Rabu, 30 September 2020

TIP MENGGUNAKAN KANTA LEKAP DENGAN BETUL

 TIP MENGGUNAKAN KANTA LEKAP DENGAN BETUL

Pemakaian kanta lekap berwarna-warni semakin popular seiring dengan perkembangan bidang optometri dan arus fesyen semasa.  Kanta lekap dianggap sebagai aksesori berbanding fungsi asalnya.  Tidak salah sekiranya anda mahu menggunakannya sebagai fesyen.  

Namun apa yang perlu difahami, kanta lekap bukan barang yang boleh dibeli terus daripada kaunter seperti minyak angin. Anda perlu tahu jenis-jenisnya dan kesesuaian mata anda sebelum memakai kanta lekap.

Apa yang membimbangkan, pengguna lebih mementingkan fesyen dan tidak kisah memilih produk murak tanpa mengambil tahu aspek keselamatan dalam penggunaan kanta lekap sebenarnya.

Banyak kes pengguna telah mengalami masalah mata yang kronik akibat menggunakan kanta lekap yang murah dan tidak membuat pemeriksaan mata terlebih dahulu. Kebanyakan kanta lekap yang murah tidak mempunyai ciri-ciri keselamatan untuk mata.  

Jadi, jom ikuti tip menggunakan kanta lekap dengan betul dibawah:

1. Mendapatkan pemeriksaan mata menyeluruh bagi memastikan kesesuaian pemakai kanta lekap. Ia untuk memastikan tiada sebarang masalah patologi atau keabnormalan pada sistem visual.

2. Pemakai kanta lekap perlu melalui proses pemilihan dan pemadanan kanta lekap terlebih dahulu daripada Pakar Mata, Ahli Optometri dan Juru optik yang bertauliah dan memiliki permit kanta lekap sahaja.

3.Pemakai perlu faham dan mematuhi arahan pemakaian kanta lekap dengan betul.

4. Pemakai perlu mematuhi tempoh pemakaian iaitu 8 jam sehari.

5. Di dalam SOP KKM, pemakai yang pertama kali menggunakannya perlu mendapatkan rawatan susulan berkala selepas semiggu, satu, tiga dan enam bulan seterusnya.

6. Kanta lekap tidak boleh dikongsi.

7. Bekas penyimpan kanta lekap perlu dicuci sekurang-kurangnya seminggu sekali dan sebaiknya ia ditukar tiga kali sebulan.

8. Sekiranya mengalami sebarang masalah pada mata seperti mata menjadi merah, pemakai perlu segera menanggalkan kanta lekap dan berjumpa dengan doktor.

9. Kanta lekap tidak boleh dipakai semasa tidur.

10. Pemakai perlu sentiasa menjaga kebersihan kerana mata sangat sensetif dengan kotoran dan boleh menyebabkan jangkitan kuman yang serius.

11. Kanta lekap perlu dipakai dahulu sebelum bersolek.  Sebaliknya jika anda menggunakan semburan deadoran atau semburan rambut, kanta lekap perlu dipakai setelah semburan dilakukan. 

INFO:

Terdapat beberapa individu yang tidak boleh sama sekali menggunakan kanta lekap iaitu:

- Individu yang menghadapi masalah dalam mata atau kornea

- Individu yang menghadapi masalah mata kering

- Individu yang mempunyai alahan/ alergi

- Individu yang mengalami penyakit mata seperti glukoma

- Individu yang menghidap diabetes

Oleh itu, sangat penting untuk anda mendapatkan pemeriksaan mata, konsultasi dan pemantauan yang betul serta penilaian susulan daripada doktor sebelum anda memilih untuk memakai kanta lekap.  Ambil tahu jenis-jenis kanta lekap dan cara penggunaannya yang betul. Peliharalah anugerah mata yang dikurniakan Tuhan ini dengan sebaiknya kerana tiada ganti setanding ciptaanNya. Jadi, sayangilah mata anda!


Selasa, 29 September 2020

PANTANG ROTI PULIH ANXIETY?

 Assalmualaikum , selamat pagi. 




Ada yang mengalami kesedihan, yang melampau, sehingga berhari2 dan berbulan 2?

