Assalamualaikum
BimillahiMasyaAllah.
Alhamdulillah, tahun 2023 paling best sebabnya dapat beraya bersama dan pakai baju sedondon. Iaitu warna Merah Hati. Alhamdulillah bukan senang nak baju seragam begini. Syukur Allah bagi semua dipemudahkan.
Best bagaimana pun yang tiada tetap dirindui dan diingati. Tetap juga rasa kehilangan dan serba tak lengkap. Ayah tetap ada dalam doa dan ingatan
Bersyukur mereka yang mempunyai keluarga yang masih lengkap. Ibu dan ayah juga adik beradik.
Alhamdulillah.
Syawal tahun ni Ramai yang mengatakan raya hari JUMAAT. Namun alhamdulillah syukur sangat raya pada hari sabtu. Dapatlah berpuasa sehari sebelum raya. Dapat jugalah menyiapkan Juadah raya. Walaupun badan penat, tenaga kerja kurang namun masih sempat menyiapkan juadah raya, alhamdulillah siap juga akhirnya.
Dalam menyiapkan kuah kacang, teringat kuah kacang yang ayah masak. Walaupun anaknya masak memang tak jadi dan tak sedap seperti mana ayah masak.
Alhamdulillah bersyukur mak bantu tolong adjustkan.hihi
PAGI RAYA BERSAMA KELUARGA DI RAWANG
Pagi raya tiba, sayu . Sebenarnya, teringat susuk tubuh ayah yang selalu siap awal di hari raya.Dengan kopiahnya, baju melayu dan seluar slack.
Untuk tidak mengeluarkan air mata, aku selalu monolog dalam hati
"Yah,
Kaklong janji akan buat yang terbaik dalam hidup ni dan akan pegang 4 amanat ayah sampai bila bila"....
Sebab ending kehidupan, kita akan pergi jua bersama yang lain.Moga ending kisah ini dalam redhaNya.
Gambar diambil 2 hari sebelum raya |
BERAYA DI RUMAH ARWAH UWAN DAN ATOK
Seronok dengan suasana kampung . Kita yang berada di Kuala Lumpur, selalu sangat tengok bangunan tinggi-tinggi dan keadaan yang sesak sibuk dengan bangunan. Sesekali nak juga tenangkan fikiran melihat suasana kampung yang tenang dan harmoni
BERAYA RUMAH SAHABAT BAIK IZZATI
BERAYA RUMAH OFFICE MATE
Beraya pula di Kg Pandan rumah officemate. Meriah dengan juadah-juadah hari raya.
SAMBUTAN HARI LAHIR EMAK YANG KE 60
Dalam bulan Syawal juga adalah hari lahir bunda tercinta. Mak yang banyak berkorban demi membesarkan anak-anaknya. Tiada apa yang mampu diberikan. Hanya doa dan sambutan kecilan buat emak. Semoga dipanjangkan umur, diberikan kesihatan yang baik serta dipermudahkan segala urusan .
Nasi arab DAR HADRAMOUT | BATU CAVES SELAYANG
PERKARA JANGAN DILUPA KETIKA SYAWAL
- Alfalfa
- Herblax
- Dtx
Nak baca lebih lanjut tentang HARI RAYA OPEN HOUSE
Boleh hubungi Geeha jika berminat untuk buat income sampingan .
#nextlevelBlogging
#shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#pengedarshakleebatucaves
Tiada ulasan:
Catat Ulasan