana yang akan datang lebih besar jika kita masih tidak berhenti merokok.

2. Amalkan cara hidup sihat dengan melakukan aktiviti fizikal. Beriadah, berbasikal, haiking dan sebagainya. Semuanya sangat-sangat membantu untuk mengurangkan pengambilan rokok.

3. Ambil suplemen yang ada polifenol. Polifenol bantu untuk kurangkan ketagihan merokok.Tak perlu lagi nicotin  replacement


BAGAIMANA NAK HILANG KETAGIHAN MEROKOK?

Awak merokok? atau suami, anak-anak ada yang merokok?

Mesti awak sayangkan mereka kan ? yelah awak dah tahu merokok ni boleh membahayakan kesihatan tapi awak tak boleh nak kawal dan tak boleh nak berhenti.

Takpe- tak pe kita cuba dan ikhtiar mana yang boleh untuk bantu masalah ini. 

Ni adalah SET KETAGIH ROKOK yang mana bantu untuk masalah rokok tegar. Bantu mereka orang yang kita sayang untuk berhenti merokok. 

Jadi boleh ikhtiar dengan SET KETAGIH ROKOK SHAKLEE ni





BAGAIMANA VIVIX BANTU HILANGKAN KETAGIHAN MEROKOK?


Dalam Vivix ada polifenol dan kaya dengan antioksidan. Polifenol ni kerja dia bantu sel sehingga tahap DNA. Punya jauhhh polifenol ini bantu. Jadi bila seorang perokok ambil VIViX yang mana ianya bantu untuk repair sel lidah dan deria rasa yang rosak akibat nikotin. Selepas repair tu berlaku perokok akan kembali sihat dan normal semula.

Bila, perokok konsisten ambil vivix, ianya akan memberikan rasa pahit apabila perokok mahu merokok semula. Sebab tulah rata-rata mereka yang ambil VIVIX tidak lagi ketagih kepada rokok.



APA KATA MEREKA YANG TELAH AMBIL SET KETAGIH ROKOK?







RUJUKAN ARTIKEL 

Info Sihat

 BOLEH DAPATKAN SET KETAGIH ROKOK DISINI

GEEHA AMAN | PENGEDAR SHAKELEE BATU CAVES

#blogmegashaklee

#shakleethrive2023

#shakleetriumph2023

Selasa, 14 Februari 2023

SET KURUS SHAKLEE PALING BERKESAN DAN SELAMAT

Bismillah.

Assalamualaikum. 

Ramai antara kita yang rasa untuk kurus atau turun berat badan itu sangat sangat susah. Ada juga antara kita yang rasa hanya orang - orang tertentu sahaja yang boleh dapat berat idaman . Sebenarnya, bukan begitu. Pokok pangkal kejayaan misi itu sebenarnya bergantung kepada diri sendiri. Bila kita rasa susah. Maka susahlah. Tapi jika kita rasa senang dan mudah, sebenarnya ia sangat mudah. Yang penting kita enjoy buat sesuatu itu dan tidak stress. Kalau stress , maka susah betul kejayaan nak datang ..Sama juga misi untuk kurus ni. Jadi SET KURUS SHAKLEE ada jalan penyelesaiannya


Sebelum nak kurus Geeha nak Share  sikit  BAGAIMANA NAK KURUS KAEDAH INTERMITTENT FASTING awak boleh tekan link ni untuk tahu lebih lanjut apa itu INTERMITTENT FASTING. Lepas tu awak boleh la baca tentang SET KURUS SHAKLEE di bawah.





Bagaimana nak kurus dengan SET KURUS SHAKLEE  ni?


Mudah sebab dalam SET KURUS SHAKLEE sangat lengkap untuk memastikan berat badan kita dapat diturunkan. Jika kita ikut dan buat dengan disiplin dan konsisten insyaAllah akan dapat juga result yang seperti awak nak.


Kenapa SET KURUS SHAKLEE? 

Dalam SET KURUS SHAKLEE bukan sahaja bantu untuk kurus malah bantu untuk lengkapkan keperluan nutrisi . Jadi bila awak diet, keperluan nutrisi awak tidaklah berkurang. Walaupun kita berdiet keperluan nutrisi badan tetap terjaga. Tidaklah orang yang berdiet kurus kering sampai tak boleh bangun, pitam dan sebagainya.


