Sabtu, 29 Julai 2023

Tajaan Percutian oleh Shaklee

Alhamdulillah,  dengan bonus Shaklee dapat tunaikan hasrat mak nak ke Pulau Pangkor. 



Alhamdulillah hampir 90% guna bonus Shaklee untuk bawak emak, adik adik dan suami ke Pulau Pangkor. 

Seronok sangat. Pengalaman pada waktu itu bercampur seribu satu macam


Dapat Ziarah Masjid Seribu Berselawat. 
Masjid yang indah dengan keindahan seni bina. Jubin yang sangat lawa dengan keindahan tulisan khat. Sangat cantik dan memukau. 


Antara satu satunya kilang makanan kering halal yang diusahakan oleh orang Melayu islam.  iaitu Kilang Pak Su. Disini kita boleh pilih apa sahaja tanpa was was .

Pak cik Van merah jambu bawa kami bersiar siar di pekan. Yang mana trip makan makanan kampung dan kuih muih yang dijual disitu. Sedap sangat dan harganya murah. 


Jangan tak tahu. Di Pulau Pangkor kita boleh melihat burung enggang. Dimana burung ini sangat jinak. Burung ini bukan sahaja boleh kita lihat di Sarawak malah di Pulau Pangkor terdapat banyak sangat burung Enggang. Memang agak jakun sedikit kalau orang yang first time tengok. 




Pulau Pangkor terkenal dengan air yang sangat jernih. Jadi jangan lupe tau pergi snockling di Pulau Giam. Reti berenang atau tak semua orang boleh snockling. Jika memakai jaket keselamatan dengan betul.. InsyaAllah tak tenggelam.


Zaman tinggalan penjajah. 

Disini boleh kita lihat binaan bangunan lama dengan batu- batu lama. Menjadi tempat tarikan pelancong. 


Bagaimana nak dapat Tajaan Percutian oleh Shaklee?


Ada 2 Kaedah: 

1.layakan diri menerima bonus dari Shaklee. Shaklee ade beberapa % bonus yang kita layak dapat walaupun belum naik rank. 



Ini adalah rajah yang mana SID yang belum naik rank boleh dapat . Banyak juga tau.. Mana ada orang  bagi for free. Kumpul sikit sikit lama lama dapat bawak mak dan ayah serta family pergi holiday bersama. 





Kaedah ke 2:  

2. Berusaha dapatkan bonus percutian dengan Shaklee. 

Shaklee ada sedia tiket percutian percuma dalam dan luar negara yang mana  ditaja penuh dari tiket flight dan penginapan, juga elaun makan dan perjalanan semua ditanggung Shaklee dengan percutian mewah. 

ini antara  Trip percuma yang Shaklee taja.


Yang ni adalah PRCUTIAN Percuma Shaklee taja pada tahun 2024. Yang mana Shaklee akan bawak mereka2 yang layak untuk bersama Shaklee ke osaka dan naik Royal Caribbean Cruise.

Bagi anda yang sangat berminat untuk pergi travel dan suka sangat berjalan jalan bersama keluarga. Anda patut cuba dan grab inisiatif yang Shaklee berikan. 


Rugi sangat sangat tau 


Nak baca lagi tentang PERCUTIAN SHAKLEE boleh klik link ini.


GEEHA AMAN | PENGEDAR SHAKELEE BATU CAVES
WASAP | 0135350587 | FB GEEHA AMAN

#nextlevelBlogging

#shakleetriumph2023

#shakleethrive2023

#pengedarshakleebatucaves



Tak pernah Travel? Ini Tips Travel untuk Anda

Banyak kebaikan bila kita mula melatih diri untuk travel tak kira bersama keluarga atau kawan- kawan. Perjalanan ke tempat baharu juga  mengutip pengalaman - pengalaman dalam tempoh yang pendek juga memberikan satu ilmu pada diri.

Travel sangat bagus untuk melatih diri berdikari, mendidik kita berfikir secara kreatif .



1. Buat sedikit 'Reserch" berkenaan tempat yang hendak pergi

Sebelum ke satu destinasi yang hendak kita pergi. Kita perlu ada basic info tentang tempat tersebut. Perlu juga tahu kedudukan hotel yang bakal kita check in dengen tempat - tempat menarik yang kita bakal kunjungi.

Lagi best lagi jika kita dapat buat beberapa bajet keseluruhan perjalanan percutian kita. Dari penginapan , dan perbelanjaan semasa bercuti






2. Bijak mencari waktu percutian yang sesuai.

Perkara yang sangat sangat penting yang perlu dititikberatkan ketika merancang  percutian tentulah tentunya adalah memilih destinasi yang terbaik. Pilih destinasi yang ingin dilawati di luar musim percutian. Contoh musim sekolah dan perayaan.

Pilih menginapan untuk  hostel,  atau homestay sebab apa bukan hotel sebab kerana tempat seperti yang dicadangkan menawarkan harga yang jauh lebih murah mempunyai kemudahan yang tidak terhad dan lebih fleksibel. Terutamanya mereka yang mempunyai keluarga yang sangat ramai .Ianya sangat menjimatkan.

 Kalau melancong secara solo juga banyak kelebihan yang kita dapat perolehi. Dengan adanya ruang dapur juga kita boleh  memasak. jadi kita boleh tak bazirkan duit untuk makan di luar malah lokasi seperti ini menawarkan pengalaman kepada pelancong untuk merasai dan ikut serta budaya lokal dengan bergaul dengan masyarakat setempat dan  akan menambah ramai kenalan.

Elakkan makan di luar 

tentunya banyak wang akan dihabiskan bila kita ada acara makan beramai-ramai di luar. Tetapi untuk dapatkan penjimatan yang lebih kita boleh berbelanja barangan dapur di pasar raya tempatan dan pelajari cara untuk masak makanan yang mudah..

Selain itu, kita boleh selidik dulu lokasi tempat makanan yang murah atau street food yang makanannya jauh lebih murah dan menyelerakan ini juga cara terbaik untuk anda menimba pengalaman melancong di tempat orang.

Tidak perlu berbelanja untuk cenderamata 

Jika kita menggunakan tips travel, tidak berbaloi kalau kita  membeli cenderamata setiap kali kita melancong.  Cukup hanya jadikan gambar sebagai moment dan kenangan indah di sana.



Naik kenderaan awam atau berjalan kaki

Jadikan naik kenderaan awam atau berjalan kaki sebagai alternatif untuk bersiar-siar ambil peluang ini bercuti pada kali ini adalah lebih dekat dengan masyarakat tempatan jadi lebih baik kita bersiar-siar ke tempat-tempat pelancongan yang menarik dengan menaiki kenderaan awam ataupun kita hanya berjalan kaki dari selain menempah perkhimatan pemandu pelancong peribadi sebabnya ini adalah sangat sangat mahal.

Nak baca lagi TIPS TRAVEL boleh klik sini. 

GEEHA AMAN | PENGEDAR SHAKELEE BATU CAVES
WASAP | 0135350587 | FB GEEHA AMAN

#nextlevelBlogging

#shakleetriumph2023

#shakleethrive2023

#pengedarshakleebatucaves


Isnin, 17 Julai 2023

3 Tips Bisnes Online Pecut Laju



Hai Assalamualaikum!

Salam kemenangan buat kita semua insan-insan yang berjaya hari ini. Geeha nak share sikit beberapa tips yang mana boleh membantu kalian untuk lebih sukses dalam membina bisnes dan empayar yang kukuh.

Tips ni semestinya memang kalian dah pernah dengar dimana-mana. Tapi, dengar dan bertindak adalah satu yang berbeza. Mungkin kalau korang dengar lagi dan kali ni korang boleh bertindak dengan lebih baik lagi.. 

So ni adalah tipsnya...


 1. Cari orang bukan tunggu

namanya bisnes, memang perlu cari orang bukan dok tunggu. Mana ada bisnes yang goyang kaki dan tiba-tiba sale masuk dengan menderu-deru dan sangat banyak. TIADA.!!

 DAPAT Sale berkepuk perlukan pengorbanan, berkorban malu untuk kasi tahu orang yang kita buat bisnes sekian-sekian.....

Jadi tips yang paling utama... CARI ORANG . 



2. Optimumkan penggunaan sosial media

Bagi orang baru, nak duit kena laju. Sebab kalau tak laju, lambat lama-lama dah tak minat untuk berbisnes.

Jadi untuk mereka yang benar-benar serius nak bisnes, awal-awal dah kena laju dan pecut. Bagi tempoh kat diri ..Ambil masa 6 bulan untuk pulun sungguh-sungguh dan konsisten. Hari-hari perlu ada content, untuk orang nampak kita 

SOSIAL MEDIA ada banyak. Wujudkan brand kita disemua platform sosial media. Sebab kita tak tahu dari mana sale kita akan datang. So rebut peluang yang FREE ini untuk dapat banyak sale dari pelbagai medium. 

3. Dont give up.

Orang suka sangat putus asa. Dia belum lagi berusaha keras sampai lembik tapi dah mudah berputus asa. Belum lagi berusaha yang sebenar-benar berusaha tapi dah mudah kalah. Bagaimana nak lalui waktu yang sulit sekarang ni? Jika belum benar-benar berusaha sudah rebah dikalahkan oleh emosi.

Nak baca lagi TIP BISNES ONLINE boleh klik sini. 

