Assalamualaikum, nak tahu kenapa Jiha menggunakan produk Shaklee? Ada beberapa sebab Jiha menggunakan produk Shaklee yang berikan manfaat kebaikan pada masa hadapan.
Selasa, 24 November 2020
WHY SHAKLEE???
Ahad, 22 November 2020
MISI SEEKOR KUCING
Ramai yang menyangka kucing hanya tahu makan dan tidur sahaja malah ada yang menganggap ia adalah makhluk yang pemalas.
Sebenarnya, kucing ada misinya yang tersendiri dalam kehidupan ini. Siapa sangka kucing sebenarnya miliki kuasa untuk menyingkirkan energi negatif dari tubuh kita.
Sebaik sahaja kita tidur, kucing akan menyerap energi ini. Kucing mampu menyerap semua energi negatif walaupun untuk sebuah keluarga. Apabila kucing tidur, badan kucing akan melepaskan energi negatif yang telah mereka serap dari kita tadi.
Jika menghadapi tekanan yang berlebihan, kucing akan mengambil lebih masa untuk melepaskan energi ini. Energi ini akan menjadi lemak dalam badan kucing sehingga ia dilepaskan. Ia adalah antara faktor mengapa kucing boleh menjadi gemuk.
Bagus untuk memiliki lebih dari seekor kucing di rumah supaya beban menyerap energi negatif tersebut dapat dibahagi sama rata antara mereka.
Selain itu, kucing juga punyai misi untuk melindungi kita di malam hari, agar tiada roh yang datang mengganggu semasa kita tidur. Sekiranya ada sesuatu yang pelik berlaku disekeliling kita, mereka akan terus melompat ke atas katil untuk melindungi kita.
Sebab itu, mereka suka tidur di atas katil dengan kita. Jika mereka merasakan kita baik-baik sahaja mereka akan tidur bersama kita pada malam itu.
Jika ada orang yang berkunjung kerumah, dan kucing merasakan ada ancaman atau perkara buruk, kucing akan mengelilingi kita untuk melindungi kita. Kita harus peka dan berwaspada sekiranya kucing memberi reaksi sedemikian.
Sekiranya kucing berlari mendapatkan orang itu, menunjukkan reaksi manja dan ingin dibelai itu adalah petanda keadaan baik-baik sahja dan ia menyukai orang tersebut.
Jika anda tiada kucing dan ada kucing jalanan datang kerumah anda, berilah mereka makan atau peliharalah mereka. Mungkin sebenarnya anda sedang memerlukan kehadiran kucing tersebut.
Sebenarnya kucing jalanan membawa rezeki buat anda, oleh itu berbuat baiklah padanya dan jangan rasa takut atau menakutkan kucing tersebut. Sekiranya anda tidak boleh membelanya, berilah mereka makan dan carikanlah tempat yang sesuai buat mereka.
Kucing adalah antara makhluk yang comel. Kasih mereka kepada kita sangat jujur dan melebihi segalanya, cuma mereka punya cara yang berbeza untuk menzahirkannya. Mereka boleh menjadi teman yang terbaik buat kita.
Secara tidak sedar sebenarnya kucing boleh menjadi bahan terapi buat kita. Gaya dan telatahnya sering mencuit hati dan membuatkan anda tersenyum malah ketawa melihatnya.
Manusia yang alergi pada kucing secara emosinya adalah gagal untuk mencintai seseorang secara mendalam, kerana mereka sering melindungi perasaan sebenar mereka.
Sumber: Petua dan Kesihatan, MyOwnPetShop
Sabtu, 21 November 2020
8 LANGKAH UNTUK GAYA HIDUP SIHAT
1. Minum air secukupnya
Minum banyak air suam atau air mineral untuk membantu membuang toksin dalam badan, menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan.
2. Diet yang sihat
Pilih makanan yang menyihatkan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Ambil saiz hidangan yang mencukupi tetapi bukan secara berlebihan. Cara terbaik, makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang.
3. Jangan merokok
Tabiat merokok hanya akan menjejaskan kesihatan tubuh badan dan kulit.