Apa yang ada dalam SET KURUS SHAKLEE? 



SET KURUS SHAKLEE LENGKAP



Dalam SET KURUS SHAKLEE anda akan dapat Vivix, Cinch, Lechitin, Omega dan Herblax. Yang mana keperluan lengkap nutrisi dari pagi sampai ke malam.




CINCH SHAKE RM 190



CINCH SHAKE 


Dalam SET KURUS SHAKLEE, nutrisi dalam produk Cinch sangat diperlukan. Cinch Shake ada 3 flavour, iaitu Vanila, Choclate dan Latte.  Apa yang best dengan Cinch Shake ni adalah bantu inch loss dengan cepat. Bantu kurangkan nafsu makan  dan dalam masa yang sama perut boleh kempis. Oleh itu,  berat badan boleh turun dengan cepat.

Dalam Cinch ada Leusina asid amino penting, yang bertanggungjawab untuk pertumbuhan otot. Badan kita tidak dapat menghasilkan leusina , ia mesti diperolehi dari sumber makanan. Penyelidikan telah menunjukkan bahawa leusina bermanfaat dalam .....

  • -Menggalakkan pengeluaran otot
  • -Menyokong pertumbuhan otot tanpa lemak
  • -Menyokong pemulihan otot
  • -Mengurangkan keletihan otot selepas bersenam.






VIVIX RM 498

VIVIX

Dalam Vivix ada satu jenis bahan yang namanya Polifenol . Sebelum tu awak tahu tak yang VIVIX ni diproses daripada tumbuhan anggur Muscadine Grape . Yang mana sebatian Polifenol itu membantu cepatkan kadar metabolisma badan. Selain tu ianya juga dapat memecahkan lemak dalam badan dan menukar kepada tenaga. Selain tu juga, Polifenol membantu menghalang kenaikan paras hormon estrogen yang menyimpan lemak dalam badan. Sebab tu VIVIX sangat penting dan diperlukan dalam SET KURUS SHAKLEE.



LECHITIN RM 66



LECHITIN

Lechitin juga perlu ada dalam SET KURUS SHAKLEE. Lechitin Shaklee diperbuat daripada sumber minyak soya. ianya sebagai emulsifier. Mencairkan lemak, menurunkan berat badan dan paling best Lechitin sangat bagus untuk mereka yang ada lemak berlebihan dibahagian perut dan belakang badan.

OMEGA RM  142.50

OMEGA

Omega Guard Shaklee diproses daripada ikan dasar laut. Minyak ikan di suling sebanyak 3 kali penyulingan . Disini menunjukan kelainan Omega Shaklee berbanding omega lain. Fungsi omega ni sangat membantu untuk kurus yang mana ianya berfungsi untuk membakar lemak, bantu juga untuk kurangkan kolestrol. Jangan tak tahu yang sebenarnya Omega juga merupakan SET KURUS SHAKLEE yang tidak kurang pentingnya.

HERB LAX RM 63

HERB-LAX

Awak pasti  setiap hari awak membuang air besar, najis anda dibuang dengan habis? Jadi Herblax ni sebenarnya membantu untuk melawaskan pembuangan air besar dan mengeluarkan saki baki najis yang tertinggal dalam usus. Bila usus sudah bersih perut pun akan kempis. Boleh dapatkan Herblax dalam SET KURUS SHAKLEE





CARA INTERMITTENT FASTING DENGAN SET KURUS SHAKLEE





So, ini cadangan cara makan SET KURUS SHAKLEE untuk bantu awak -awak mendapat result yang awak nak. Tapi untuk tahu lebih detail lagi awak -awak boleh WASAP GEEHA
Supaya awak-awak dapat result dengan cara yang betul.



TESTIMONI SET KURUS SHAKLEE






KEJAP AWAK, KEJAPPP!!

UNTUK PROMOSI BULAN FEB 2023 HARGA DISKAUN UNTUK AWAK.

SET KURUS SHAKLEE  LENGKAP 


HARGA ASAL         RM 959.50

HARGA DISKAUN  RM 762 SAHAJA

Apa yang AWAK DAPAT  dengan SET KURUS SHAKLEE kalau awak grab SEKARANG?