GEEHA AMAN | PENGEDAR SHAKELEE BATU CAVES
WASAP | 0135350587 | FB GEEHA AMAN

#nextlevelBlogging

#shakleetriumph2023

#shakleethrive2023

#pengedarshakleebatucaves

3 'PRO AND CONS' KERJA DARI RUMAH


Bekerja dari rumah memang sangat - sangat seronok. Bila mana masa yang kita ada tidak terikat dengan mana-mana syarikat. Jadi masa kita adalah tanggungjawab kita. Disini Geeha nak share untuk bagi lebih clear, apa kebaikan dan keburukan bekerja daripada rumah

3 kebaikan bekerja daripada rumah

1. WAKTU YANG FLEKSIBEL

Bekerja dari rumah memang impian ramai orang. Bayangkan waktu yang sangat fleksibel dan masa yang dimiliki kita sepenuhnya, kita boleh buat apa sahaja yang kita suka bila bekerja daripada rumah. Tanpa terikat dengan mana-mana syarikat. Jadi, dari jam 9 sehingga jam 6 petang kita boleh buat apa sahaja. 

Contoh, kita boleh ziarah mak ayah, tanya khbar sambil bercerita menghiburkan hati mereka. Kita juga boleh cod barang atau buat coaching dengan biznes partner . Atau kita boleh pergi melancong jalan-jalan dengan family tanpa risau, kena isi form bercuti, tanpa risau kerja-kerja yang ada di office.


2. KESIHATAN MENTAL LEBIH TERJAGA Maka

Bila kita ramai jumpa orang, ada banyak hati yang perlu kita jaga. Dan kadang-kadang membuatkan hati kita juga TIDAK terjaga. Antara kebaikan sebenarnya bila kita bekerja daripada rumah, kita dapat mengurangka circle yang NEGATIF, TOKSIK yang sebenarnya menjadi racun dalam hidup kita.

Bila usia semakin lanjut kita  sangat-sangat perlukan circle yang positif, circle yang jadi pembangkit untuk masa depan yang lebih baik. Bukannya circle yang menjatuhkan kita dan menarik kita jatuh dengan lebih dasyat lagi. Duduk circle yang suka menjatuhkan orang, talam bermuka-muka boleh menjejaskan kesihatan mental kita.

3. KURANGKAN TEKANAN

Hari-hari bila nak pergi kerja kita menghadap jem dan masa banyak terbuang di atas jalan raya. Bayangkan kalau kerja jauh menghadap jem satu hal, perjalanan panjang dan makan masa yang lama untuk sampai ditempat kerja. 

Bila dapat bekerja daripada rumah, masa dapat digunakan dengan sebaiknya. Maka kuranglah tekanan yang kita hadapi


3 KEBURUKAN KERJA DARIPADA RUMAH


1. PERLUKAN DISIPLIN

Sangat penting untuk mendisiplinkan diri apabila bekerja daripada rumah. Harus ada jadual bila bekerja daripada rumah. Sebab apa, ramai daripada kita yang apabila bekerja sendiri atau bekerja daripada rumah , masa yang digunakan adalah untuk keluarga, berpeleseran, berleha-leha dan tidak menggunakan masa yang mereka ada dengan optimum dan baik.

Contoh jadual masa yang terbaik apabila kita dapat mengekalkan jadual sama seperti kita bekerja dipejabat. Mungkin dengan itu, kita dapat mengekalkan prestasi bekerja.


2. KURANG PRODUKTIF

Bila kerja sorang-sorang dirumah tiada siapa yang pantau, prestasi kerja dan produktiviti kerja boleh menurun. Dalam waktu ini jugalah motivasi kita boleh down dan tiada semangat untuk bekerja. 

Maka bermulalah, kita melayan neflix sambung tengok cerita korea ke cerita korea yang lain sampai kiamat .Jika kita tak ubah,tindakan ini akan memakan diri kita sendiri.


3. KURANG BERSOSIAL

Walaupun kerja daripada rumah banyak berinterasi menggunakan medium-medium seperti socmed dan wasap namun sebenarnya mengurangkan interaksi secara berhadapan. Bila berhadapan kita boleh melihat reaksi mereka secara spontan.

Bekerja daripada rumah juga membuatkan kita lebih tertumpu dan fokus hanya di media Sosial .


Kesimpulannya,

Baik atau buruk kerja daari rumah bergantung kepada individu itu sendiri. Jika kita pandai menangani masalah dengan baik, maka baik untuk kita. 

Jadi, nak baca lagi? KLIK SINI KERJA DARI RUMAH

GEEHA AMAN | PENGEDAR SHAKELEE BATU CAVES
WASAP | 0135350587 | FB GEEHA AMAN

#nextlevelBlogging

#shakleetriumph2023

#shakleethrive2023

#pengedarshakleebatucaves

Sabtu, 1 Julai 2023

Petua Berkesan Hilangkan Jeragat

 




APA ITU JERAGAT?


Jeragat dikenali sebagai adik beradik kepada jerawat ia kelihatan seperti lekukan kecil pada kulit muka Ia adalah disebabkan oleh pembentukan minyak sel-sel kulit yang mati dan juga bakteria di bahagian liang-liang muka terutama di bahagian hidung dan dagu dan pipi

PETUA NAK HILANGKAN JERAGAT.