4. Bersenam
Bersenam sangat baik untuk mengekalkan kesihatan dan rohani. Amalkanlah bersenam setiap hari walaupun 10 minit.
5. Tangani stress
Elakkan tekanan. Tekanan hanya akan mempercepatkan proses penuaan terutama pada kulit wajah. Nikmatilah muzik lembut atau mendengarkan lantunan ayat-ayat suci Al-quran bagi meredakan ketegangan yang dihadapi.
6. Tidur berkualiti
Pastikan anda mendapatkan tidur yang berkualiti. Tidur yang nyenyak dan tidur yang cukup perlu untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan dan juga kesihatan kulit anda.
7. Terapi aromaterapi
Sesekali luangkanlah masa untuk memanjakan diri walaupun dirumah. Cari pelbagai jenis bunga yang wangi untuk ramuan mandian. Sebaiknya pilih satu hari dalam seminggu untuk anda memanjakan diri. Selain mandian bunga, lakukanlah scrub badan dan muka, pakai mask dan lakukanlah urutan yang boleh merehatkan tubuh anda setelah penat bekerja. Selain memanjakan diri, ketenangan minda juga sangat penting.
8. Penjagaan kulit
Benarkan kulit anda berehat dari memakai sebarang alat solekan terutama pada waktu malam. Sebenarnya kulit juga perlu bernafas. Lakukan mencuci wajah dengan betul. Cucilah wajah anda dua kali sehari.
Sumber: Portal Pejabat Kesihatan Kawasan Beaufort
Jumaat, 20 November 2020
9 MANFAAT DAN KEBAIKAN LIMAU NIPIS
Penggunaan limau nipis sudah tidk asing bagi para suri rumah kerana ia selalu digunakan dalam masakan dan penambah perisa makanan.
Limau nipis juga sangat sinonim dengan pengamal ubat-ubatan herba. Air perahan buah limau nipis yang dicampurkan dengan kapur makan dikatakan boleh mengempiskan badan ibu-ibu yang baru bersalin dengan cara menyapu ramuan tersebut ke bahagin perut.
Selain itu, banyak manfaat limau nipis yang dapat peroleh darinya. Ikuti 9 manfaat dan kebaikan limau nipis untuk kesihatan tubuh anda.
1. Merawat penyakit darah tinggi.
Ambil sebiji limau nipis dan perah airnya dicampurkan dengan segelas air dan gula secukup rasa. Minumlah setiap pagi dan petang sehingga darah tinggi anda beransur turun. InsyaAllah penyakit akan sembuh.
2. Menurunkan berat badan
Amalkan minum air perahan limau nipis dua biji setiap hari. Lebih elok jika diminum tanpa tambahan gula. Anda boleh sahaja menambah sedikit gula atau madu untuk mengurangkan rasa limau tersebut.
InsyaAllah berat badan anda akan berkurangan dan akan nampak perubahan pada bentuk tubuh badan anda. Cuba amalkan selama sebulan dan lihat hasilnya.
3. Suara merdu
Ambil sari air limau nipis dicampurkan dengan sedikit kapur sirih, satu sudu madu dan sedikit garam kasar. Kemudian campurkan kesemuanya dan minumlah seminggu sekali, insyaAllah anda akan dapati suara anda bertambah sedap apabila bercakap, membaca Al-quran, melaungkan azan, berzanji atau menyanyi.
4. Mengatasi kurang darah
Sediakan sebiji kuning telur, satu sudu madu, sebiji air perahan limau nipis dan air daun bayam merah (tumbuk segenggam daun bayam merah dan perah airnya). Campurkan kesemua bahan tadi dan minumlah setiap pagi dan petang. InsyaAllah anda akan terasa lebih sihat dan wajah anda akan kemerah-merahan.
5. Mengempiskan perut
Ambil perahan air perahan limau nipis dicampukan dengan kapur sirih dan minyak kayu putih. Campur kesemuanya kemudian disapu pada bahagian perut dan pinggang, belakang badan dan peha. Jika tiada kapur sirih, boleh juga digantikan dengan asam jawa. Ia juga sesuai untuk ibu-ibu yang sedang berpantang.
6. Melembutkan tangan dan muka
Potong limau kepada beberapa bahagian kemudian tenyehkan atau sapu pada bahagian muka dan tangan. Sangat sesuai bagi yang mengalami kulit muka berminyak. Biarkan sehingga sepuluh minit kemuadian cucilah dengan air bersih. Anda akan dapati tangan dan wajah bertambah lembut dan tidak berminyak lagi.
Selain itu, anda boleh menggunakan mentimun yang dicincang halus, parutan kentang atau putih telur.
7. Melegakan sakit batuk
Sediakan air perahan limau nipis, air suam, sedikit garam kasar dan satu sudu madu asli. Campurkan kesemuanya dan minumlah setiap kali rasa hendak batuk. Berkumurlah dengan air yang bercampur limau nipis. InsyaAllah batuk anda akan berkurangan dan akan hilang.
8. Ramuan memulihkan syahwat
Campurkan sebiji air perahan limau nipis bersama sebiji telur ayam kampung yang dimasak tiga suku masak, tambahkan sedikit lada hitam. Makanlah pada waktu pagi selang sehari selama seminggu. InsyaAllah puan dan tuan akan dapat terasa hasilnya.
9. Ramuan mandian
Kebiasaannya air perahan limau nipis digunakan untuk ramuan mandi bunga. Namun, ia juga boleh digunakan untuk mandian yang biasa. Gunakan limau nipis yang dibelah dua untuk digosok pada badan yang berdaki atau gatal. Badan anda akan terasa bersih, segar dan berbau harum.
Sumber: Petua dan Kesihatan
Khamis, 19 November 2020
PETUA SELEPAS BERSALIN
1. SEGARKAN BADAN
Semasa dalam pantang, ambil beberapa daun helai daun sirih dan daun pandan. Kemudian rebus bersama sedikit halba, bunga cengkih dan garam. Mandi dengan menggunakan air rebusan itu setiap pagi sehingga ke hari ke-40 selepas bersalin. InsyaAllah badan anda akan terasa segar sentiasa.
2. NAIKKAN SERI WAJAH
Bersihkan beberapa ranting daun inai. Kemuadian rebus dengan menggunakan api sederhana sehingga mendidih. Biarkan sehinga suam dan minum airnya segelas pada waktu pagi dan segelas pada waktu malam. Amalkan dua atau tiga kali seminggu.
3. KECUTKAN RAHIM
Ambil segenggam daun pegaga dan rebus bersama akarnya. Masukkan bersama pucuk pokok sepagi berdiri. Minum air rebusan tadi selama tiga hari berturut-turut setiap pagi.
4. RAWATAN DALAMAN
Tumbuk kunyit hidup dan daun inai hingga lumat. Kemudian perah dan ambil patinya lalu diminum pada waktu pagi. Lakukan selama tiga hari seminggu sepanjang waktu berpantang. Hasilnya, luka anda akan cepat sembuh serta wajah anda akan kelihatan lebih berseri.
5. TAMBAH SUSU BADAN
Ada sesetengah wanita mengalami masalah kekurangan susu badan selepas baharu melahirkan badan. Bagi anda yang mengalami situasi ini,ambil daun kucai dan ikan bilis secukupnya dan kemudian dimasak secara rebus. Makanlah bersama nasi panas. Amalkan selalu untuk mendapatkan hasilnya segera.
6. SEMBUHKAN LUKA BERSALIN
Luka akibat bersalin sama ada bersalin secara normal ataupun pembedahan boleh disembuhkan segera dengan makan ikan haruan yang dibakar ataupun dibuat sup. Selain itu amalkan makan hempedu ikan haruan setiap hari bersama satu sudu besar madu lebah asli.
Sumber: Petua dan Kesihatan, Page Tip Kekal Menawan
Rabu, 18 November 2020
5 TEKNIK MASAKAN SIHAT UNTUK ANDA
1. BAKAR
Bakar adalah antara teknik yang sangat mudah dan sihat. Anda boleh sahaja terus membakar makanan sumber protein kegemaran seperti ayam, daging ataupun ikan.
2. REBUS
Teknik rebusan ini tidak menggunakan minyak kerana anda tidak perlu menumis. Semua bahan yang hendak dimasak terus direbus seperti masakan asam pedas ikan atau ayam.
3. KUKUS
Teknik kukus juga sangat baik untuk menjaga kesihatan anda kerana ia tidak menggunakan minyak langsung. Masakan seperti ini sangat menyihatkan dan pelbagai resipi mudah boleh dilakukan. Antara menunya seperti ikan siakap kukus halia.
4. SUP
Teknik masakan sup ini lebih kurang dengan teknik rebusan cuma sup mengandungi bahan seperti herba kayu manis, bunga cengkih dan herba-herba lain. Ia juga tidak memerlukan minyak dan menyihatkan.
5. CELUR
Sayur-sayuran seperti bendi, asparagus, lobak merah dan kacang boleh di celur selama antara 30 saat ke satu minit. Elakkan celur terlalu lama bagi mengelakkan khasiat sayur tersebut akan larut dalam air celur tadi.
Sumber: Petua dan Kesihatan
ANEMIA BAHAYA KE?
Apa tu Anemia?
Anemia tu terjadi apabila kekurangan sel darah merah dalam peredaran darah untuk bawa oksigen ke seluruh tisu dalam badan.
Anemia terjadi apabila hemoglobin yang tidak mencukupi.
Paras hamoglobin yang normal
1. Kehilangan darah (sama ada akut atau kronik)
Kehilangan darah akut boleh berlaku semasa kemalangan jalan raya atau selepas pembedahan.
Kehilangan darah kronik boleh berlaku semasa kedatangan haid yang berlebihan, infestasi cacing dan lain2 keadaaan
2. Kekurangan peghasilan sel darah merah di dalam sum sum tulang mugkin disebebkan oleh beberapa faktor .
- Kurang faktor penting seperti zat besai, vitamin B12 dan erythropoietin
- ianya terjadi dimana pertumbuhan mendadak di kalangan remaja yang menyebabkan peningkatan keperlauan zat besi yang melebihi kadar penyerapan zat besi
- Kitaran Haid bagi wanita yang kehilangan anggaran 30 mg zat besi setipa bulan boleh menyebabkan kekurangan zat besi
- Faktor Toksik : Penyakit indlamasi, kerosakan hati dan ginjal, ubat-ubatan
- Kkeurangan hormon : Paras hormon tiroid rendah
- Kerosakan Sum -sum : Kanser darah, penyakit sum sum tulang
- Gangguan pembentukan darah merah : Talasemia
3. Pemusnahan sel darah merah yang berlebihan . Ianya berlaku di dalam jenis jangkitan atau pengambilan ubat tertentu. Jenis anemia yang biasa berlaku ialah
- Anemia yang menyebabkan kekurangan zat besi
- Talasemia
APAKAH TANDA ANEMIA?
- Rasa letih sepanjang masa
- Pening
- Sesak nafas
- Kulit Pucat
- Kadar denyutan jantung yang pantas
- Kurang daya ingatan
- Hilang berat badan.
APA TERJADI JIKA ANEMIA TERJADI BEGITU TERUK?
Jantung akan menjadi lemah dan sangat tak mencukupi
Mengalami masalah semasa mengandung seperti kelahiran pramatang dan kerencatan pertumbuhan janin di dalam kandungan
RAWATAN
Pemeriksaan hameoglobin boleh dilakukan di klinik berhampiran untk menentukan sama ada anda mengalami anemia atau tidak. Rawatan bergantung kepada punca anemia yang dihadapi.
- Jika disebabkan masalah perubatan seperti talsemia, leukimia, ianya perlu rawatan khusus.
- Jika ianya disebabkan kekurangan zat besi, maka seseorang itu perlu mengambil makanan seimbang kaya dengan zat besi dan juga pil suplemen zat besi
TIPS LAIN BAGI RAWATAN KEKURANGAN ZAT BESI
Disyorkan agar pil zuplemen zat besi dimakan bersama dengan vitamin C untuk meningkatan penyerapan zat besi.
SET TAMBAH DARAH SHAKLEE
Sumber : http://www.myhealth.gov.my/anaema-bagi-dewasa/
Selasa, 17 November 2020
5 TIP ELAK ANAK-ANAK BERGADUH SESAMA SENDIRI
Sebagai ibu bapa, anda pasti inginkan setiap anak-anak bersatu hati, saling menghormati dan sayang menyayangi antara satu sama lain.
Kadang-kadang memang akan ada perbalahan kecil antara mereka. Namun sekiranya dari awal anda mendidik mereka erti kasih sayang antara adik beradik, tidak mustahil mereka akan berbaik semula dalam masa yang singkat lantaran menyedari nilai kasih sayang yang telah anda tetapkan dalam diri mereka.
Berikut adalah antara perkara yang perlu diterapkan pada anak-anak sedari kecil lagi. Mudahan ia dapat membantu anda membina hubungan adik-beradik yang kukuh sepanjang hayat mereka.
1. MAKAN BERSAMA
Dalam sehari, pastikan anda dan anak-anak berkumpul seisi keluarga untuk makan bersama-sama. Selesai makan, anda dan mereka boleh saling berbual dan berkongsi bercerita tentang apa sahaja.
Semua ahli keluarga akan berasa seronok apabila dapat terlibat dalam aktiviti seharian masing-masing. Perkongsian secara terbuka dan santai akan membuatkan anak-anak merasakan anda dan ahli keluarga yang lain ada bersama mereka sekaligus dapat membina bonding family yang kuat.
2. JAGA ANTARA SATU SAMA LAIN
Sentiasa ingatkan anak-anak untuk menjaga diri mereka antara satu sama lain. Yang lebih berusia perlu menjaga adiknya. Malah si adik juga boleh melakukan perkara yang sama.
Sebelum tidur katakan pada anak-anak "Abang atau kakak perlu jaga adik. Begitu juga adik, perlu jaga abang dan kakak." Percayalah, sekiranya dari kecil anda sudah ingatkan perkara ini kepada anak-anak, pesanan ini akan sentiasa kukuh dalam ingatan mereka apabila mereka dewasa kelak.
3. BERLAKU ADIL
Tanpa sedar, kadang-kadang ibu bapa itu sendiri berlaku tidak adil terhadap anak-anaknya. Paling biasa dilakukan ialah apabila si kakak atau abang sering dipersalahkan apabila adik buat silap. Hal ini akan membuatkan anak yang lebih tua berasa kecil hati dan mula menyimpan dendam kepad adiknya.
Sama juga halnya apabila membeli sesuatu barangan. Pastikan anda berlaku adil. Hal ini penting untuk tidak menimbulkan perasaan cemburu di antara mereka. Tidak kira apapun, sebenarnya setiap anak mahu dihargai secara sama rata. Untuk itu, anda perlu bijak mengawal keadaan.
4. TOLONG-MENOLONG
Biarpun anak-anak masih kecil, ajar mereka sikap tolong-menolong daripada seawal usia. Antara yang boleh anda lakukan ialah meminta adik dan kakak atau abangnya sama-sama mengemas alat permainan yang telah digunakan.
Sambil mereka mengemas, selitkan kata-kata pujian kepada mereka. Pastikan mereka bangga dapat berbuat baik sesama sendiri.
5. TUNJUKKAN CONTOH YANG BAIK
Jika mahu anak-anak berhubungan baik antara satu sama lain, anda sendiri pun perlu menjaga hubungan yang baik dengan adik beradik.
Sikap saling tolong-menolong, ziarah-menziarahi dan saling berhubung antara anda dan adik-beradik yang dipamerkan secara tidak langsung menunjukkan bahawa ikatan kekeluargaan yang ada perlu dihargai dan dijaga dengan baik.
Tauladan yang baik seperti ini dapat dijadikan rujukan dan panduan buat anak-anak apabila dewasa kelak.
Sumber: Pa&Ma
Isnin, 16 November 2020
7 CARA BIJAK SEDIAKAN MAKANAN BERKHASIAT
1. BUANG LEMAK PADA DAGING DAN KULIT AYAM
Ada segelintir yang bimbang untuk makan ayam disebabkan begitu banyak lemak yang ada didalamnya. Sebenarnya anda boleh menghindarinya dengan cara pengolahan yang baik.
