Jom Kenal, Apa itu Intermittent Fasting (IF)?
Kurus itu cantik betul tak? Sangat betul, lagi-lagi bila kurus itu adalah kurus ke arah yang sihat. Bukan kurus tapi hakikat sebenarnya badan kita sakit, kurang nutrisi dan sebagainya.
Pernah tak korang dengar tentang Intermittent Fasting ni atau lebih dikenali sebagai IF.
Ada tak kawan-kawan anda yang pernah buat IF atau anda sendiri pernah buat IF?
Takpe biar Geeha explain sikit apa itu IF.
Intermittent Fasting (IF) tu apa?
IF ni sebenarnya adalah singkatan daripada perkatan Intermittent Fasting.Iaitu merupakan satu plan atau jadual makan yang berhubungkait dengan makan dan puasa. Banyak sekarang ni yang mengetengahkan diet yang memberikan tumpuan apa yang perlu dimakan. Cuma untuk Intermittent Fasting ni anda hanya makan untuk masa tertentu sahaja.Ada kajian yang menunjukan yang mana berpuasa untuk beberapa jam setiap hari mempunyai banyak manfaat kesihatan.
Pakar Neurosains Johns Hopkin Mark Mattson telah mengkaji tentang Intermittent Fasting selama 25 tahun tu. Nak tahu lagi apa lagi yang John Hopkin Mark Mattson kata boleh klik link biru diatas.
Apa yang John Hopkin Mark Mattson kata badan kita ni telah berkembang untuk tahan tanpa makanan berjam-jam ,malah berhari-hari atau lebih lama lagi. Dulu pada zaman pra sejarah, sebelum manusia belajar bertani, mereka adalah pemburu dan pengumpul yang mana berevolusi untuk terus hidup dan berkembang maju untuk tempoh yang lama tanpa makan.
Masa dan tenaga kita mereka banyak digunakan untuk berburu haiwan dan mengumpulkan makanan.Kalau kita undur masa 50 tahun kebelakang, negara kita banyak mengekalkan berat badan yang sihat. Bayangkan zaman tu tiada internet, tiada komputer, malah rancangan TV pun tak banyak. Dan kebanyakan orang di Malaysia / Tanah Melayu waktu tu beraktiviti dan bersosial diantara mereka. Contoh kanak-kanak bermain dengan kawan-kawan mereka, orang dewasa bekerja bertani, berkebun menggunakan tenaga mereka
Bila zaman berubah, Internet sangat mudah diperoleh, TV banyak sangat siaran, malah Internet sentiasa ada 24 jam sehari, maka makin ramailah tidur lambat untuk menonton TV, melihat media sosial , bermain game online, berbual dalam talian dan makan snek ringan sepanjang hari dan sepanjang malam.
Atas sebab inilah yang menyebabkan kalori bertambah dan kurang beraktiviti juga boleh meningkatkan risiko obesiti , diabetis tahap 2, penyakit jantung dan penyakit lain.Secara ringkasnya intermittent fasting ni bukan sejenis diet , intermittent fasting ni adalah satu kaedah yang mana dapat mengatur waktu makan untuk tujuan kesihatan. Kaedah ini merangkumi tempoh waktu untuk makan dan berpuasa. Lebih kurang sama dengan cara orang muslim berpuasa. Cuma, keadah ini dibolehkan untuk minum air kosong, green tea, atau kopi tanpa gula.
5 TIPS UNTUK MEMULAKAN INTERMITTENT FASTING
- Banyakan minum air putih
- Set tujuan kenapa buat IF
- Mulakan dengan perlahan-lahan
- Jangan bandingkan dengan orang lain
- Makan sarapan paling lambat yang kita boleh
Jenis Intermittent Fasting (IF)
16:8 Kaedah ini sangat popular dimana kita boleh makan antara jam 12 pm hingga 8 pm tetapi anda perlu berpuasa 16 jam
24 jam Di sini anda perlu elakan untuk makan dan minum makanan yang berkalori 1-2x seminggu. Minum air yang tidak berkalori dibenarkan
5:2 lima hari seminggu anda dibenarkan makan seperti biasa tapi 2x seminggu makan perlu dihadkan kepada pengambilan kalori 500-600kcal sahaja.
5 Manfaat Intermittent Fasting
3. Menurunkan tahap kolestrol
Intermittent fasting bantu menurunkan bacaan kolestrol jahat (LDL Kolestrol) di dalam darah, Kadar kolestrol jahat dalam badan boleh menyebabkan penyakit jantung dan insukin resistence
4. Mengurangkan Berat Badan
Dan paling bagus tentang IF ni ialah ia dapat meningkatkan kadar metabolisma dalam badan. Lebih tinggi metabolisma bermaksud lebih mudah untuk mengurangkan berat badan dapat menurunkan berat badan
5. Mengurangkan Kesan Penuaan
Semakin meningkat dewasa semakin berkurang Human Growth Hormon (HGH) yang berfungsi dalam pertumbuhan badan , pembaharuan sel termasuklah sebagai hormon awet muda.
Bila kita lakukan intermittent fasting atau berpuasa saintis membuktikan hormon ini telah meningkat 5x ganda berbanding apabila kita tidak berpuasa hormon awet muda ni tidak meningkat
Jom nak tahu lebih lanjut lagi tentang INTERMITTENT FASTING boleh klik link ni
Geeha Aman
#shakleethrive23
#shakleetriumph23
#blogmegashaklee
#pengedarshakleebatucaves
#pengedarshakleerawang
#pengedarshakleeselayang
Best la posting geeha. lengkap dengan informasi. terima kasih kongsikan info lengkap IF
BalasPadamTerima kasih kak shida sudi baca dan komen hehe
PadamTerima kasih atas info sahabat. Sangat bermanfaat info ni
BalasPadamterima kasih atas info Geeha.
BalasPadam