1. Baking soda baking soda adalah penaik yang terbaik untuk pengelupasan lembut minyak kotoran dan sel-sel kulit mati dari kulit .

Ia juga membantu mengekalkan keseimbangan pH kulit . 

Okey caranya campurkan sedikit air dalam 1 sudu teh baking soda untuk membuat pes yang tebal sapu pada kawasan yang terjejas dan mencucinya .Selepas beberapa minit ulangi dua tiga kali seminggu sehingga anda puas hati akan keputusannya namun Jika anda mempunyai kulit yang sensitif di elakkan daripada menggunakan baking soda


2. Oat meal

Oatmeal bukan sahaja untuk dimakan sahaja yang juga bekerja sebagai agen pengelupasan semulajadi untuk menghilangkan kulit mati kotoran yang terkumpul 

Di samping itu Ia menyerap minyak berlebihan dan membuka liang pori 

caranya bagaimana caranya adalah campurkan dua sudu yogurt satu sudu setiap jus Lemon dan madu dan 4 sudu besar serbuk koko anda juga boleh menambah satu sudu cuka epal lembabkan kulit anda dan kemudian letakkan pes ini pada muka 

Biarkan selama 20 minit sebelum dibilas sebagai alternatif letakkan serbuk  ini dicampur dengan air Biarkan selama 10 minit kemudian gosok pada muka cuba antara dua syarat ni sekali atau dua kali seminggu dan sehingga menjadi rutin


3.Jus lemon

Jus lemon bantu untuk mengelupaskan kulit dan juga memudahkan pertumbuhan sel 

Ia juga membantu menghilangkan minyak berlebihan kerana sifat astrigen caranya celupkan bola kapas dalam jus lemon dan letakkan jus pada muka anda 

Biarkan selama 15 minit 20 minit dan kemudian cuci muka dengan air sejuk pulang setiap hari sebelum tidur teruskan untuk sekurang-kurangnya beberapa bulan

4. Cuka epal

Cuka epal adalah salah satu bahan yang mana dapat mengeluarkan minyak berlebihan daripada kulit selain itu Ia mempunyai ciri-ciri antiseptik dan antibiotik yang membantu melawan jerawat caranya adalah campur kan satu sudu cuka epal dalam 1 cawan air letakkan pada muka anda dengan menggunakan bola kapas

Biarkan selama kira-kira 10 minit sebelum membilasnya dengan air suam cara lain adalah dengan mencampurkan satu bahan cuka epal dengan 3 bahan pembahagian tepung jagung letakkan pada muka Biarkan selama 15 ke 20 minit sebelum menggosok muka semula bersihkan muka dengan tuala kecil yang direndam dalam air suam Selepas tu boleh Bilas dengan air sejuk untuk menutup liang pori

5. Cuci muka dengan kerap cara hilangkan jeragat yang pertama ialah Anda perlu menitik beratkan pasal kebersihan Lepas tu muka anda dua kali sehari dengan pencuci muka Ini adalah disebabkan jeragat terbentuk daripada lebihan minyak patria dan sel-sel kulit yang mati dan pencuci muka dapat menghapuskan pembentukan bahan-bahan tersebut di bahagian muka Tetapi hati-hati jangan pula sampai terlalu kering yang ia boleh menyebabkan lebih banyak minyak dihasilkan yang boleh membawa kepada pembentukan lebih banyak jeragat



SOLUSI MASALAH JERAGAT


1. GLA COMPLEX

Bertindak anti jeragat. GLA bantu mengawal keseimbangan hormon dalam badan. 


  • Cerahkan jeragat
  • Halang jeragat kadi kronik
  • Pudar jeragat dengan cepat
  • Lembab kukit yang kusam
  • Tegangkan kulit.
  • Halang sel rosak akibat matahari.





2. VITAMIN C. 

  • Bagus untuk masalah kulit. 
  • Cerahkan tompok jeragat dengan cepat
  • Pulihkan sel mati dengan aktif
  • Sekat bintik hitam
  • Halang kukit mati dari sinar uv
  • Anjalkan kulit



3. Krim Jeragat Radiant C+E

Merupakan salah satu produk jagaan muka youth . Radiant C+E membantu mengatasi jeragat ia membaiki kesan akibat sinar matahari dan jeragat dengan cepat . Bantu juga mencerahkan jeragat, membaiki tona kulit ,jeragat menjadi sekata ,krim tanpa minyak dan tidak melekit gunakan bersama serum untuk kesan yang menakjubkan

Nak baca lebih lanjut tentang PETUA HILANGKAN JERAGAT 


GEEHA AMAN | PENGEDAR SHAKELEE BATU CAVES
WASAP | 0135350587 | FB GEEHA AMAN

#nextlevelBlogging

#shakleetriumph2023

#shakleethrive2023

#pengedarshakleebatucaves

11 Amalan Gaya Hidup Sihat Zaman Moden






Sihat bermula daripada sikap . Iaitu disiplin dan konsisten untuk buat sesuatu dengan berulang-ulang sehingga dapat capai satu keputusan yang baik untuk diri sendiri di masa hadapan.

