Ahad, 28 Mei 2023

Buat Pejuang Nafkah Keluarga

 Assalamualaikum.

Buat insan yang kental mahu naikan taraf hidup diri mu  dan keluarga, 



Untuk mendapatkan hasil dalam bisnes bukan kerja satu hari, tetapi gerak kerja berhari-hari hasil dari usaha, ketekunan , kerja keras dan konsisten berhari-hari.

Setiap daripada kegagalan adalah kesempatan untuk kita lebih memahami dan belajar. Jangan pernah menyerah kalah . Jadikan kegagalan itu sebagai batu loncatan untuk capai kejayaan yang lebih besar.



Kunci bisnes berjaya adalah memahami keperluan pelanggan dan keinginan pelanggan . Fokus dengan memberikan servis yang terbaik dan nilai tambah kepada pelanggan. Dalam masa yang sama dapat kuatkan hubungan silaturahim 

Jangan takut mengambil risiko, Bisnes yang berjaya selalu melibatkan mengambil keputusan yang berani dan berani keluar daripada zon selesa . Percaya kepada diri sendiri yang anda berani mengambil tindakan untuk capai kepada  target anda.




Ketika anda meghadapi ujian dalam bisnes, jangan biarkan diri anda terjebak dalam kerisauan dan kekecewaan.  Lihat ujian dalam bisnes sebagai satu peluang untuk lebih berkembang dengan lebih jauh. Pemikiran yang sentiasa positif tekun dan bekerja keras, anda akan mudah keluar dari ujian ini.

Walau sesibuk mana anda untuk mengukuhkan bisnes, jangan lupa anda mempunyai keluarga, dan mereka adalah pendorong kuat anda . Bisnes yang berjaya, sangat manis jika dinikmati bersama keluarga. Jaga hubungan dengan keluarga. Berikan waktu untuk keluarga , anak-anak, dan juga waktu untuk diri anda sendiri.




Setinggi apa pun kita dalam bisnes, sebanyak apa pun tahap yang kita belajar, jangan lupa, teruskan belajar dan berkembang. Dunia bisnes sangat cepat berubah, jangan berputus asa di pertengahan jalan . Sehingga anda dapat apa yang anda Mahukan dalam bisnes.


Namun, berjaya dalam bisnes bukanlah pengakhiran dalam sesuatu perjalanan bisnes, ianya adalah satu permulaan untuk meraih yang lebih besar. Maka tetaplah bermimpi dan berimpian. Bersemangat membara tanpa padam.Tetap fokus dengan tujuan anda untuk beroleh hasil yang luar biasa

NAK BACA LAGI TENTANG 

KATA KATA MOTIVASI?

#nextlevelBlogging

#shakleetriumph2023

#shakleethrive2023

#pengedarshakleebatucaves


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kenapa kita perlu ambil POLIFENOL dalam diet seharian ?

Mungkin daripada kita pernah dengar tentang PROTEIN, VITC, VIT E  Polifenol merupakan bio aktif kompaun yang secara semulajadinya dalam tum...