Sedih, takut, gementar, seram sejuk dan sebagainya. 

  Apa tu Anxiety? 

Anxiety ni dapat dikenal pasti apabila perasaan kemurungan , kesedihan melampau,ketakutan  berpanjangan .

 TANDA-TANDA ANXIETY 

  • Fikiran kosong
  • Lemah dan lesu
  • Perut meragam
  • Sakit kepala
  • Otot tegang
  • Insomnia
  • Mudah marah, sentap dan terasa
  • Risau yang terlampau
  • Tak dapat memberikan fokus


Boleh baca sedikit artikel, tentang ROTI MENGANGGU KESIHATAN MENTAL oleh Doktor Hafiz.






Isnin, 28 September 2020

6 CARA SEMULA JADI MENGAWAL ALAHAN

 6 CARA SEMULA JADI MENGAWAL ALAHAN

Penyakit alahan adalah satu mekanisme pertahanan tubuh terhadap bendasing.  Alahan berkait dengan sistem imunisasi manusia.  Kekacauan pada sistem imun akan menjejaskan kesihatan pada tubuh.  Apabila anda mempunyai alahan, sistem imun anda akan bertindak balas kepada debunga, habuk, haiwan, atau bahan-bahan lain.  Selain mengambil ubat-ubatan yanah disarankan oleh doktor, anda juga boleh mengawal alahan dengan cara semula jadi.

Herba jelapang


Teh herba jelapang

1. Herba Jelatang

Pakar Naturopati, Dr Andrew Weil menyatakan herba jelatang mengandungi antihistamina semula jadi yang membantu mengawal alahan.  Tumbuhan ini boleh diambil dalam bentuk yang telah dikeringkan di mana ia biasanya boleh didapati di kedai-kedai herba.



2. Pegaga
Daun pegaga juga turut dikenali sebagai ginko biloba.  Ia mengandungi ginkogolides yang dapat menghadkan atau menghalang daripada serangan terhadap alahan.  Selain itu, pegaga juga baik untuk meningkatkan daya ingatan.  Anda boleh jadikan ia sebagai ulam mahupun jus minuman yang sihat. 



3. Pilih Bahan Berwarna-warni
Anda disarankan memilih makanan yang berwarna terang atau berwarna-warni.  Makanan yang berwarna-warni mengandungi quercetin iaitu pigmen atau warna semula jadi pada makanan.  Ia membantu menghalang alahan dengan mengawal pembebasan histamina.  Antara makanan ini seperti tembikai, nenas, sayuran hijau, tomato dan beberapa jenis buah serta sayuran yang lain.  Sekiranya anda ingin mengambil pil quercetin, anda disarankan untuk tidak mengambil herba jelatang kerana herba jelatang juga mengandungi quercetin.  Pengambilan kedua-dua bahan ini dalam satu-satu masa akan menjadikan dos yang berganda.  Jadi, anda boleh memilih pil quercetin atau quercetin semula jadi.


4. Banyakkan Omega-3
Omega-3 boleh ditemui banyak dalam makanan laut seperti ikan salmon.  Namun sekiranya anda mengalami alahan pada sesetengah makanan laut, anda boleh mengamalkannya dalam bentuk soft-gel yang kini telah banyak dijual di farmasi.


5. Madu
Salah satu cara yang baik dalam merawat alahan adalah dengan menjadikan madu lebah sebagai makanan rutin anda.  Madu sudh terbukti mengandungi pelbagai khasiat yang sangat baik untuk tubuh badan.


6. Probitik
Probiotik menyediakan bakteria baik kepada sistem penghadaman anda.  Para doktor naturopati percaya kesihatan sistem pencernaan berkait secara langsung dengan kesihatan sistem imunisasi.  Yogurt adalah salah satu probiotik yang boleh menbantu menggantikan bakteria baik untuk anda.  Selain itu,  pribiotik boleh didapati di kedai-kedai makanan kesihatan dalam bentuk pil.

FAKTA
Dunia kini diselubungi alahan dan ia hampir meliputi separuh daripada populasinya.  Dicatatkan antara 30 sehingga 40 peratus penduduk dunia terjejas sekurang-kurangnya satu alahan atau lebih.