Lately ni ramai sangat golongan muda-muda khususnya sudah mengalami sakit-sakit berat. Dimana ramai diantara mereka yang mengalami sakit diabetis, jantung, darah tinggi, kolestrol dan menghidapi kanser diusia yang muda..

Antara 11 Amalan Gaya Hidup Sihat di Zaman Moden

1.MANDI PAGI

Mandi pagi sebelum subuh atau sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari naik air sejuk yang meresap kedalam badan dapat mengurangkan lemak daripada berkumpul .Kebiasaannya orang yang mengamalkan mandi pagi badannya tidak mengalami masalah kegemukan.

Khasiat khasiat mandi pagi dapat menurunkan risiko stress dan depression , meningkatkan tahap kekuatan kekebalan tubuh , meringankan gejala hidung tersumbat,  menurunkan risiko penyakit jantung,  meningkatkan tenaga, memperbaiki keadaan hati,  memperbaiki  kulit dan rambut, melancarkan peredaran darah, meningkatkan sel darah putih, dan meningkatkan kesuburan 

2.BERSUJUD

Selepas solat subuh disunatkan untuk duduk bertakaful dan sujud sekurang-kurangnya seminit selepas membaca doa cara ini dapat mengelakkan daripada sakit kepala atau migrain ini dibuktikan oleh para Saintis yang membuat kajian Kenapa dalam sehari kita perlu sujud . Para saintis juga menemui beberapa Milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak mampu dipenuhi darah namun dengan bersujud darah akan mengalir ke ruang berkenaan

3.BERFIKIRAN POSITIF DAN SENTIASA CERIA.

Sikap positif dan sentiasa ceria mampu mempengaruhi tahap kesihatan seseorang kehadiran orang-orang yang tersayang di sekeliling dapat membantu kita membina keyakinan diri dan menghilangkan tekanan yang dialami berfikir secara positif dapat memandu kita ke arah kehidupan yang lebih baik pembacaan buku motivasi juga dapat membantu kita berfikiran positif


4. KAWAL PEMAKANAN

Banyakkan mengambil makanan yang berserat tinggi sayur-sayuran dan buah-buahan . Kurangkan makanan berlemak makanan ringan serta minuman yang mengandungi banyak kafein . Proses penuaan dapat dilambatkan sekiranya kita mengamalkan cara pemakanan yang seimbang






5.MAKANAN TAMBAHAN

Pengambilan vitamin adalah sangat digalakkan kesibukan tugas di pejabat dan dirumah menyebabkan kebanyakkan daripada kita tidak mengambil berat pengambilan makanan yang seimbang oleh itu pengambilan vitamin sekurang-kurangnya dapat membantu menampung kekurangan vitamin yang diperlukan oleh tubuh badan


8. BERSENAM
Bersenam mampu meningkatkan keupayaan dan kesihatan tubuh badan ke pastikan kita melakukan senaman ringan setiap hari selepas bangun daripada tidur aktiviti bersenam elok dilakukan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu senaman adalah cara terbaik menyingkirkan toksik secara semulajadi tambahkan probiotik spirulina organik dan motif dan dandelion ke dalam diet yang baik untuk kesan pembersihan yang lebih baik


9 CUKUP MINUM AIR
Kekeringan dan gejala penuaan dapat dilambatkan dengan meminum air yang banyak ini kerana air adalah aset penting untuk kesihatan tubuh badan terutamanya kulit muka air penting untuk proses penghadaman dan penyingkiran toksin dalam tubuh badan kekurangan jumlah air dapat badan menyebabkan kita mudah diserang pelbagai penyakit .Banyakkan minum air bagi menahan selera makan amalan ini juga dapat menurunkan berat badan minum sekurang-kurangnya 2 liter atau lapan gelas sehari bagi memastikan tubuh dapat berfungsi dengan baik


10. TANGANI STRESS DENGAN BIJAK

Tekanan bukan sahaja dapat mempengaruhi kesihatan mental sebaliknya Ia juga mempengaruhi kesihatan keseluruhan badan teori mudah mereka yang selalu gembira pasti kelihatan muda remaja berbanding mereka yang selalu berhadapan dengan tekanan rancang perjalanan kehidupan harian anda dengan baik bagi mengelakkan tekanan


11. TIDUR YANG CUKUP

Tidur sangat penting untuk kesihatan tubuh badan kulit juga Bertambah baik dengan tidur yang mencukupi tidur yang mencukupi ialah dengan tidur dalam tempoh 6 hingga 8 jam setiap hari

Nak baca AMALAN GAYA HIDUP SIHAT BOLEH KLIK LINK NI

#nextlevelBlogging

#shakleetriumph2023

#shakleethrive2023

#pengedarshakleebatucaves

Rabu, 14 Jun 2023

Pengedar Shaklee Setapak, Batu Caves, Selayang, Rawang 0135350587

 




Assalamualaikum 

Selamat Datang ke blog Geeha Aman. Geeha Pengedar Sah Shaklee untuk tempat anda. Jika anda di kawasan #batucaves #selayang #setapak #rawang insyaAllah Geeha boleh COD atau Order Runner ke tempat anda. 

