Rabu, 30 September 2020

TIP MENGGUNAKAN KANTA LEKAP DENGAN BETUL

 TIP MENGGUNAKAN KANTA LEKAP DENGAN BETUL

Pemakaian kanta lekap berwarna-warni semakin popular seiring dengan perkembangan bidang optometri dan arus fesyen semasa.  Kanta lekap dianggap sebagai aksesori berbanding fungsi asalnya.  Tidak salah sekiranya anda mahu menggunakannya sebagai fesyen.  

Namun apa yang perlu difahami, kanta lekap bukan barang yang boleh dibeli terus daripada kaunter seperti minyak angin. Anda perlu tahu jenis-jenisnya dan kesesuaian mata anda sebelum memakai kanta lekap.

Apa yang membimbangkan, pengguna lebih mementingkan fesyen dan tidak kisah memilih produk murak tanpa mengambil tahu aspek keselamatan dalam penggunaan kanta lekap sebenarnya.

Banyak kes pengguna telah mengalami masalah mata yang kronik akibat menggunakan kanta lekap yang murah dan tidak membuat pemeriksaan mata terlebih dahulu. Kebanyakan kanta lekap yang murah tidak mempunyai ciri-ciri keselamatan untuk mata.  

Jadi, jom ikuti tip menggunakan kanta lekap dengan betul dibawah:

1. Mendapatkan pemeriksaan mata menyeluruh bagi memastikan kesesuaian pemakai kanta lekap. Ia untuk memastikan tiada sebarang masalah patologi atau keabnormalan pada sistem visual.

2. Pemakai kanta lekap perlu melalui proses pemilihan dan pemadanan kanta lekap terlebih dahulu daripada Pakar Mata, Ahli Optometri dan Juru optik yang bertauliah dan memiliki permit kanta lekap sahaja.

3.Pemakai perlu faham dan mematuhi arahan pemakaian kanta lekap dengan betul.

4. Pemakai perlu mematuhi tempoh pemakaian iaitu 8 jam sehari.

5. Di dalam SOP KKM, pemakai yang pertama kali menggunakannya perlu mendapatkan rawatan susulan berkala selepas semiggu, satu, tiga dan enam bulan seterusnya.

6. Kanta lekap tidak boleh dikongsi.

7. Bekas penyimpan kanta lekap perlu dicuci sekurang-kurangnya seminggu sekali dan sebaiknya ia ditukar tiga kali sebulan.

8. Sekiranya mengalami sebarang masalah pada mata seperti mata menjadi merah, pemakai perlu segera menanggalkan kanta lekap dan berjumpa dengan doktor.

9. Kanta lekap tidak boleh dipakai semasa tidur.

10. Pemakai perlu sentiasa menjaga kebersihan kerana mata sangat sensetif dengan kotoran dan boleh menyebabkan jangkitan kuman yang serius.

11. Kanta lekap perlu dipakai dahulu sebelum bersolek.  Sebaliknya jika anda menggunakan semburan deadoran atau semburan rambut, kanta lekap perlu dipakai setelah semburan dilakukan. 

INFO:

Terdapat beberapa individu yang tidak boleh sama sekali menggunakan kanta lekap iaitu:

- Individu yang menghadapi masalah dalam mata atau kornea

- Individu yang menghadapi masalah mata kering

- Individu yang mempunyai alahan/ alergi

- Individu yang mengalami penyakit mata seperti glukoma

- Individu yang menghidap diabetes

Oleh itu, sangat penting untuk anda mendapatkan pemeriksaan mata, konsultasi dan pemantauan yang betul serta penilaian susulan daripada doktor sebelum anda memilih untuk memakai kanta lekap.  Ambil tahu jenis-jenis kanta lekap dan cara penggunaannya yang betul. Peliharalah anugerah mata yang dikurniakan Tuhan ini dengan sebaiknya kerana tiada ganti setanding ciptaanNya. Jadi, sayangilah mata anda!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kenapa kita perlu ambil POLIFENOL dalam diet seharian ?

Mungkin daripada kita pernah dengar tentang PROTEIN, VITC, VIT E  Polifenol merupakan bio aktif kompaun yang secara semulajadinya dalam tum...