Pencetus alahan boleh datang daripada pelbagai sumber.  Penting untuk anda mengamalkan gaya hidup yang lebih bersih dan peka pada perkara-perkara yang berisiko mencetuskan alahan tiidak kira daripada persekitaran mahupun makanan.






 

Ahad, 27 September 2020

MENGATASI INSOMNIA DENGAN TALBINAH

 MENGATASI INSOMNIA DENGAN TALBINAH


Insomnia adalah ketidakupayaan tidur selama tempoh yang munasabah.  Penghidap insomnia biasanya mengeluh kerana tidak berupaya menutup mata atau "merehatkan minda" melebihi beberapa minit.  Insomnia terjadi disebabkan oleh ketakutan, tekanan, kebimbangan , ubat, kafein, kemurungan atau kadangkala tanpa sebab yang tertentu.  Minda yang terlalu aktif serta mengalami kesakitan fizikal juga boleh menjadi salah satu daripada puncanya.

Namun berpandukan aspek pemakanan dan perubatan secara Islam talbinah dapat membantu mengatasi penyakit insomnia kerana ia mengandungi hormon prostaglofin, iaitu hormon yang boleh merangsang untuk tidur.

TALBINAH

Talbinah ialah sejenis minuman yang dibuat daripada barli yang dicampur dengan susu dan madu lebah asli. Minuman ini dinamakan talbinah kerana warnanya yang putih seakan warna susu serta sifatnya yang lembut dan mudah untuk dihadam. 


Khasiat yang terdapat pada talbinah bukan hanya dapat mengatasi masalah insomnia, malah terdapat beberapa manfaat lain yang boleh diperoleh daripada talbinah. 

KEBAIKAN TALBINAH

1. Menenangkan hati pesakit
Diriwayatkan daripada Aisyah r.a bahawa beliau telah menyuruh agar talbinah disediakan kepada orang yang sakit dan orang yang bersedih atas kematian seseorang. Beliau berkata,"Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah saw bersabda, 'Sesungguhnya talbinah dapat menenangkan hati pesakit dan menghilangkan sebahagian kesedihan.'"

Al-Bukhari. Shahih al-bukhari. Juz 7, hlm. 161, no. hadis 5689

 


2. Membantu menghilangkan kesedihan dan kemurungan
Rasulullah saw pernah mengesyorkan penggunaan talbinah bagi merea yang ditimpa musibah sebagaimana hadis:

Diriwayatkan daripada Aisyah r.a, isteri nabi bahawa apabila seseorang meninggal dunia dalam kalangan ahli keluarganya, kaum wanita akan berkumpul bagi tujuan itu.  Kemudian mereka semua beredar melainkan ahli keluarganya dan kerabat rapatnya.  Lalu beliau meminta supaya dibawakan sejumlah talbinah lantas dimasak.  Setelah itu, tsarid (potongan kecil roti yang dicampur dengan air rebusan daging) disediakan, seterusnya talbinah dituangkan keatasnya.  Kemudian beliau berkata, "Makanlah ia, kerana sesungguhnya saya mendengar Rasulullah saw bersabda, 'Talbinah dapat menenangkan hati pesakit serta menghilangkan sebahagian kesedihan.'"

Al-Bukhari. Shahih al-bukhari. Juz 7, hlm. 75, no. hadis 5417

 


3. Merawat penyakit pada sistem penghadaman
Penyakit pada sistem penghadaman seperti sembelit, kanser usus, penyakit celiac disease (penyakit yang menghalang fungsi saluran-saluran kecil di dalam perut daripada menyerap lemak, vitamin dan zat yang diperlukan oleh tubuh) dapat dirawat dengan talbinah.  Ia juga dapat mengatasi kegemukan.

4. Membantu mengurangkan kolestrol dalam darah
Kajian-kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa talbinah sangat berperanan mengurangkan kadar kolestrol dalam darah manusia.



5. Mengatasi penyakit darah tinggi
Talbinah tinggi dengan kandungan kalsiumnya.  Ia berfungsi menyeimbangkan kandungan garam dan air di dalam tubuh dan merawat masalah kencing tidak lawas.