Mudah dan Cepat.

InsyaAllah Geeha ada Readystock yang sangat memudahkan customer Geeha untuk dapat produk Shaklee dengan segera. 






Shaklee ada bermacam-macam SET yang boleh bantu untuk berika kualiti kesihatan anda menjadi lebih baik.

  • Set Berpantang - Bantu ibu ibu berpantang dengan lebih bertenaga dan emosi lebih stabil

  • Set Menyusu - Bantu ibu ibu untuk mengalami pengalaman menyusukan anak dengan bahagia.

  • Set Hamil - Bantu bakal ibu mempersiapkan diri untuk mengandung 

  • Set Kurus - Bantu mereka yang mahu untuk kurus demi merealisasikan impian

  • Set Jerawat - Bantu individu lebih confident untuk berjumpa orang ramai tanpa rasa segan dengan jerawat dimuka.

  • Set Harian - Bantu lebih bertenaga dan lebih sihat

  • Set LElaki - Berikan tenaga dan nutrisi yang cukup untuk kesihatan lelaki.

  • Set Wanita - Beri tenaga dan nutrisi yang cukup untuk kesihatan wanita.

  • Set Kesuburan - Bantu suami isteri memperoleh cahaya mata dengan berbekalkan nutrisi yang cukup kepada badan.
dan bermacam-macam lagi set yang ada untuk tingkatkan kualiti kesihatan hidup kita.





MEH FOLOW GEEHA DI SOSIAL MEDIA

INSTAGRAM : geehaaman
FACEBOOK : geeha aman
TIKTOK : geehaaman
YOUTUBE : geehaaman





Bagi yang malas save no Geeha, anda boleh scan qr code dibawah ini untuk terus ke link wasap. Sekarang ni sangat mudah dan senang.

NAK BUAT DUIT DENGAN SHAKLEE???

Uihhh jangan tak tahu, Shaklee anatara company yang memberikan pulangam yang sangat lumayan kepada leader leader mereka. 

Walaupun dari awal masuk bonus shaklee hanya RM 25 ringgit. Tapi jika ada kesungguhan dan kemahuan memang sangat sangat boleh untuk capai bonus 3 angka malahan 4 angka dan sehingga 5 angka

Nak buat bisnes dengan Shaklee tak perlu modal RM 10K pun... Hanya memerlukan

🔴Telefon
🔴Internet
🔴Buku
🔴Semangat dan kesungguhan

Jiha akan guide sehingga pandai. Dalam team Jiha akan diajar tentang semua aspek untuk buat bisnes shaklee sehingga berjaya.

🔴Marketing
🔴Sale / Jualan
🔴Sistem Bonus Shaklee
🔴Copywriting
🔴Teknik closed sale

Dan bermacam macam lagi teknik untuk bantu anda pandai dan pro bahagian marketing.

KENAPA PERLU SIDE INCOME?

Sekarang ni tahun 2023 ramai sangat yang terkesan dengan ekonomi. Inflasi sana sini. Harga barang banyak yang naik dan tak pernah turun. Semua orang turut terkesan. Jika kita masih lagi berleha leha macam tak ada apa yang jadi... Maka duduk la kita ditakuk lama yang sama. 

Jika kita masih lagi bermimpi disiang hari, hidup di zaman realiti sangat pahit dan kelat dek kerana terlalu banyak komitmen, impian yang belum terlaksana.

Jadi ayuh. Adakah anda mahu pandang sahaja mereka yang berpulun menyimpan untuk persiapan dihari kemudian. ?

Jom bersama- sama saya untuk saya guide anda beroleh income setiap bulan. 

 Bagi yang nak TAMBAH INCOME juga boleh scan qr code dibawah ni ye.

Nak baca lagi tentang pengedar Shaklee yang lain klik sini





GEEHA AMAN | PENGEDAR SHAKELEE BATU CAVES
WASAP | 0135350587 | FB GEEHA AMAN

#nextlevelBlogging

#shakleetriumph2023

#shakleethrive2023

#pengedarshakleebatucaves

Selasa, 13 Jun 2023

Kisah Saya dan Shaklee

Genap 6 tahun (2023) saya  berada dalam Shaklee Industri dalam makanan tambahan dan nutrisi. Syukur alhamdulillah. Seronok dapat belajar tentang nutrisi dan kesihatan badan. Ilmu yang dipelajari boleh digunakan untuk diri , family dan juga customer

Saya bermula dengan Shaklee pada tahun 2017 waktu itu hanya baru kenal b complex. Saya sangat sangat anti kepada supplemen. Tapi, bila saya dengar Shaklee adalah supplemen semulajadi, saya mula consider. 

