Isnin, 17 Julai 2023

3 'PRO AND CONS' KERJA DARI RUMAH


Bekerja dari rumah memang sangat - sangat seronok. Bila mana masa yang kita ada tidak terikat dengan mana-mana syarikat. Jadi masa kita adalah tanggungjawab kita. Disini Geeha nak share untuk bagi lebih clear, apa kebaikan dan keburukan bekerja daripada rumah

3 kebaikan bekerja daripada rumah

1. WAKTU YANG FLEKSIBEL

Bekerja dari rumah memang impian ramai orang. Bayangkan waktu yang sangat fleksibel dan masa yang dimiliki kita sepenuhnya, kita boleh buat apa sahaja yang kita suka bila bekerja daripada rumah. Tanpa terikat dengan mana-mana syarikat. Jadi, dari jam 9 sehingga jam 6 petang kita boleh buat apa sahaja. 

Contoh, kita boleh ziarah mak ayah, tanya khbar sambil bercerita menghiburkan hati mereka. Kita juga boleh cod barang atau buat coaching dengan biznes partner . Atau kita boleh pergi melancong jalan-jalan dengan family tanpa risau, kena isi form bercuti, tanpa risau kerja-kerja yang ada di office.


2. KESIHATAN MENTAL LEBIH TERJAGA Maka

Bila kita ramai jumpa orang, ada banyak hati yang perlu kita jaga. Dan kadang-kadang membuatkan hati kita juga TIDAK terjaga. Antara kebaikan sebenarnya bila kita bekerja daripada rumah, kita dapat mengurangka circle yang NEGATIF, TOKSIK yang sebenarnya menjadi racun dalam hidup kita.

Bila usia semakin lanjut kita  sangat-sangat perlukan circle yang positif, circle yang jadi pembangkit untuk masa depan yang lebih baik. Bukannya circle yang menjatuhkan kita dan menarik kita jatuh dengan lebih dasyat lagi. Duduk circle yang suka menjatuhkan orang, talam bermuka-muka boleh menjejaskan kesihatan mental kita.

3. KURANGKAN TEKANAN

Hari-hari bila nak pergi kerja kita menghadap jem dan masa banyak terbuang di atas jalan raya. Bayangkan kalau kerja jauh menghadap jem satu hal, perjalanan panjang dan makan masa yang lama untuk sampai ditempat kerja. 

Bila dapat bekerja daripada rumah, masa dapat digunakan dengan sebaiknya. Maka kuranglah tekanan yang kita hadapi


3 KEBURUKAN KERJA DARIPADA RUMAH


1. PERLUKAN DISIPLIN

Sangat penting untuk mendisiplinkan diri apabila bekerja daripada rumah. Harus ada jadual bila bekerja daripada rumah. Sebab apa, ramai daripada kita yang apabila bekerja sendiri atau bekerja daripada rumah , masa yang digunakan adalah untuk keluarga, berpeleseran, berleha-leha dan tidak menggunakan masa yang mereka ada dengan optimum dan baik.

Contoh jadual masa yang terbaik apabila kita dapat mengekalkan jadual sama seperti kita bekerja dipejabat. Mungkin dengan itu, kita dapat mengekalkan prestasi bekerja.


2. KURANG PRODUKTIF

Bila kerja sorang-sorang dirumah tiada siapa yang pantau, prestasi kerja dan produktiviti kerja boleh menurun. Dalam waktu ini jugalah motivasi kita boleh down dan tiada semangat untuk bekerja. 

Maka bermulalah, kita melayan neflix sambung tengok cerita korea ke cerita korea yang lain sampai kiamat .Jika kita tak ubah,tindakan ini akan memakan diri kita sendiri.


3. KURANG BERSOSIAL

Walaupun kerja daripada rumah banyak berinterasi menggunakan medium-medium seperti socmed dan wasap namun sebenarnya mengurangkan interaksi secara berhadapan. Bila berhadapan kita boleh melihat reaksi mereka secara spontan.

Bekerja daripada rumah juga membuatkan kita lebih tertumpu dan fokus hanya di media Sosial .


Kesimpulannya,

Baik atau buruk kerja daari rumah bergantung kepada individu itu sendiri. Jika kita pandai menangani masalah dengan baik, maka baik untuk kita. 

Jadi, nak baca lagi? KLIK SINI KERJA DARI RUMAH

GEEHA AMAN | PENGEDAR SHAKELEE BATU CAVES
WASAP | 0135350587 | FB GEEHA AMAN

#nextlevelBlogging

#shakleetriumph2023

#shakleethrive2023

#pengedarshakleebatucaves

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kenapa kita perlu ambil POLIFENOL dalam diet seharian ?

Mungkin daripada kita pernah dengar tentang PROTEIN, VITC, VIT E  Polifenol merupakan bio aktif kompaun yang secara semulajadinya dalam tum...