Ahad, 27 September 2020

MANFAAT TEH HIJAU UNTUK KESIHATAN DAN KECANTIKAN



Sememangnya teh hijau sudah lama dikenali dengan khasiatnya yang banyak.  Ia adalah minuman yang kaya dengan kandungan antioksidan seperti enzim, asam amino, polifenol, vitamin B, folat, mangan, potassium, magnesium dan kafein.  Khasiat inilah yang memberi manfaat kepada kesihatan tubuh secara menyeluruh.  Selain itu, epigallacate gallate (EGCG) yang terkandung didalamnya dapat melindungi badan daripada pelbagai penyakit.  Berikut adalah manfaat teh hijau yang perlu anda ketahui.


1. Menurunkan Risiko Diabetes dan Kanser

Oleh kerana teh hijau tingi dengan antioksidan, ia mampu menurunkan risiko diabetes dan pelbagai jenis kanser.  Kajian di Jepun menunjukkan 42% risiko diabetes lebih rendah bagi mereka yang gemar minum teh hijau.  Teh hijau juga boleh meningkatkan pembakaran lemak dan kadar metabolisme badan.

2. Meningkatkan Fungsi Otak

Kafein yang terdapat dalam teh hijau bertindak sebagai bahan aktif yang menjadi perangsang semula jadi bagi meningkatkan fungsi otak.  Kajian terhadap kafein menunjukkan ia boleh mengawal mood, kelakuan, tindakan, dan daya ingatan.  Selain itu, L-theanine yang terkandung di dalam teh hijau juga boleh mengurangkan tekanan dan kebimbangan.

3. Meningkatkan Kesihatan Gigi

Kandungan catechines dalam teh hijau berfungsi menghalang pembiakan mutan bakteria sterptococcus dalam mulut yang menyebabkan kerosakan gigi.  Jadi, ia dapat menurunkan risiko gigi berlubang dan mencegah bau mulut.

4. Mengelakkan Penyakit Jantung

Pengambilan teh hijau dapat meningkatkan keupayaan antioksidan dalam darah.  Ia membantu melindungi partikel LDL kolestrol daripada proses pengoksidanan.  Kesannya, 31% risiko sakit jantung dapat dielakkan.

5. Menurunkan Berat Badan

Minum teh hijau secara rutin akan membakar lemak secara signifikan dan menurunkan berat badan. Kajian mendapati orang yang minum teh hijau sebelum bersenam dapat membakar 17% lemak lebih banyak berbanding mereka yang tidak minum teh hijau.


6. Merawat Jerawat, Mencantikkan Kulit dan Anti-penuaan

Sifat antioksidan yang terkandung di dalam teh hijau boleh mengurangkan pembentukan radikal bebas dalam badan dan membantu mengatur keseimbangan hormon. Ia juga bersifat anti-bakteria.  Pengambilan teh hijau secara rutin dapat mengeluarkan racun dari kulit, menyembuhkan kesan luka dan parut, mengatasi keradangan kulit dan meningkatkan keanjalan kulit secara semula jadi. Teh hijau juga boleh digunakan sebagai toner kulit.  Ia mampu menarik kotoran yang tertinggal pada kulit, mengecilkan poro-pori dan memberi kelembapan pada kulit.

7. Menghilangkan Bengkak dan Lingkaran Hitam di Bawah Mata

Teh hijau dapat membantu menyusutkan pembuluh darah di bawah kulit halus di sekitar mata dan ia mampu mengelakkan keradangan dan pembengkakan.  Kandungan antioksidan dan tanin dalam teh hijau bermanfaat untuk merawat bengkak dan lingkaran hitam di bawah mata.



Bagi mendapatkan manfaat yang maksimum, teh hijau perlulah diremdam dengan air yang betul-betul panas dan diminum tanpa gula agar anda dapat memiliki kesihatan yang optimum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kenapa kita perlu ambil POLIFENOL dalam diet seharian ?

Mungkin daripada kita pernah dengar tentang PROTEIN, VITC, VIT E  Polifenol merupakan bio aktif kompaun yang secara semulajadinya dalam tum...