Consider untuk membeli dan menjadikan Shaklee wadah untuk saya jana pendapatan tambahan.


KISAH SAYA DAN BISNES SHAKLEE

Saya bukan dari golongan yang kaya, atau orang senang. Sebelum buat Shaklee duit yang ada pun bercatu atau cukup-cukup untuk diri sendiri. Sebelum graduation saya dapat offer kerja . Maka bermula perjalanan hidup saya sebagai seorang pekerja swasta yang banyak komitmen bulanan.

Bila bekerja , tanggungan ramai, komitmen banyak membuatkan kadang-kadang duit gaji yang dapat memang tak cukup. Sehinggakan satu hari saya menangis bersungguh-sungguh dengan nasib hidup. Tiada jalan dan tepu sangat.

Sehinggakan saya emel kepada seorang hamba Allah yang sangat terkenal dengan blog beliau untuk bantu macam mana nak buat dengan keadaan hidup yang begini.

Dia membalas emel saya dan memberikan idea untuk buat bisnes dropship yang tidak menggunakan sebarang modal.

Bermula fasa saya mencari bisnes yang sesuai dengan diri sendiri.  Saya terjumpa produk Nurayssa. Produk mesra wudhuk. Namun, jodoh dengan Nuryssa tidak berpanjangan. 


Tak lama itu , Allah tunjukan jalan dengan bisnes shaklee.. Seperti Allah memakbulkan doa doa saya. Saya mula mengenali Shaklee dan cuba untuk menjual produk Shaklee .


Alhamdulillah bisnes Shaklee sikit-sikit menampakan hasil.

Bonus Shaklee yang saya dapat pada mulanya 2 angka , naik 3 angka dan kemudian 4 angka. Siapa sangka bila Allah berkehendak dan nak beri memang dia akam beri. 


KISAH SAYA DENGAN PRODUK SHAKLEE PART #1

Saya mula berniaga Shaklee pada tahun 2017. Ilmu dan produk knowledge masih zero. Makan Shaklee pun kadang makan dan kadang tak makan. Masih takut-takut. Tapi Kalau belasah maggie, minum air manis, tak de masalh pulak.

Sehinggakan saya diuji dimana sukar untuk bernafas. Demam on off tak baik-baik. Satu hari saya tak boleh bernafas. Bila bernafas rasa ketat sangat dan tersekat-sekat. Allah sahaja yang tahu pada waktu itu dan saya tak tahu nak buat apa. Terus minta emak untuk temankan saya ke KLINIK .

Doktor sahkan kemungkinan ada kuman dalam paru-paru. Dia suruh saya untuk ambil ubat. Jika tak okey juga kena datang lagi sekali. Ada beberapa ubat dan dia suruh habiskan .

Saya makan. Kesan ubat tu sangat-sangat kuat sehinggakan saya rasa walau berjaga , saya boleh bermimpi. Seminggu on ubat, ada sedikit perubahan pada pernafasan saya.

Bila orang terdesak nak baik ni dia akan buat apa sahaja kan? Begitu juga saya. Dalam keadaan begitu, saya bertanya side line . Sebab waktu itu, saya tahu dia juga diuji dengan hal yang berat dan berjaya hadapinya. Jadi niat saya mesej beliau untuk dapat sedikit kekuatan. 

Dengan beliau la saya belajar tentang nutriferon, dan makan nutriferon. Beliau ajar makan nutriferon, omega dan vitamin c  dengan dose yang saya tak pernah ambil sebelum ni. 

Takut ?? Kali ni saya yakin dan tekad. Memang dose yang saya ambil memang lebih dari biasa. Allahu, sangat bersyukur, apabila saya ambil Shaklee untuk masalah paru-paru.. Saya dapat bernafas dengan smooth dan lancar. Tanpa mengantuk .

Nak baca lagi tentang testimoni orang lain? Klik sini

Testimoni Shaklee


GEEHA AMAN | PENGEDAR SHAKELEE BATU CAVES
WASAP | 0135350587 | FB GEEHA AMAN

#nextlevelBlogging

#shakleetriumph2023

#shakleethrive2023

#pengedarshakleebatucaves















Selasa, 6 Jun 2023

Multivitamin Shaklee Berwajah Baru

SEJARAH MULTIVITAMIN SHAKLEE

Shaklee merupakan syarikat yang petama yang menghasilkan vitamin pada ketika itu iaitu pada tahun 1915. Vitamin pertama yang dihasilkan oleh Dr Forresh C.Shaklee adalah VITALIZED MINERALS. Hasil inovasi daripada penghasilan vitamin ini telah membawa kepada formulasi VITA-LIZE yang mana ianya adalah penghasilan multivitamin Shaklee yang telah diperbaharui formulanya.