  • Harga Include Postage. (JIMAT RM 10)
  • Free membership (JIMAT RM 35)
  • Free SATU LAGI Cinch CHOCOLATE (JIMAT RM 190)
  • Automatik dapat harga ahli. (JIMAT 197.50)


TOTAL JIMAT : RM 432.50 





BOLEH DAPATKAN SET KURUS SHAKLEE

GEEHA AMAN | PENGEDAR SHAKELEE BATU CAVES
WASAP | 0135350587 | FB GEEHA AMAN





Begitulah ceritanya, so kalau awak-awak nak tahu info lebih lanjut lagi tentang SET KURUS SHAKLEE boleh TEKAN SINI untuk dapat info lebih lagi tentang SET KURUS SHAKLEE


#shakleethrive23
#shakleetriumph23
#blogmegashaklee
#pengedarshakleebatucaves

Sabtu, 21 November 2020

8 LANGKAH UNTUK GAYA HIDUP SIHAT

 

1. Minum air secukupnya

Minum banyak air suam atau air mineral untuk membantu membuang toksin dalam badan, menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan.


2. Diet yang sihat

Pilih makanan yang menyihatkan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Ambil saiz hidangan yang mencukupi tetapi bukan secara berlebihan. Cara terbaik, makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang.

3. Jangan merokok

Tabiat merokok hanya akan menjejaskan kesihatan tubuh badan dan kulit.


4. Bersenam

Bersenam sangat baik untuk mengekalkan kesihatan dan rohani. Amalkanlah bersenam setiap hari walaupun 10 minit.


5. Tangani stress

Elakkan tekanan. Tekanan hanya akan mempercepatkan proses penuaan terutama pada kulit wajah. Nikmatilah muzik lembut atau mendengarkan lantunan ayat-ayat suci Al-quran bagi meredakan ketegangan yang dihadapi.

6. Tidur berkualiti

Pastikan anda mendapatkan tidur yang berkualiti. Tidur yang nyenyak dan tidur yang cukup perlu untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan dan juga kesihatan kulit anda.

7. Terapi aromaterapi

Sesekali luangkanlah masa untuk memanjakan diri walaupun dirumah. Cari pelbagai jenis bunga yang wangi untuk ramuan mandian. Sebaiknya pilih satu hari dalam seminggu untuk anda memanjakan diri. Selain mandian bunga, lakukanlah scrub badan dan muka, pakai mask dan lakukanlah urutan yang boleh merehatkan tubuh anda setelah penat bekerja. Selain memanjakan diri, ketenangan minda juga sangat penting.

8. Penjagaan kulit

Benarkan kulit anda berehat dari memakai sebarang alat solekan terutama pada waktu malam. Sebenarnya kulit juga perlu bernafas. Lakukan mencuci wajah dengan betul. Cucilah wajah anda dua kali sehari. 



Sumber: Portal Pejabat Kesihatan Kawasan Beaufort

Jumaat, 20 November 2020

9 MANFAAT DAN KEBAIKAN LIMAU NIPIS

 


    Penggunaan limau nipis sudah tidk asing bagi para suri rumah kerana ia selalu digunakan dalam masakan dan penambah perisa makanan.

    Limau nipis juga sangat sinonim dengan pengamal ubat-ubatan herba. Air perahan buah limau nipis yang dicampurkan dengan kapur makan dikatakan boleh mengempiskan badan ibu-ibu yang baru bersalin dengan cara menyapu ramuan tersebut ke bahagin perut. 

    Selain itu, banyak manfaat limau nipis yang dapat peroleh darinya. Ikuti 9 manfaat dan  kebaikan limau nipis untuk kesihatan tubuh anda.

1. Merawat penyakit darah tinggi.

Ambil sebiji limau nipis dan perah airnya dicampurkan dengan segelas air dan gula secukup rasa. Minumlah setiap pagi dan petang sehingga darah tinggi anda beransur turun. InsyaAllah penyakit akan sembuh. 

2. Menurunkan berat badan

Amalkan minum air perahan limau nipis dua biji setiap hari. Lebih elok jika diminum tanpa tambahan gula. Anda boleh sahaja menambah sedikit gula atau madu untuk mengurangkan rasa limau tersebut. 

InsyaAllah berat badan anda akan berkurangan dan akan nampak perubahan pada bentuk tubuh badan anda. Cuba amalkan selama sebulan dan lihat hasilnya.