6. Menurunkan kadar gula dalam darah
Talbinah mengandungi serat yang boleh larut dan serat yang tidak boleh larut yang diperlukan oleh tubuh.  Serat-serat tersebut berfungsi mengawal kadar gula dan lemak dalam darah.

7. Mencegah penyakit kanser dan anti-penuaan
Talbinah dapat mengatasi masalah pergerakan oksigen yang bergerak secara bersendirian (oksigen radikal) di dalam tubuh yang boleh menjadi punca penyakit kanser.  Selain itu, kandungan vitamin A di dalamnya membantu mengawal penyakit kanser daripada terus merebak.

8. Menguatkan sistem imunisasi
Bahan antioksidan yang ada pada talbinah akan mengaktifkan sistem ketahanan tubuh untuk mengawal dinding-dinding sel bagi melawan tindak balas pada kuman.  Ia dapat mengatasi masalah pertembungan oksigen yang bergerak secara berasingan dalam tubuh dengan lemak-lemak yang tidak boleh dicerna pada dinding sel yang menyebabkan kerosakan sel-sel pada tubuh.

CARA PENYEDIAAN TALBINAH

1. Ambil 1/2 cawan tepung barli (boleh guna barli yang dikisar halus) dibancuh dengan 2 cawan air.  Kemudian masak diatas api, dikacau rata sehingga mendidih dan pekat.

2. Setelah tekstur menjadi pekat, tambahkan susu (tiada sukatan tertentu bergantung kepada kesesuaian) dan biarkan sehinga mendidih semula.

3. Angkat dan biarkan suam. Letakkan madu secukup rasa dan boleh dimakan.

Talbinah adalah makanan sunnah yang telah dianjurkan oleh Rasulullah saw untuk kesihatan umatnya.  Ia juga antara makanan yang dapat meredakan sakit demam.  Mengamalkannya bukanlah sekadar untuk kesihatan tetapi memperoleh keberkatab dalam mengamal sunnah baginda Nabi Muhammad saw.

MANFAAT TEH HIJAU UNTUK KESIHATAN DAN KECANTIKAN



Sememangnya teh hijau sudah lama dikenali dengan khasiatnya yang banyak.  Ia adalah minuman yang kaya dengan kandungan antioksidan seperti enzim, asam amino, polifenol, vitamin B, folat, mangan, potassium, magnesium dan kafein.  Khasiat inilah yang memberi manfaat kepada kesihatan tubuh secara menyeluruh.  Selain itu, epigallacate gallate (EGCG) yang terkandung didalamnya dapat melindungi badan daripada pelbagai penyakit.  Berikut adalah manfaat teh hijau yang perlu anda ketahui.


1. Menurunkan Risiko Diabetes dan Kanser

Oleh kerana teh hijau tingi dengan antioksidan, ia mampu menurunkan risiko diabetes dan pelbagai jenis kanser.  Kajian di Jepun menunjukkan 42% risiko diabetes lebih rendah bagi mereka yang gemar minum teh hijau.  Teh hijau juga boleh meningkatkan pembakaran lemak dan kadar metabolisme badan.

2. Meningkatkan Fungsi Otak

Kafein yang terdapat dalam teh hijau bertindak sebagai bahan aktif yang menjadi perangsang semula jadi bagi meningkatkan fungsi otak.  Kajian terhadap kafein menunjukkan ia boleh mengawal mood, kelakuan, tindakan, dan daya ingatan.  Selain itu, L-theanine yang terkandung di dalam teh hijau juga boleh mengurangkan tekanan dan kebimbangan.

3. Meningkatkan Kesihatan Gigi

Kandungan catechines dalam teh hijau berfungsi menghalang pembiakan mutan bakteria sterptococcus dalam mulut yang menyebabkan kerosakan gigi.  Jadi, ia dapat menurunkan risiko gigi berlubang dan mencegah bau mulut.

4. Mengelakkan Penyakit Jantung

Pengambilan teh hijau dapat meningkatkan keupayaan antioksidan dalam darah.  Ia membantu melindungi partikel LDL kolestrol daripada proses pengoksidanan.  Kesannya, 31% risiko sakit jantung dapat dielakkan.

5. Menurunkan Berat Badan

Minum teh hijau secara rutin akan membakar lemak secara signifikan dan menurunkan berat badan. Kajian mendapati orang yang minum teh hijau sebelum bersenam dapat membakar 17% lemak lebih banyak berbanding mereka yang tidak minum teh hijau.


6. Merawat Jerawat, Mencantikkan Kulit dan Anti-penuaan

Sifat antioksidan yang terkandung di dalam teh hijau boleh mengurangkan pembentukan radikal bebas dalam badan dan membantu mengatur keseimbangan hormon. Ia juga bersifat anti-bakteria.  Pengambilan teh hijau secara rutin dapat mengeluarkan racun dari kulit, menyembuhkan kesan luka dan parut, mengatasi keradangan kulit dan meningkatkan keanjalan kulit secara semula jadi. Teh hijau juga boleh digunakan sebagai toner kulit.  Ia mampu menarik kotoran yang tertinggal pada kulit, mengecilkan poro-pori dan memberi kelembapan pada kulit.

7. Menghilangkan Bengkak dan Lingkaran Hitam di Bawah Mata

Teh hijau dapat membantu menyusutkan pembuluh darah di bawah kulit halus di sekitar mata dan ia mampu mengelakkan keradangan dan pembengkakan.  Kandungan antioksidan dan tanin dalam teh hijau bermanfaat untuk merawat bengkak dan lingkaran hitam di bawah mata.



Bagi mendapatkan manfaat yang maksimum, teh hijau perlulah diremdam dengan air yang betul-betul panas dan diminum tanpa gula agar anda dapat memiliki kesihatan yang optimum.

Sabtu, 26 September 2020

7 ZIKIR DIMEWAHKAN REZEKI

Assalamualaikum , selamat pagi.

Rezeki yang Allah bagi ni ada bermacam-macam rezeki. Jadi bagaimana kita nak meminta rezeki dari Tuhan yang maha memberikan kita rezeki ? Kenalah minta dengan penuh kasih sayang betul tak? 

Allah suka bila kita puji dia, ingat dia. 

Jadi kat sini jiha nak share 7 zikir yang Allah suka.

1. 

Maksudnya , TIADA DAYA DAN TIADA KEKUATAN KECUALI DENGAN PERTOLONGAN ALLAH SEMATA-MATA.

Barang siapa yang lambat datang rezekinya hendaklah banyak mengucapkan -La hawla Wala Quwwata illa Billah " (HR At Tabrani)













Khamis, 24 September 2020

6 JENIS SUSU YANG PATUT ANDA TAHU

hai Assalamualaikum.

Sedikit perkongsian hari ini. Korang pernah dengar SUSU selain SUSU LEMBU?

Jiha pon baru tahu tau. So Jom kita tengok jenis2 susu yang ada.

Susu adalah makanan yang mengandungi hampir kesemua nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan.  

Malah pengambilannnya dalam diet harian dapat membantu dalam pembinaan dan pengekalan jisim tulang.  Namun tidak semua orang boleh mengamalkan produk tenusu.

Bagi mereka yang menghadapi alahan pada produk tenusu masih boleh mendapatkan protein dan kalsium daridapa susu yang berasaskan tumbuh-tumbuhan. Jadi, anda boleh memilih jenis susu yang sesuai dengan tubuh anda.  Jom kenali 6 jenis susu yang patut anda tahu.



1. SUSU ALMOND

Susu almond dianggap sebagai pilihan bagi para vegan dan mereka yang alergi laktosa iaitu kesulitan mencerna gula dalam susu lembu.  Kandungan kalori susu almond 50% lebih rendah berbanding susu lembu.  Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan, susu almond adalah pilihan yang baik kerana ia tidak mengandungi kolestrol.  Namun susu almond tidak memiliki banyak sumber protein atau kalsium.  Satu gelas susu almond hanya memiliki 1 gram protein dan 2 miligram kalsium.  Kandungan karbohidrat yang rendh dalam susu almond ini dapat mengelakkan risiko terkena diabetes.

