Ahad, 25 Oktober 2020

4 REAKSI ALAHAN

 


    Reaksi alahan boleh jadi ringan atau serius dan boleh jadi dalam sekelip mata selepas terdedah kepada sebarang  persekitan atau bahan pencetus alahan. Ada juga sebahagian alahan akan menunjukkan kesannya setelah beberapa hari atau minggu. Alahan boleh disebabkan oleh tumbuh-tumbuhan, makanan, ubatan, debunga, sengatan lebah atau gigitan. Akibat daripada faktor tersebut, alahan ini akan menimbulkan reaksi seperti berikut:

1. Alahan Rhinitis (deman alahan)

Alahan ini terjadi selepas terdedah kepada debunga bermusim yang berterbangan di udara, kulat kulapuk, bulu binatang dan habuk. Keadaan cuaca yang panas terik, kering dan berangin akan meningkatkan jumlah debunga di udara. Jika di Malaysia, alahan ini jarang berlaku.

Gejala: 

  • Gatal-gatal pada mulut, mulut, mata, kulit, tekak dan hidung
  • Penghasilan mukus (lendir)
  • Batuk
  • Hidung berair / bersin
  • Asma / pernafasan berbunyi

Rawatan: Mengambil antihistamina untuk melegakan gejala dari ringan sehingga ke gejala sederhana. Dekongestan (ubat mengurangkan bengkak) juga dapat menolong meredakan gejala seperti penyumbatan rongga hidung.

2. Alahan Terhadap Makanan

Ia merupakan gejala yang berlaku disebabkan reaksi imun tubuh yang dicetuskan oleh sesetengah jenis makanan. Alahan ini boleh dikenalpasti dengan keadaan seperti penolakan terhadap makanan, sindrom gangguan usus, tekanan fizikal atau keracunan makanan. 

Apabila alahan ini terjadi, anda perlu mengelak daripada mengambil makanan yang menyebabkan alahan tersebut untuk mencegah ia dari melarat.

Gejala:

  • Tekak terasa gatal
  • Anafilaksis (boleh menyebabkan kematian)
  • Angioedema pada kelopak mata dan bibir
  • Penyumbatan rongga hidung / hidung berair
  • Sakit perut
  • Loya
  • Muntah
  • Gatal-gatal di dalam mulut, tekak, mata dan kulit
  • Gatal- gatal (urtikaria)
  • Sesak nafas / bunyi nafas yang kuat
  • Kekejangan otot perut
Rawatan: Gejala yang ringantidak memerlukan sebarang rawatan. Ia akan surut dalam masa yang singkat. Krim penyaman kulit boleh digunakan untuk melegakan kulit. Bagi gejala yang teruk memerlukan rawatan dengan menggunakan kortikosteroids.

Langkah lain:
  • Elak daripada makan makanan yang boleh mendatangkan alahan kepada anda.
  • Bertanya atau pastikan terlebih dahulu kandungan / ramuan makanan. 
  • Bersedia untuk rawatan kecemasan. Reaksi anafilaksis terhadap makanan berpotensi menyebabkan kematian.
3. Alahan Terhadap Ubat-ubatan

Keadaan di mana gejala akan berlaku  disebabkan sistem imun hipersensetif. Badan menjadi sensetif apabila kali pertama terdedah kepada ubat. Pendedahan kali kedua atau seterusnya akan mencetuskan tindak balas imun seperti reaksi alahan ringan (ruam kulit, gatal-gatal, loya) sehinggalah kepada kesan yang boleh menyebabkan kematian seperti kejutan anafilaksis.

Gejala:
  • Gatal-gatal
  • Ruam kulit
  • Gatal-gatal pada kulit atau mata
  • Bunyi pernafasan yang kuat
  • Bibir membengkak
Rawatan: Penislin dan antibiotik yang berkaitan adalah penyebab yang lazim dalam kes ini. Cara terbaik ialah elakkan dari mengguna ubatan pencetus terhadap alahan ini. Maklumkan kepada doktor sekiranya anda alah pada ubat dan jangan mengambil sebarang ubatan di farmasi sebelum berunding dengan doktor terlebih dahulu.


4. Alahan Konjunktivitis

Alahan konjunktivitis yang bukan  berjangkit merupakan reaksi terhadap bahan seperti debunga. Mata akan menjadi kemerahan dengan cepat diikuti dengan gatal-gatal dan mengeluarkan air mata.

Gejala: 
  • Mata merah
  • Salur darah yang mengembang (menjadi besar) dalam sklera
  • Gatal-gatal yang sangat teruk- mata rasa terbakar
  • Keluar mata
  • Kelopak mata bengkak / sembab.

Anafilaksis: Merupakan tindak balas alahan yang sangat teruk dan boleh berlaku secara tiba-tiba dalam masa beberapa minit selepas terdedah kepada punca alahan. Ia membawa kepada kejutan anafilaksis dan boleh menyebabkan kematian dalam masa 15 minit jika tidak mendapat rawatan perubatan dengan segera.

Gelaja: 
  • Penyumbatan rongga hidung
  • Sukar bernafas
  • Batuk
  • Kulit menjadi kebiru-biruan, termasuklah bibir atau kuku
  • Pening
  • Keliru
  • Sakit / kekejangan otot abdomen
  • Loya, muntah
  • Cirit-birit
Rawatan: Rawatan yang dilakukan adalah cuba untuk melegakan ketidakselesaan yang dialami. Penggunaaan antihistamina  ialah untuk melegakan gejala yang biasa (ruam, urtikaria, gatal-gatal). Kortikosteroids oral atau disapu di kawasan setempat di kulit.


Sumber: iSIHAT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kenapa kita perlu ambil POLIFENOL dalam diet seharian ?

Mungkin daripada kita pernah dengar tentang PROTEIN, VITC, VIT E  Polifenol merupakan bio aktif kompaun yang secara semulajadinya dalam tum...