 

3. Suara merdu

Ambil sari air limau nipis dicampurkan dengan sedikit kapur sirih, satu sudu madu dan sedikit garam kasar. Kemudian campurkan kesemuanya dan minumlah seminggu sekali, insyaAllah anda akan dapati suara anda bertambah sedap apabila bercakap, membaca Al-quran, melaungkan azan, berzanji atau menyanyi.

4. Mengatasi kurang darah

Sediakan sebiji kuning telur, satu sudu madu, sebiji air perahan limau nipis dan air daun bayam merah (tumbuk segenggam daun bayam merah dan perah airnya). Campurkan kesemua bahan tadi dan minumlah setiap pagi dan petang. InsyaAllah anda akan terasa lebih sihat dan wajah anda akan kemerah-merahan.

5. Mengempiskan perut

Ambil perahan air perahan limau nipis dicampukan dengan kapur sirih dan minyak kayu putih. Campur kesemuanya kemudian disapu pada bahagian perut dan pinggang, belakang badan dan peha. Jika tiada kapur sirih, boleh juga digantikan dengan asam jawa. Ia juga sesuai untuk ibu-ibu yang sedang berpantang.

6. Melembutkan tangan dan muka

Potong limau kepada  beberapa bahagian kemudian tenyehkan atau sapu pada bahagian muka dan tangan. Sangat sesuai bagi yang mengalami kulit muka berminyak. Biarkan sehingga sepuluh minit kemuadian cucilah dengan air bersih. Anda akan dapati tangan dan wajah bertambah lembut dan tidak berminyak lagi. 

Selain itu, anda boleh menggunakan mentimun yang dicincang halus, parutan kentang atau putih telur. 

7. Melegakan sakit batuk

Sediakan air perahan limau nipis, air suam, sedikit garam kasar dan satu sudu madu asli. Campurkan kesemuanya dan minumlah setiap kali rasa hendak batuk. Berkumurlah dengan air yang bercampur limau nipis. InsyaAllah batuk anda akan berkurangan dan akan hilang. 

8. Ramuan memulihkan syahwat

Campurkan sebiji air perahan limau nipis bersama sebiji telur ayam kampung yang dimasak tiga suku masak, tambahkan sedikit lada hitam. Makanlah pada waktu pagi selang sehari selama seminggu. InsyaAllah puan dan tuan akan dapat terasa hasilnya.

9. Ramuan mandian

Kebiasaannya air perahan limau nipis digunakan untuk ramuan mandi bunga. Namun, ia juga boleh digunakan untuk mandian yang biasa. Gunakan limau nipis yang dibelah dua untuk digosok pada badan yang berdaki atau gatal. Badan anda akan terasa bersih, segar dan berbau harum.



Sumber: Petua dan Kesihatan

Khamis, 19 November 2020

PETUA SELEPAS BERSALIN

1. SEGARKAN BADAN

Semasa dalam pantang, ambil beberapa daun helai daun sirih dan daun pandan. Kemudian rebus bersama sedikit halba, bunga cengkih dan garam. Mandi dengan menggunakan air rebusan itu setiap pagi sehingga ke hari ke-40 selepas bersalin. InsyaAllah badan anda akan terasa segar sentiasa.


2. NAIKKAN SERI WAJAH

Bersihkan beberapa ranting daun inai. Kemuadian rebus dengan menggunakan api sederhana sehingga mendidih. Biarkan sehinga suam dan minum airnya segelas pada waktu pagi dan segelas pada waktu malam. Amalkan dua atau tiga kali seminggu.


3. KECUTKAN RAHIM

Ambil segenggam daun pegaga dan rebus bersama akarnya. Masukkan bersama pucuk pokok sepagi berdiri. Minum air rebusan tadi selama tiga hari berturut-turut setiap pagi.


4. RAWATAN DALAMAN

Tumbuk kunyit hidup dan daun inai hingga lumat. Kemudian perah dan ambil patinya lalu diminum pada waktu pagi. Lakukan selama tiga hari seminggu sepanjang waktu berpantang. Hasilnya, luka anda akan cepat sembuh serta wajah anda akan kelihatan lebih berseri.


5. TAMBAH SUSU BADAN

Ada sesetengah wanita mengalami masalah kekurangan susu badan selepas baharu melahirkan badan. Bagi anda yang mengalami situasi ini,ambil daun kucai dan ikan bilis secukupnya dan kemudian dimasak secara rebus. Makanlah bersama nasi panas. Amalkan selalu untuk mendapatkan hasilnya segera.


6. SEMBUHKAN LUKA BERSALIN

Luka akibat bersalin sama ada bersalin secara normal ataupun pembedahan boleh disembuhkan segera dengan makan ikan haruan yang dibakar ataupun dibuat sup. Selain itu amalkan makan hempedu ikan haruan setiap hari bersama satu sudu besar madu lebah asli.



Sumber: Petua dan Kesihatan, Page Tip Kekal Menawan

Rabu, 18 November 2020

5 TEKNIK MASAKAN SIHAT UNTUK ANDA

 


 1. BAKAR

Bakar adalah antara teknik yang sangat mudah dan sihat. Anda boleh sahaja terus membakar makanan sumber protein kegemaran seperti ayam, daging ataupun ikan. 


2. REBUS

Teknik rebusan ini tidak menggunakan minyak kerana anda tidak perlu menumis. Semua bahan yang hendak dimasak terus direbus seperti masakan asam pedas ikan atau ayam.



3. KUKUS

Teknik kukus juga sangat baik untuk menjaga kesihatan anda kerana ia tidak menggunakan minyak langsung. Masakan seperti ini sangat menyihatkan dan pelbagai resipi mudah boleh dilakukan. Antara menunya seperti ikan siakap kukus halia. 


4. SUP

Teknik masakan sup ini lebih kurang dengan teknik rebusan cuma sup mengandungi bahan seperti herba kayu manis, bunga cengkih dan herba-herba lain. Ia juga tidak memerlukan minyak dan menyihatkan.


 5. CELUR

Sayur-sayuran seperti bendi, asparagus, lobak merah dan kacang boleh di celur selama antara 30 saat ke satu minit. Elakkan celur terlalu lama bagi mengelakkan khasiat sayur tersebut akan larut dalam air celur tadi. 



Sumber: Petua dan Kesihatan

Isnin, 16 November 2020

7 CARA BIJAK SEDIAKAN MAKANAN BERKHASIAT



 1. BUANG LEMAK PADA DAGING DAN KULIT AYAM

Ada segelintir yang bimbang untuk makan ayam disebabkan begitu banyak lemak yang ada didalamnya. Sebenarnya anda boleh menghindarinya dengan cara pengolahan yang baik. 

Ia boleh dilakukan dengan cara membuang lemak pada daging dan kulit ayam. Memasak dengan kaedah merebus dan panggang juga dapat mengurangkan lemak.

 

2. BASUH BUAH-BUAHAN DAN SAYURAN SEBELUM MAKAN

Elakkan merendam buah-buahan dan sayur-sayuran, sebaliknya gunakan air bersih yang mengalir untuk mengurangkan pencemaran makanan. Ini kerana bahan mentah termasuk air dan ais boleh tercemar oleh bakteria dan bahan kimia berbahaya.


3. ELAKKAN MEMOTONG ATAU MENGHIRIS KECIL BUAH-BUAHAN DAN SAYURAN

Ia sebenarnya akan membuatkan sayur itu cepat masak dan boleh menghilangkan khasiat makanan itu.



4. KEKALKAN KHASIAT UBI KENTANG DAN KELEDEK

Khasiat ubi kentang dan keledek lebih terjamin jika dimasak bersma kulitnya. Oleh itu pastikan anda membasuh bersih sebelum memasaknya.


5. MEMASTIKAN AIR MENDIDIH DAN MINYAK BENAR-BENAR PANAS

Anda perlu memastikan minyak untuk menggoreng dan air untuk merebus telah benar-benar panas sebelum memasaknya. Jika anda memasaknya dengan air atau minyak yang tidak cukup panas, ia akan mengubah warna dan bentuk sayuran tersebut. 

Anda juga boleh menyediakan ketulan ais untuk memastikan kepanasan suhu sayur-sayuran yang dikeluarkan dari air panas dapat turun dengan serta merta. Sekaligus dapat menghentikan proses sayur menjadi terlebih masak dan sayur masih lagi rangup untuk dimakan. 

