Khamis, 24 September 2020

6 JENIS SUSU YANG PATUT ANDA TAHU

hai Assalamualaikum.

Sedikit perkongsian hari ini. Korang pernah dengar SUSU selain SUSU LEMBU?

Jiha pon baru tahu tau. So Jom kita tengok jenis2 susu yang ada.

Susu adalah makanan yang mengandungi hampir kesemua nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan.  

Malah pengambilannnya dalam diet harian dapat membantu dalam pembinaan dan pengekalan jisim tulang.  Namun tidak semua orang boleh mengamalkan produk tenusu.

Bagi mereka yang menghadapi alahan pada produk tenusu masih boleh mendapatkan protein dan kalsium daridapa susu yang berasaskan tumbuh-tumbuhan. Jadi, anda boleh memilih jenis susu yang sesuai dengan tubuh anda.  Jom kenali 6 jenis susu yang patut anda tahu.



1. SUSU ALMOND

Susu almond dianggap sebagai pilihan bagi para vegan dan mereka yang alergi laktosa iaitu kesulitan mencerna gula dalam susu lembu.  Kandungan kalori susu almond 50% lebih rendah berbanding susu lembu.  Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan, susu almond adalah pilihan yang baik kerana ia tidak mengandungi kolestrol.  Namun susu almond tidak memiliki banyak sumber protein atau kalsium.  Satu gelas susu almond hanya memiliki 1 gram protein dan 2 miligram kalsium.  Kandungan karbohidrat yang rendh dalam susu almond ini dapat mengelakkan risiko terkena diabetes.

Manfaat Susu Almond :

- Menyihatkan jantung

-Menbantu menurunkan berat badan

- Menguatkan tulang

-Mengurangi risiko diabetes



2. SUSU GAJUS

Susu gajus adalah susu yang berasal daripada biji buah gajus.  Ia mengandungi protein dan mineral penting termasuk tembaga, kalsium, magnesium, zat besi, fosforus, potassium, zink, dan sodium.  Selain itu, ia juga mengandungi vitamin C, B-, dan K serta tiamin, riborflavin, niasin dan folat.

Manfaat Susu Gajus :

-Meningkatkan kesihatan otot dan saraf

-Mengurangi risiko diabetes

-Meningkatkan kesihatan tulang dan gigi

-Meningkatkan sistem imunisasi



3. SUSU SOYA

Susu soya adalah minuman yang berkhasiat dihasilkan daripada kacang soya.  Susu ini sesuai bagi mereka yang mengalami masalah penghadaman terhadap susu lembu kerana ia mengandungi kandungan lemak tepu yang lebih rendah berbanding susu lembu.  Bagi mereka yang mempunyai alahan terhadap soya boleh memilih susu almond atau susu oat.  Ia mengandungi protein soya sebagai sumber protein utama, minyak sayuran sebagai sumber lemak, karbohidrat, vitamin dan mineral lain serta diperkaya dengan zat besi.

Manfaat Susu Soya :

-Mengurangkan tahap kolestrol dan berat badan

-Menguatkan pembuluh darah

-Menghindari kanser prostat, kanser payudara, penyakit buah pinggang dan kencing manis

-Mengelakkan osteoporosis

-Melindungi dari sindrom pasca-menopaus



4. SUSU OAT

Susu oat merupakan minuman yang kaya dengan nutrien penting.  Ia sangat sesuai bagi mereka yang mengamalkan diet yang sihat.  Susu oat menyediakan sejumlah besar serat yang baik untuk fungsi usus.  Ia adalah minuman yang menyediakan tenaga kerana jumlah karbohidratnya yang tinggi.  Kandungan proteinnya lebih tinggi berbanding susu lembu. Selain itu, susu oat mengandungi asid amino, vitamin B, dan kalsium yang tinggi.

Manfaat Susu Oat :

-Membantu menurunkan kolestrol dan trigliserida (kolestrol tinggi)

-Lebih mudah dicerna dan sesuai bagi pesakit kencing manis mengawal paras gula dalam darah

-Baik untuk sistem saraf dan meningkatkan fungsi hati

-Menghalang obesiti dan pengedaran lemak perut

-Mengawal transit usus dan mencegah serta merawat sembelit



5. TENUSU

Produk tenusu adalah minuman yang dihasilkan daripada susu mamalia seperti lembu, kambing, unta, keldai dan lain-lain.  Susu kaya dengan kalsium, protein, vitamin A dan B.  Namun produk tenusu boleh menyebabkan masalah kesihatan bagi mereka yang mempunyai alergi laktosa atau alahan pada susu.  Tidak semua susu membuatkan anda menjadi gemuk.  Bagi mereka yang takut gemuk, telitilah terlebih dahulu lebel kandungan nutrisi yang terdapat pada kotak sebelum membelinya.  Anda masih boleh mendapatkan vitamin dan mineral dari susu rendah lemak.

Manfaat Susu :

-Baik untuk pertumbuhan gigi dan tulang

-Mengawal berat badan

-Mencegah dehidrasi

Meneutralkan racun dalam tubuh badan

-Melancarkan saluran pencernaan



6. SUSU KELAPA

Susu kelapa atau lebih dikenali sebagai santan seringkali digunakan dalam masakan Asia.  Susu ini menjadi asas yang hebat dalam menyempurnakan rasa makanan dan memiliki manfaat yang berguna bagi tubuh badan.  Susu kelapa kaya dengan vitamin A dan C, zat besi , magnesium, kalsium, natrium dan kalium.  Susu kelapa dipercayai lebih baik dalam mengurangi kolestrol berbanding dengan mentega dan krim berasaskan susu.

Manfaat Susu Kelapa :

-Membantu mengimbangi berat badan 

-Membantu kesihatan kulit dan anti penuaan

-Meningkatkan sistem imun


Sememangnya pengambilan susu dalam diet harian penting bagi kesihatan tubuh badan anda.  Namun, berhati-hati dalam memilih susu yang sesuai dengan keadaan tubuh badan agar tubuh anda memperoleh manfaat susu secara maksimum dan kekal sihat.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kenapa kita perlu ambil POLIFENOL dalam diet seharian ?

Mungkin daripada kita pernah dengar tentang PROTEIN, VITC, VIT E  Polifenol merupakan bio aktif kompaun yang secara semulajadinya dalam tum...