Jumaat, 24 Februari 2023

9 SEBAB KENAPA KOMUNITI BISNES SHAKLEE BEST DAN SENTIASA DI HATI

Assalamualaikum.

6 Tahun Geeha bersama dengan Shaklee sejak tahun 2017. Asalnya memang untuk makan sendiri, namun bila Shaklee ada peluang untuk membuat side income dan kebetulan Geeha memang sangat-sangat memerlukan duit sebab banyak komitmen, Geeha terima offer dari Upline untuk memulakan bisnes Shaklee. Maka dari situ, terjebaklah Geeha dalam Komuniti Bisnes Shaklee.











1. CINTA YANG KUAT


Apabila kita MEMBINA BISNES banyak sangat duka pada permulaan. Parut-parut yang masih segar dalam ingatan dan menjadi kekuatan untuk Geeha bangun dan bangkit. Walaupun mengensot sekali pun Geeha mesti teruskan usaha yang terbaik dalam bisnes Shaklee.

Perjalanan Geeha untuk naikkan bisnes Shaklee memang sangat-sangat payah. Banyak sangat distraction, banyak sangat permainan emosi, banyak sangat tentangan , banyak juga fasa menjatuhkan yang membuatkan Geeha terpaksa bertahan dan belajar perbaiki diri dan belajar untuk menguruskan emosi dengan lebih baik. 

Geeha sayang komuniti bisnes Shaklee , siapa sahaja yang memberikan ilmu pada Geeha terutama upline-upline , Geeha sangat sangat menghargai mereka. Mereka adalah insan - insan yang kuat dan memberi sokongan untuk Geeha teruskan dalam bisnes Shaklee. Semangat mereka ada dalam fasa Geeha untuk bangkit dan kekuatan untuk melalui dunia bisnes yang penuh mehna. Im fall in love dengan komuniti bisnes Shaklee

Terus terang Geeha katakan , Geeha pernah decide untuk tinggalkan Shaklee, tapi bonding komuniti bisnes lain itu tidak sama. Banyak lompong dan kelemahan yang membuatkan Geeha teringat - ingat dangan komuniti bisnes Shaklee .

2. BUKAN UNTUK DUNIA MALAH AKHIRAT JUGA

6 tahun bersama Shaklee, banyak ilmu yang upline- upline Geeha curahkan, Marketing, strategi, pengurusan duit, pengurusan masa , ilmu nutrisi, dan banyak lagi kalau nak sebutkan . Namun, ianya bukan dunia semata-mata. Malah ilmu akhirat juga tidak ketinggalan . Bisnes dan Agama tiada yang berpisah keduanya diperlukan .


3. TAK KEDEKUT ILMU

Persaing kita kalau bisnes diluar sana, mesti berlumba-lumba untuk merebut custumer. Tapi dalam komuniti bisnes Shaklee  lain sangat. Ilmu yang mereka ada walaupun side line atau group yang lain mereka tetap mahu berkongsi ilmu dengan team lain.

Berlainan sangat komuniti bisnes Shaklee ni kan ?

Sepatutnya mereka menjaga rahsia untuk sukses untuk team sendiri, tapi tak mereka sudi berkongsi ilmu dan digunakan bersama dengan team lain. Serius Geeha katakan , perkara begini tak akan jadi dan berlaku untuk group bisnes lain. 


4. BERSAING BERSAMA

Shaklee adalah salah satu syarikat yang lama bertahan dalam industri. Bayangkan dah 100 tahun Shaklee ada dalam pasaran makanan tambahan.

Bertahan itu dalam maksudnya syarikat yang mampu membayar komisyen ejen ahli yang berdaftar berjuta setiap tahun. Tanpa pernah miss, tanpa pernah terlambat untuk bayar pada setiap 15hb setiap bulan dan tanpa pernah memotong mana-mana komisyen ejen Shaklee disebabkan tidak mampu untuk membayar.

Alhamdulillah Geeha sangat - sangat bersyukur yang mana Allah lorongkan hati ini masih bertahan dan masih bersama Shaklee hingga sekarang. 

Dengan ada pembayaran bonus tunai, membuatkan komuniti bisnes Shaklee excited untuk bersaing dengan sihat. Bayangkan, masing-masing ada tujuan dan impian , namun yang bestnya mereka bantu each other untuk terus maju kedepan bersama-sama. 



5. PROGRAM SIHAT BERSAMA-SAMA

Pernah tak kita dengar yang company XYZ jual produk yang ada bahan merkuri dalam produk mereka? Atau pernah tak kita dengar yang company ABC sangat berkesan tetapi ada bahan steroid dalam produk yang mereka pasarkan.

Sesungguhnya, Geeha nak beri tahu yang Shaklee adalah produk yang sangat selamat ALHAMDULILLAH. Produk yang ada beratus saintis, produk yang ada kajian , produk yang beribu kali uji kaji dan saringan .

Kenapa, kita masih melihat produk Shaklee adalah produk yang timbang kilo? Tak patut bukan? Sebab itu Geeha sanggup berada dalam bisnes Shaklee ini sebabnya adalah produk yang beyond organic.

Disebabkan produk Shaklee beyond organik dan berkualiti, ramai komuniti bisnes shaklee anjurkan banyak program untuk sihat. Bayangkan anjuran program diet sihat bersama-sama walaupun group  berbeza kitaorang masih boleh berkomunikasi bersama-sama tanpa ada rasa kekok. 

Masing-masing menunjukan progres sihat dan berat badan mula menurun dengan lebih baik. Bukan sahaja duit dapat malah kesihatan sihat juga dapat dilakukan bersama






6.RAMAI KENALAN 

Geeha ada 6 orang upline atas Geeha. Bayangkan ramai side line iaitu komuniti bisnes Shaklee yang boleh kita berkenalan dan bertukar pandangan.

Bila ada program yang dianjurkan Geeha boleh berkenalan dengan ramai kawan-kawan yang sama fokus dengan Geeha. Sangat ramai lagi bagus, supaya kita boleh upgrade skill komunikasi dan bertukar idea serta pandangan 

7. BELAJAR DARI ORANG HEBAT

Syukur alhamdulillah dengan ramai komuniti dalam bisnes shaklee menunjukkan ramai orang-orang hebat yang ada bersama-sama. Bayangkan kita bersama leader-leader hebat yang ada background yang sangat-sangat hebat. antaranya, doctor, engineer, designer, guru dan ramai lagi. 





8. MENAIKAN ALGORITHM BISNES ONLINE

Kebanyakan komuniti bisnes Shaklee ini berbisnes online. Maksudnya, mereka memasang kedai online di Facebook, Instagram, Tiktok , Blog dan sebagainya. Dari situ,  apabila komuniti bisnes Shaklee memainkan peranan mereka dengan like, komen di media sosial maka akan menaik algorithm posting tersebut.

Nampak kecilkan kesannya, tapi kita sangat memerlukan algorithm ini supaya bakal prospek melihat dan mula yakin membeli dengan kita.


9.BERJAYA BERSAMA

Komuniti bisnes Shaklee sangat  besar pengaruhnya dalam kehidupan bisnes kita. Bila sama-sama membantu dan memberikan sokongan antara satu sama lain, insyaAllah kita sama-sama akan berjaya dalam dunia bisnes ini. Kita tak mampu untuk berjaya seorang, tapi dengan bersama-sama kita mampu kuat bersama.




#blogmegashaklee

#shakleethrive2023

#shakleetriumph2023




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kenapa kita perlu ambil POLIFENOL dalam diet seharian ?

Mungkin daripada kita pernah dengar tentang PROTEIN, VITC, VIT E  Polifenol merupakan bio aktif kompaun yang secara semulajadinya dalam tum...