Ahad, 27 September 2020

MENGATASI INSOMNIA DENGAN TALBINAH

 MENGATASI INSOMNIA DENGAN TALBINAH


Insomnia adalah ketidakupayaan tidur selama tempoh yang munasabah.  Penghidap insomnia biasanya mengeluh kerana tidak berupaya menutup mata atau "merehatkan minda" melebihi beberapa minit.  Insomnia terjadi disebabkan oleh ketakutan, tekanan, kebimbangan , ubat, kafein, kemurungan atau kadangkala tanpa sebab yang tertentu.  Minda yang terlalu aktif serta mengalami kesakitan fizikal juga boleh menjadi salah satu daripada puncanya.

Namun berpandukan aspek pemakanan dan perubatan secara Islam talbinah dapat membantu mengatasi penyakit insomnia kerana ia mengandungi hormon prostaglofin, iaitu hormon yang boleh merangsang untuk tidur.

TALBINAH

Talbinah ialah sejenis minuman yang dibuat daripada barli yang dicampur dengan susu dan madu lebah asli. Minuman ini dinamakan talbinah kerana warnanya yang putih seakan warna susu serta sifatnya yang lembut dan mudah untuk dihadam. 


Khasiat yang terdapat pada talbinah bukan hanya dapat mengatasi masalah insomnia, malah terdapat beberapa manfaat lain yang boleh diperoleh daripada talbinah. 

KEBAIKAN TALBINAH

1. Menenangkan hati pesakit
Diriwayatkan daripada Aisyah r.a bahawa beliau telah menyuruh agar talbinah disediakan kepada orang yang sakit dan orang yang bersedih atas kematian seseorang. Beliau berkata,"Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah saw bersabda, 'Sesungguhnya talbinah dapat menenangkan hati pesakit dan menghilangkan sebahagian kesedihan.'"

Al-Bukhari. Shahih al-bukhari. Juz 7, hlm. 161, no. hadis 5689

 


2. Membantu menghilangkan kesedihan dan kemurungan
Rasulullah saw pernah mengesyorkan penggunaan talbinah bagi merea yang ditimpa musibah sebagaimana hadis:

Diriwayatkan daripada Aisyah r.a, isteri nabi bahawa apabila seseorang meninggal dunia dalam kalangan ahli keluarganya, kaum wanita akan berkumpul bagi tujuan itu.  Kemudian mereka semua beredar melainkan ahli keluarganya dan kerabat rapatnya.  Lalu beliau meminta supaya dibawakan sejumlah talbinah lantas dimasak.  Setelah itu, tsarid (potongan kecil roti yang dicampur dengan air rebusan daging) disediakan, seterusnya talbinah dituangkan keatasnya.  Kemudian beliau berkata, "Makanlah ia, kerana sesungguhnya saya mendengar Rasulullah saw bersabda, 'Talbinah dapat menenangkan hati pesakit serta menghilangkan sebahagian kesedihan.'"

Al-Bukhari. Shahih al-bukhari. Juz 7, hlm. 75, no. hadis 5417

 


3. Merawat penyakit pada sistem penghadaman
Penyakit pada sistem penghadaman seperti sembelit, kanser usus, penyakit celiac disease (penyakit yang menghalang fungsi saluran-saluran kecil di dalam perut daripada menyerap lemak, vitamin dan zat yang diperlukan oleh tubuh) dapat dirawat dengan talbinah.  Ia juga dapat mengatasi kegemukan.

4. Membantu mengurangkan kolestrol dalam darah
Kajian-kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa talbinah sangat berperanan mengurangkan kadar kolestrol dalam darah manusia.



5. Mengatasi penyakit darah tinggi
Talbinah tinggi dengan kandungan kalsiumnya.  Ia berfungsi menyeimbangkan kandungan garam dan air di dalam tubuh dan merawat masalah kencing tidak lawas.

6. Menurunkan kadar gula dalam darah
Talbinah mengandungi serat yang boleh larut dan serat yang tidak boleh larut yang diperlukan oleh tubuh.  Serat-serat tersebut berfungsi mengawal kadar gula dan lemak dalam darah.

7. Mencegah penyakit kanser dan anti-penuaan
Talbinah dapat mengatasi masalah pergerakan oksigen yang bergerak secara bersendirian (oksigen radikal) di dalam tubuh yang boleh menjadi punca penyakit kanser.  Selain itu, kandungan vitamin A di dalamnya membantu mengawal penyakit kanser daripada terus merebak.

8. Menguatkan sistem imunisasi
Bahan antioksidan yang ada pada talbinah akan mengaktifkan sistem ketahanan tubuh untuk mengawal dinding-dinding sel bagi melawan tindak balas pada kuman.  Ia dapat mengatasi masalah pertembungan oksigen yang bergerak secara berasingan dalam tubuh dengan lemak-lemak yang tidak boleh dicerna pada dinding sel yang menyebabkan kerosakan sel-sel pada tubuh.

CARA PENYEDIAAN TALBINAH

1. Ambil 1/2 cawan tepung barli (boleh guna barli yang dikisar halus) dibancuh dengan 2 cawan air.  Kemudian masak diatas api, dikacau rata sehingga mendidih dan pekat.

2. Setelah tekstur menjadi pekat, tambahkan susu (tiada sukatan tertentu bergantung kepada kesesuaian) dan biarkan sehinga mendidih semula.

3. Angkat dan biarkan suam. Letakkan madu secukup rasa dan boleh dimakan.

Talbinah adalah makanan sunnah yang telah dianjurkan oleh Rasulullah saw untuk kesihatan umatnya.  Ia juga antara makanan yang dapat meredakan sakit demam.  Mengamalkannya bukanlah sekadar untuk kesihatan tetapi memperoleh keberkatab dalam mengamal sunnah baginda Nabi Muhammad saw.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kenapa kita perlu ambil POLIFENOL dalam diet seharian ?

Mungkin daripada kita pernah dengar tentang PROTEIN, VITC, VIT E  Polifenol merupakan bio aktif kompaun yang secara semulajadinya dalam tum...