6. KURANGKAN GARAM, GULA DAN BAHAN PENGAWET DALAM MASAKAN

Gunakan bahan semulajadi seperti rempah ratus atau sayuran seperti lobak merah untuk menambah perasa pada makanan. Ia lebih selamat dan terjamin dari segi kesihatan tanpa bahan-bahan pengawet atau penambah rasa.


7. ELAKKAN MENGGUNA MINYAK MASAK BERULANG KALI

Tahap kelikatan hidrokarbon di dalam minyak masak yang digunakan berulang kali akan meningkat dan menyebabkan saluran arteri tersumbat, hipertensi dan akan terdedah kepada risiko kerosakan hati.

Justeru anda dinasihatkan merancang hidangan harian anda dengan lebih baik dan seimbang. Pilih hidangan yang lebih berkhasiat dengan menggunakan cara seperti merebus, mengukus, bakar, panggang dan kurangkan makanan yang berminyak serta makanan yang digoreng.

 

Sumber: Majalah Mingguan Wanita.

Ahad, 15 November 2020

5 KEDUDUKAN DAN PUNCA JERAWAT PADA WAJAH

 


1. JERAWAT DI ATAS DAHI

Punca: Tidur yang tidak menentu, diet yang tidak seimbang dan pemakanan yang tidak sihat. 

Langkah Mengatasinya: 

  • Amalkan tidur awal sekitar jam 10pm - 12am dan  bangun seawal 6am.
  • Kurangkan pengambilan minuman bergas serta minuman berkafien tinggi.
  • Banyakkan minum air kosong bagi melembabkan kulit.
  • Perbanyakkan pengambilan buah-buahan dan sayuran hijau atau air detox (menghapuskan toksik dalam badan).
  • Lakukan senaman ringkas 20-30 minit setiap hari.

 


2. JERAWAT DI BAHAGIAN HIDUNG

Punca: Penghadaman atau aliran darah yang tidak lancar.

Langkah Mengatasinya:

  • Amalkan pemakanan yang mengandungi serat yang tinggi seperti bijirin penuh, sayuran dan kekacang.
  • Minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.
  • Elakkan makan makanan berlemak, makanan segera dan makanan manis bagi melancarkan peredaran darah.
  • Rajin melakukan pergerakan atau senaman ringkas.


3. JERAWAT DI BAHAGIAN PIPI KIRI

Punca: Terlebih pengambilan produk tenusu

Langkah Mengatasinya: 

  • Kurangkan pengambilan produk tenusu kerana hormon dan lemak dalam produk tenusu boleh memburukkan lagi masalah jerawat.
  • Amalkan memakan brokoli atau sayuran hijau.
  • Pengambilan vitamin dapat membantu meningkatkan imun dan penting untuk kesihatan kulit.


4. JERAWAT DI BAHAGIAN PIPI KANAN

Punca: Tekanan atau alergik

Langkah Mengatasinya:

  • Hindari makanan yang anda elergi seperti makanan laut, kekacang dan sebagainya.
  • Elakkan kawasan yang tercemar terutama asap kenderaan.
  • Ambil masa untuk merehatkan minda dan badan seperti berjogging, beriadah atau bercuti.
  • Amalkan memakai masker aloe vera asli.


5. JERAWAT DI BAHAGIAN DAGU DAN MULUT

Punca: Hormon tidak seimbang, tekanan dan maasalah buah pinggang

Langkah Mengatasinya: 

  • Kurangkan tabiat makan sebelum tidur.
  • Dapatkan rehat dan tidur secukupnya.
  • Makan buah-buahan dan sayur-sayuran segar.
  • Lakukan senaman ringkas setiap hari.

    Jerawat muncul tidak semestinya berpunca dari masalah dari dalam badan. Ia boleh berlaku disebabkan pengambilan makanan yang tidak seimbang, pemakanan yang tidak sihat, tidak mengamalkan pengambilan sayur dan buah-buahan serta mengabaikan senaman. 


Sumber: Petua dan Kesihatan.

Kenapa kita perlu ambil POLIFENOL dalam diet seharian ?

Mungkin daripada kita pernah dengar tentang PROTEIN, VITC, VIT E  Polifenol merupakan bio aktif kompaun yang secara semulajadinya dalam tum...