Manfaat Susu Almond :

- Menyihatkan jantung

-Menbantu menurunkan berat badan

- Menguatkan tulang

-Mengurangi risiko diabetes



2. SUSU GAJUS

Susu gajus adalah susu yang berasal daripada biji buah gajus.  Ia mengandungi protein dan mineral penting termasuk tembaga, kalsium, magnesium, zat besi, fosforus, potassium, zink, dan sodium.  Selain itu, ia juga mengandungi vitamin C, B-, dan K serta tiamin, riborflavin, niasin dan folat.

Manfaat Susu Gajus :

-Meningkatkan kesihatan otot dan saraf

-Mengurangi risiko diabetes

-Meningkatkan kesihatan tulang dan gigi

-Meningkatkan sistem imunisasi



3. SUSU SOYA

Susu soya adalah minuman yang berkhasiat dihasilkan daripada kacang soya.  Susu ini sesuai bagi mereka yang mengalami masalah penghadaman terhadap susu lembu kerana ia mengandungi kandungan lemak tepu yang lebih rendah berbanding susu lembu.  Bagi mereka yang mempunyai alahan terhadap soya boleh memilih susu almond atau susu oat.  Ia mengandungi protein soya sebagai sumber protein utama, minyak sayuran sebagai sumber lemak, karbohidrat, vitamin dan mineral lain serta diperkaya dengan zat besi.

Manfaat Susu Soya :

-Mengurangkan tahap kolestrol dan berat badan

-Menguatkan pembuluh darah

-Menghindari kanser prostat, kanser payudara, penyakit buah pinggang dan kencing manis

-Mengelakkan osteoporosis

-Melindungi dari sindrom pasca-menopaus



4. SUSU OAT

Susu oat merupakan minuman yang kaya dengan nutrien penting.  Ia sangat sesuai bagi mereka yang mengamalkan diet yang sihat.  Susu oat menyediakan sejumlah besar serat yang baik untuk fungsi usus.  Ia adalah minuman yang menyediakan tenaga kerana jumlah karbohidratnya yang tinggi.  Kandungan proteinnya lebih tinggi berbanding susu lembu. Selain itu, susu oat mengandungi asid amino, vitamin B, dan kalsium yang tinggi.

Manfaat Susu Oat :

-Membantu menurunkan kolestrol dan trigliserida (kolestrol tinggi)

-Lebih mudah dicerna dan sesuai bagi pesakit kencing manis mengawal paras gula dalam darah

-Baik untuk sistem saraf dan meningkatkan fungsi hati

-Menghalang obesiti dan pengedaran lemak perut

-Mengawal transit usus dan mencegah serta merawat sembelit



5. TENUSU

Produk tenusu adalah minuman yang dihasilkan daripada susu mamalia seperti lembu, kambing, unta, keldai dan lain-lain.  Susu kaya dengan kalsium, protein, vitamin A dan B.  Namun produk tenusu boleh menyebabkan masalah kesihatan bagi mereka yang mempunyai alergi laktosa atau alahan pada susu.  Tidak semua susu membuatkan anda menjadi gemuk.  Bagi mereka yang takut gemuk, telitilah terlebih dahulu lebel kandungan nutrisi yang terdapat pada kotak sebelum membelinya.  Anda masih boleh mendapatkan vitamin dan mineral dari susu rendah lemak.

Manfaat Susu :

-Baik untuk pertumbuhan gigi dan tulang

-Mengawal berat badan

-Mencegah dehidrasi

Meneutralkan racun dalam tubuh badan

-Melancarkan saluran pencernaan



6. SUSU KELAPA

Susu kelapa atau lebih dikenali sebagai santan seringkali digunakan dalam masakan Asia.  Susu ini menjadi asas yang hebat dalam menyempurnakan rasa makanan dan memiliki manfaat yang berguna bagi tubuh badan.  Susu kelapa kaya dengan vitamin A dan C, zat besi , magnesium, kalsium, natrium dan kalium.  Susu kelapa dipercayai lebih baik dalam mengurangi kolestrol berbanding dengan mentega dan krim berasaskan susu.

Manfaat Susu Kelapa :

-Membantu mengimbangi berat badan 

-Membantu kesihatan kulit dan anti penuaan

-Meningkatkan sistem imun


Sememangnya pengambilan susu dalam diet harian penting bagi kesihatan tubuh badan anda.  Namun, berhati-hati dalam memilih susu yang sesuai dengan keadaan tubuh badan agar tubuh anda memperoleh manfaat susu secara maksimum dan kekal sihat.


Rabu, 23 September 2020

5 JENIS MAKANAN ANTI PENUAAN SUPAYA ANDA TERASA JELITA MACAM ANAK DARA

 
Hai Asslamualaikum,

Hari ni Jiha nak share sedikit topik tentang BAGAIMANA NAK JELITA MACAM ANAK DARA.
Setiap wanita inginkan wajah yang cantik dan muda . Anda mugkin tak sedar sebenarnya makanan untuk awet muda ini ada di dapur anda. 

Khasiat makan semulajadi ni bagus untuk menegangkan dan menganjalkan kulit wajah sekaligus membuatkan anda rasa muda remaja. 

So apa lagi , jom amalkan makanan ni.




1. AVOKADO

Avokado ni bestnya dia ada vitamin K, C E , A an potassium untuk melambatkan proses penuaan . Ianya boleh diamalkan sama ada makan buahnya atau minyaknya.

Selain tu , avokado mengandungi asid lemak omega dan asic oleic untuk membantu lapisan kulit dan mengekalkan kelembapannya hingga menjadikan kulit anda licin, lembab, lembut dan anjal.

Ia juga selalu digunakan untuk merawat kesan parut.



2. BROKOLI

Brokoli mempunyai ciri-ciri antioksidan serta kaya dengan vitamin C, K, dan B6.  Ia mampu meningkatkan kesihatan kulit dari dalam.  Vitamin C yang terdapat dalam brokoli dapat menghasilkan kilegen agar kulit kelihatan lebih anjal secara semula jadi sekaligus melindungi kulit daripada radikal bebas.



3. BAYAM

Bayam adalah sumber beta-carotene serta letein yang baik selain mengandungi vitamin A dan K yang tinggi.  Ia mampu membantu kulit untuk kekal anjal dan licin selain dapat mencegah jerawat, kedutan, menguatkan akar rambut serta boleh mengurangkan keradangan dalam sel.  Bayam juga berfungsi sebagai anti penuaan yang baik.  Phytonutrients yang terdapat dalam bayam dapat melindungi kulit dari kerosakan disebabkan cahaya matahati.


4. LADA BENGGALA MERAH

Seperti brokoli, lada benggala yang berwarna merah ini juga mempunyai kandungan vitamin C dan anti oksidan yang tinggi.  Kebanyakan buah yang berwarna merah, oren, dan kuning mengandungi karotenoid iaitu sejenis pigmen yang melindungi kulit daripada radikal bebas.  Selain menjadi penyeri dalam hidangan ia adalah makanan yang sangat baik untuk kesihatan kulit anda yang boleh memperlahankan proses penuaan.



5. TOMATO

Buah tomato mengandungi kandungan vitamin C yang tinggi dimana penghasilan kolegen dapat dihasilkan melaluinya.  Kolegen berfungsi memberi keanjalan pada kulit agar kelihatan tegang.  Khasiat daripada tomato juga dapat melambatkan proses penuaan dan membantu melancarkan sistem peredaran darah anda.


Sebenarnya senang saja untuk kekal awet muda.  Tambahan pula makanan ini sangat mudah untuk didapati dan lebih menjimatkan.  Lebih awal anda mula mengamalkan makanan ini adalah lebih baik.  Amalan memakan sayur dan buah-buahan ini baik untuk kesihatan tubuh secara menyeluruh.  Jadi jom amalkan pengambilan 5 jenis makanan ini dalam diet harian anda!

Kenapa kita perlu ambil POLIFENOL dalam diet seharian ?

Mungkin daripada kita pernah dengar tentang PROTEIN, VITC, VIT E  Polifenol merupakan bio aktif kompaun yang secara semulajadinya dalam tum...