Wanita, apabila ibu dan ayah pandai untuk mendidik anak mereka insyaAllah anak yang terhasil daripada didikan itu akan menjadi anak solehah , yang mana wanita yang terbaik atas corakan ibu dan ayah.
Namun, ujian untuk wanita sangat banyak pelbagai penjuru arah. Jika mendapat suami yang tidak sekufu, seorang wanita yang lemah lembut gemalai juga boleh berubah sifat kepada baran dan pembengis. Suami yang baik, membimbing isteri dengan kelembutan dan sifat kasih dan sayang serta sabar dalam membimbing
Peroleh suami yang baik, sangat-sangat wajib bagi seorang wanita supaya dapat membimbing kita ke arah keredhaan Tuhan. Sebab kehidupan selepas berkahwin adalah ibadah yang sangat panjang. Yang mana kita ada tujuan dan matlamat yang sama. Jika matlamat berkahwin kita berbeza susah sikit dalam kehidupan perkahwinan
Jadi, wahai WANITA muslimah yang membaca coretan ini, sebesar mana pun sayang mu kepada kekasih, hati-hati untuk memilih seorang suami. Hati-hati memilih ayah kepada anak-anakmu.
Kerana pengaruh ayah kepada anak-anak mu sangat besar impaknya kepada anak-anak. Sebelum berkahwin amalkan doa ini. Moga Allah berikan kepadamu suami yang baik, suami yang matang, suami yang memahami dan paling penting suami yang sabar serta suami yang boleh membimbing mu...
Ingat, wahai adeku yang masih belum bernikah, sentiasa banyakan berdoa dan bangun tahajud. Supaya Allah membantu mu jodoh yang lebih mendekatkan mu dengan Allah.
Hakikatnya, hidup dunia bukat duit semata. Bila hati tenang insyaAllah duit akan datang selepas itu.
Doa dipermudahkan segala urusan boleh diamalkan agar yang baik-baik sahaja datang kepada Dunia kita.
Nak baca lagi tentang 3 DOA MUDAH dan bermakna boleh klik link ini.
GEEHA AMAN | PENGEDAR SHAKELEE BATU CAVES
WASAP | 0135350587 | FB GEEHA AMAN
#nextlevelBlogging
#shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#pengedarshakleebatucaves
Tiada ulasan:
Catat Ulasan