Khamis, 15 Oktober 2020

BERSABARLAH ALLAH PASTI BANTU

 


    Sabar. Satu perkataan yang ringkas tetapi memberi pengertian yang sangat indah bagi sesiapa sahaja yang mampu melaksanakannya. Sabar memberi sinar kepada kegelapan jalan menuju cahaya iman. Dengan kesabaran juga akan menyinarlah keperibadian akhlak yang mulia dan terpuji. 

    Nabi s.a.w berpesan dalam satu hadis yang panjang kepad Ibnu Abbas r.a. Dihujung pesanan Baginda s.a.w berbunyi: "Ketahuilah bahawasanya bersabar dengan sesuatu yang kamu benci itu punya kebaikan yang sangat banyak. Sesungguhnya kemenangan ada bersama kesabaran, jalan keluar ada bagi setiap kesusahan dan bersama-sama kesulitan itu punya kesenangan." -[Ibnu Rajab, Jami'al-Ulum wa al-Hikam 1/459]

    Termaktub juga dalam sepucuk surat Khalifah Umar al-Khattab r.a kepada Abu Musa Al-Asyaari r.a: "Milikilah sifat sabar. Sifat sabar itu ada dua iaitu sabar dalam meninggalkan larangan Allah s.w.t dan sabar dalam menghadapi musibah. Ketahuilah bahawa sabar itu sangkutan iman kerana kebajikan yang paling utama adalah taqwa dan taqwa hanya dapat dimiliki dengan sabar."

    Biarpun segetir mana ujian yang dihadapi, bersabarlah kerana Allah s.w.t pasti menghulurkan bantuan buat hamba-hamba-Nya. Nabi s.a.w bersabda: "Setiap kebaikan yang ada pada diriku tidaklah aku sembunyikan daripada kamu. Sesungguhnya sesiapa yang meminta dibantu akan dibantu Allah. Sesiapa yang sedaya upaya cuba bersabar akan diberikan kesabarab oleh Allah. Sesiapa yang meminta dikayakan dengan kebaikan, Allah pasti akan tunaikan. Tiada sesuatu pemberian yang lebih baik dan luas manfaatnya melainkan dari dikurniakan kesabaran." -Hadis Riwayat Imam Bukhari.

    Justeru, tersenyumlah dan bersabar walau apa jua yang melanda dalam kehidupan. Walau jatuh kembali tetap bersabarlah untuk bangkit semula. Walau dunia sepahit hempedu, namun balasannya semanis syurga yang tiada taranya. Kehidupan ibarat roda yang sentiasa berputar. Setiap kesulitan pasti diiringi dengan kesenagan. Pecaya dan yakinlah Allah sentiasa ada bersama hamba-Nya yang sabar dan beramal soleh.


Sumber: Ustaz Ahmad Husni Abd Rahman. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kenapa kita perlu ambil POLIFENOL dalam diet seharian ?

Mungkin daripada kita pernah dengar tentang PROTEIN, VITC, VIT E  Polifenol merupakan bio aktif kompaun yang secara semulajadinya dalam tum...