SIAPA YANG PERLU AMBIL MULTIVITAMIN

  • Orang dewasa yang sibuk
  • Orang dewasa yang mudah tertekan 
  • Kurang berat badan
  • ORang dewasa yang aktif
  • Ibu hamil dan menyusu


 FAKTA !

Ramai rakyat Malaysia masih kurang nutrisi dalam badan mereka. Malah ramai juga yang takut untuk mengambil supplemen tambahan demi kesihatan badan.Namun, masih tidak takut untuk makan makanan yang terbukti merosakan badan paling banyak.

Contohnya, gula.

Gula sangat banyak digunakan dalam kuih, minuman, makanan malah tidak rasa bersalah untuk makan gula lebih banyak.



Malah, ramai juga tidak mengamalkan pengambilan buah dan sayuran dalam diet seharian.


KESAN KEKURANGAN MIKRO NUTRIEN


Apabila badan kita kekurangan nutrien maka banyak kesan yang kita dapat lihat dari tubuh badan kita itu sendiri.

  •  Jari -jari mula terasa kebas-kebas
  • Denyutan jantung tidak normal (disebabkan kekurangan kalsium)
  • Cirit birit yang mudah sangat kena
  • Sakit perut (disebabkan kekurangan folat)
  • Masalah tulang
  • Perubahan mood yang mendadak disebabkan kekurangan vitaminD
  • Rasa badan lesu
  • Selalu sesak nafas
  • Sejuk pada kaki dan tangan 
  • Kuku menjadi rapuh (disebabkan zat besi)
  • Risiko kecacatan kehamilan 


KEBAIKAN AMBIL MULTIVITAMIN SETIAP HARI

  • Andai ada lompong-lompong nutrisi dalam badan dapat digantikan dengan nutrisi yang diperlukan 
  • memberikan tenaga kepada badan
  • Mengurangkan tekanan dan bimbang yang melampau
  • Menambah mood yang lebih baik



PERBEZAAN MULTIVITAMIN LAMA SHAKLEE (VITALEA)  & MULTIVITAMIN YANG BARU (VITA- LIZE)


VITAMIN A pengurangan 310 IU di dalam VITA LIZE (multivitamin baru)

VITAMIN D Pertambahan 150 IU di dalam VITA LIZE

ASID FOLIC Pertambahan 100 mcg di dalam VITA LIZE

VITAMIN K1 Pertambahan 40 mcg di dalam VITA LIZE

Manakala TIN , VANADIUM, NIKEL disingkirkan daripada VITALIZE.


TESTIMONI MULTIVITAMIN SHAKLEE


HB low pada awalnya kehamilan. Alhamdulillah dengan izin Allah multivitamin Shaklee bantu untuk menaikkan HB ibu hamil


Multivitamin Shaklee bantu untuk memberikan tenaga segera kepada ibu menyusu.

Nak tahu lebih lanjut tentang MULTIVITAMIN  SHAKLEE?


BOLEH DAPATKAN SET KURUS SHAKLEE

GEEHA AMAN | PENGEDAR SHAKELEE BATU CAVES
WASAP | 0135350587 | FB GEEHA AMAN

#nextlevelBlogging

#shakleetriumph2023

#shakleethrive2023

#pengedarshakleebatucaves


Khamis, 1 Jun 2023

Closing Mei 2023



Alhamdulillah Alhamdullillah  Alhamdulillah
Terima Kasih ya Allah yang memberikan rezki kepada ku dan ahli team

Benar rezki ini bukan rezki untuk saya seorang tapi juga untuk ahli team biz yang lain.

Saya hanya membantu memudah cara sahaja. Membantu orang untuk dapatkan kesihatan yang baik dan manfaat daripada produk yang mereka beli dari saya.

Alhamdulillah, ini semua adalah proses untuk saya dan suami rank up MASTER COORDINATOR bila tiba masa nya nanti.

Syukur mempunyai suami yang bersusah payah untuk cod sampai ke customer. Syukur mempunyai suami yang membantu meringankan beban menguruskan rumah tangga.

closing mei adalah closing yang paling tertinggi daripada bulan -bulan yang lepas.

Ini membuktikan Shaklee maaaaaaaasih on demand. Shaklee masih diperlukan walau apa jua keadaan ekonomi sekali pun.

Doakan team kami grow dan membesar dengan berjayanya. dan anak-downline bisnes yang ramai yang bersama-sama mencari rezki bersama-sama kami

Allahumma amin.

Nak jadi DROPSHIP SHAKLEE? Boleh klik link ni





Kenapa kita perlu ambil POLIFENOL dalam diet seharian ?

Mungkin daripada kita pernah dengar tentang PROTEIN, VITC, VIT E  Polifenol merupakan bio aktif kompaun yang secara semulajadinya dalam tum...