6 CARA SEMULA JADI MENGAWAL ALAHAN
Penyakit alahan adalah satu mekanisme pertahanan tubuh terhadap bendasing. Alahan berkait dengan sistem imunisasi manusia. Kekacauan pada sistem imun akan menjejaskan kesihatan pada tubuh. Apabila anda mempunyai alahan, sistem imun anda akan bertindak balas kepada debunga, habuk, haiwan, atau bahan-bahan lain. Selain mengambil ubat-ubatan yanah disarankan oleh doktor, anda juga boleh mengawal alahan dengan cara semula jadi.
Herba jelapang |
Teh herba jelapang |
1. Herba Jelatang
Pakar Naturopati, Dr Andrew Weil menyatakan herba jelatang mengandungi antihistamina semula jadi yang membantu mengawal alahan. Tumbuhan ini boleh diambil dalam bentuk yang telah dikeringkan di mana ia biasanya boleh didapati di kedai-kedai herba.
2. Pegaga
Daun pegaga juga turut dikenali sebagai ginko biloba. Ia mengandungi ginkogolides yang dapat menghadkan atau menghalang daripada serangan terhadap alahan. Selain itu, pegaga juga baik untuk meningkatkan daya ingatan. Anda boleh jadikan ia sebagai ulam mahupun jus minuman yang sihat.
3. Pilih Bahan Berwarna-warni
Anda disarankan memilih makanan yang berwarna terang atau berwarna-warni. Makanan yang berwarna-warni mengandungi quercetin iaitu pigmen atau warna semula jadi pada makanan. Ia membantu menghalang alahan dengan mengawal pembebasan histamina. Antara makanan ini seperti tembikai, nenas, sayuran hijau, tomato dan beberapa jenis buah serta sayuran yang lain. Sekiranya anda ingin mengambil pil quercetin, anda disarankan untuk tidak mengambil herba jelatang kerana herba jelatang juga mengandungi quercetin. Pengambilan kedua-dua bahan ini dalam satu-satu masa akan menjadikan dos yang berganda. Jadi, anda boleh memilih pil quercetin atau quercetin semula jadi.
4. Banyakkan Omega-3
Omega-3 boleh ditemui banyak dalam makanan laut seperti ikan salmon. Namun sekiranya anda mengalami alahan pada sesetengah makanan laut, anda boleh mengamalkannya dalam bentuk soft-gel yang kini telah banyak dijual di farmasi.
5. Madu
Salah satu cara yang baik dalam merawat alahan adalah dengan menjadikan madu lebah sebagai makanan rutin anda. Madu sudh terbukti mengandungi pelbagai khasiat yang sangat baik untuk tubuh badan.
6. Probitik
Probiotik menyediakan bakteria baik kepada sistem penghadaman anda. Para doktor naturopati percaya kesihatan sistem pencernaan berkait secara langsung dengan kesihatan sistem imunisasi. Yogurt adalah salah satu probiotik yang boleh menbantu menggantikan bakteria baik untuk anda. Selain itu, pribiotik boleh didapati di kedai-kedai makanan kesihatan dalam bentuk pil.
FAKTA
Dunia kini diselubungi alahan dan ia hampir meliputi separuh daripada populasinya. Dicatatkan antara 30 sehingga 40 peratus penduduk dunia terjejas sekurang-kurangnya satu alahan atau lebih.
Pencetus alahan boleh datang daripada pelbagai sumber. Penting untuk anda mengamalkan gaya hidup yang lebih bersih dan peka pada perkara-perkara yang berisiko mencetuskan alahan tiidak kira daripada persekitaran mahupun makanan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan