Assalamualaikum.
Namun tidak semestinya seorang yang intovert tidak boleh membuat jualan malah ramai lagi yang memiliki sifat introvert boleh berjaya dalam perniagaan. Ini disebabkan introvert memiliki kualiti yang unik yang boleh menyumbang kepada kejayaan mereka dalam bidang ini espeacially dalam bidang bisnes.
Contoh keunikan yang mereka ada ialah mereka boleh mendengar dengan penuh fokus dan boleh berfikir secara mendalam.
Ada beberapa petua yang boleh membantu anda untuk membuat jualan dengan rancak jika anda seorang introvert.
1. Bersedia dan Buat Ulangkaji
Satu kekuatan yang ada pada orang introvert ialah mereka ada sikap untuk membuat kecenderungan yang rapi.
Disini mereka boleh memahami, mengkaji sesuatu produk atau perkhidmatan,fahami pelanggan , kelebihan dan kekuatan produk, barulah anda lebih yakin untuk memulakan sesuatu perniagaan.
2. Fokus untuk Bina Silaturrahim
Seorang yang introvert boleh menjadi pendengar yang baik . Jadi gunakan kelebihan anda untuk bertanya , mendengar masalah pelanggan dan membantu dengan ikhlas.
Bina hubungan dan kepercayaan boleh membantu anda membuat jualan dalam masa yang sangat lama
3. Jadi Pendengar yang Baik.
Beri perhatian dengan apa yang customer ingin sampaikan . Jangan memotong percakapan apabila custumer sedang bercakap. Dengar dan faham. Serlahkan rasa impati dan mahu bantu menyelesaikan masalah.
4. Manfaatkan Komunikasi dengan Cara Menulis.
Jika berjumpa depan-depan membuatkan kita rasa tak selesa, optimumkan kelebihan kita dengan menulis secara terperinci tentang produk, bisnes dan apa sahaja untuk membantu kita hasilkan jualan.
Ini termasuk juga dengan membuat email.
5. Optimumkan Penggunakan Teknologi
Sosial media sangat banyak, ramai yang menggunakan sosial media untuk berhubung antara satu sama lain. Dengan penggunaan sosial media secara meluas membantu orang yang introvert untuk memulakan perbualan
6. Latihan dan Tindakan .
Tiada yang mudah untuk berjaya. Sebagai orang yang introvert latihan dan tindakan memang memainkan peranan yang sangat penting.
Mainkan peranan dengan senario berbeza dengan pasangan , rakan sekerja, sahabat, untuk membina keyakinan meningkatkan kemahiran komunikasi.
7. Fokus pada Kekuatan
Introvert selalunya cemerlang dalam group yang kecil. Jadi manfaatkan situasi ini. Cari peluang untuk membina group-group kecil yang mana membantu anda berkomunikasi dengan lebih bermakna.
8. Rehat dan Cas
Berjumpa orang. berkomunikasi dengan ramai orang boleh melemahkan anda. Jadi ambil masa untuk anda berehat dan cas semula tenaga untuk bangkit berusaha menghasilkan lebih banyak jualan.
Akhirkata,
Menjadi seorang yang introvert sebenarnya tidak bermakna anda tidak boleh berjaya dalam jualan. Dengan gunakan secara optimum kelebihan kita, fokus bina hubungan dengan cara yang tersendiri, pendekatan jualan dengan cara kita insyaAllah kejayaan akan jadi milik kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan