Isnin, 5 Oktober 2020

5 PUNCA ANDA HILANG TENAGA


 Hai Assalamualaikum .

Adakalanya kita berasa sangat letih dan tidak bermaya.  Rasanya kerja yang dilakukan tidaklah seberat mana. Mood kerja pun kelaut. Ikutkan hati ingin sahaja pulang ke rumah dan terus mencari bantal. Itulah antara simtom-simtom anda kehilangan tenaga. Namun apakah puncanya? Dibawah beberapa punca yang boleh menyebabkan anda mengalaminya tanpa anda sedari.

1. Tidak bersenam

Kebiasaannya kita sering duduk dalam satu posisi dalam tempoh waktu yang lama seperti menonton televisyen atau menggunakan komputer. Tanpa kita sedar posisi tubuh yang tidak bergerak itu adalah  seperti 'tidur' yang menyebabkan anda kehilangan banyak tenaga. 

Sebaiknya anda perlu melakukan regangan selang 30 minit atau sekerap yang mungkin. Anda perlu mengaktifkan tubuh dalam mood 'jaga'. Bangun dan berjalanlah seketika bagi merehatkan tubuh. Selain itu, mata anda juga turut dapat direhatkan.

2. Mengambil sarapan bijirin yang manis

Sarapan manis seperti muffin, roti bijirin atau sapuan manis mempunyai kadar penyerapan gula yang tinggi akan memberikan anda tenaga yang cepat. 

Namun kadar gula tersebut juga akan turun dengan cepat selepas beberapa jam. Kesannya, anda akan cepat letih dan terasa lapar. Anda disarankan untuk memilih sarapan yang tinggi serat dan rendah kandungan gula dan garam. Bertukarlah kepada roti gandum penuh dengan roti, bijirin penuh dengan buah-buahan, atau bubur nasi yang dimasak sendiri. 


3. Postur badan yang buruk

Postur tubuh yang buruk ini seperti membongkok ke depan atau duduk bersandar dikerusi dalam keadaan belakang badan tidak tegak. Postur tubuh seperti ini akan menyebabkan penjajaran tulang belakang menjadi tidak betul. 

Apabila tiada keseimbangan tulang belakang, anda akan mudah sakit belakang serta mengalami kesakitan urat saraf. Oleh itu, anda perlulah membiasakan diri untuk melatih badan anda dalam keadaan tegak,  kepada menghadap lurus ke depan dan telinga sejajar di atas bahu anda tidak kiralah sama ada duduk, berdiri muhupun berjalan.

4.Stress

Perasaan bimbang yang berlarutan akan menyebabkan anda dalam tertekan.  Tekanan darah tinggi akan meningkat serta otot-otot akan mula menegang.  Ia akan menyebabkan anda keletihan dan kesakitan. Jika anda sedang dirundung ujian, pulse seketika diri anda daripada dunia sekeliling. Ambillah masa seketika untuk diri anda bernafas dan bertenang dan cubalah berfikir secara positif.  Lakukanlah senaman ringan untuk melegakan stress anda serta carilah tip untuk mengatasinya.


5.Terlalu banyak bersenam

Siapa sangka jika anda terlalu banyak bersenam juga penyebab kehilangan tenaga. Bersenam sememangnya baik untuk tubuh. Tetapi jika terlalu banyak melakukan senaman yang keras akan menyebabkan seluruh tubuh anda keletihan dan kesakitan. Keterujaan untuk mendapatkan bentuk tubuh idaman menjadikan anda bersenam tanpa had dan kesannya otot terpaksa bekerja dengan lebih teruk. Sebaiknya, jika anda baru mula untuk bersenam, berhenti sehari setelah melakukan senaman keras. Tetapi jika lebih daripada dua atau tiga hari berkemungkinan besar anda akan terus meninggalkannya. Rancanglah waktu bersenam anda dengan konsisten.

Sesekali pergilah ke spa untuk merehatkan dan memanjakan tubuh anda yang cantik itu. Hargailah tubuh yang telah letih bekerja seharian dengan memberikan ruang pada diri sendiri agar minda serta tubuh anda kembali segar dan bertenaga. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kenapa kita perlu ambil POLIFENOL dalam diet seharian ?

Mungkin daripada kita pernah dengar tentang PROTEIN, VITC, VIT E  Polifenol merupakan bio aktif kompaun yang secara semulajadinya dalam tum...