Ia boleh dilakukan dengan cara membuang lemak pada daging dan kulit ayam. Memasak dengan kaedah merebus dan panggang juga dapat mengurangkan lemak.
2. BASUH BUAH-BUAHAN DAN SAYURAN SEBELUM MAKAN
Elakkan merendam buah-buahan dan sayur-sayuran, sebaliknya gunakan air bersih yang mengalir untuk mengurangkan pencemaran makanan. Ini kerana bahan mentah termasuk air dan ais boleh tercemar oleh bakteria dan bahan kimia berbahaya.
3. ELAKKAN MEMOTONG ATAU MENGHIRIS KECIL BUAH-BUAHAN DAN SAYURAN
Ia sebenarnya akan membuatkan sayur itu cepat masak dan boleh menghilangkan khasiat makanan itu.
4. KEKALKAN KHASIAT UBI KENTANG DAN KELEDEK
Khasiat ubi kentang dan keledek lebih terjamin jika dimasak bersma kulitnya. Oleh itu pastikan anda membasuh bersih sebelum memasaknya.
5. MEMASTIKAN AIR MENDIDIH DAN MINYAK BENAR-BENAR PANAS
Anda perlu memastikan minyak untuk menggoreng dan air untuk merebus telah benar-benar panas sebelum memasaknya. Jika anda memasaknya dengan air atau minyak yang tidak cukup panas, ia akan mengubah warna dan bentuk sayuran tersebut.
Anda juga boleh menyediakan ketulan ais untuk memastikan kepanasan suhu sayur-sayuran yang dikeluarkan dari air panas dapat turun dengan serta merta. Sekaligus dapat menghentikan proses sayur menjadi terlebih masak dan sayur masih lagi rangup untuk dimakan.
6. KURANGKAN GARAM, GULA DAN BAHAN PENGAWET DALAM MASAKAN
Gunakan bahan semulajadi seperti rempah ratus atau sayuran seperti lobak merah untuk menambah perasa pada makanan. Ia lebih selamat dan terjamin dari segi kesihatan tanpa bahan-bahan pengawet atau penambah rasa.
7. ELAKKAN MENGGUNA MINYAK MASAK BERULANG KALI
Tahap kelikatan hidrokarbon di dalam minyak masak yang digunakan berulang kali akan meningkat dan menyebabkan saluran arteri tersumbat, hipertensi dan akan terdedah kepada risiko kerosakan hati.
Justeru anda dinasihatkan merancang hidangan harian anda dengan lebih baik dan seimbang. Pilih hidangan yang lebih berkhasiat dengan menggunakan cara seperti merebus, mengukus, bakar, panggang dan kurangkan makanan yang berminyak serta makanan yang digoreng.
Sumber: Majalah Mingguan Wanita.
Ahad, 15 November 2020
5 KEDUDUKAN DAN PUNCA JERAWAT PADA WAJAH
1. JERAWAT DI ATAS DAHI
Punca: Tidur yang tidak menentu, diet yang tidak seimbang dan pemakanan yang tidak sihat.
Langkah Mengatasinya:
- Amalkan tidur awal sekitar jam 10pm - 12am dan bangun seawal 6am.
- Kurangkan pengambilan minuman bergas serta minuman berkafien tinggi.
- Banyakkan minum air kosong bagi melembabkan kulit.
- Perbanyakkan pengambilan buah-buahan dan sayuran hijau atau air detox (menghapuskan toksik dalam badan).
- Lakukan senaman ringkas 20-30 minit setiap hari.
2. JERAWAT DI BAHAGIAN HIDUNG
Punca: Penghadaman atau aliran darah yang tidak lancar.
Langkah Mengatasinya:
- Amalkan pemakanan yang mengandungi serat yang tinggi seperti bijirin penuh, sayuran dan kekacang.
- Minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.
- Elakkan makan makanan berlemak, makanan segera dan makanan manis bagi melancarkan peredaran darah.
- Rajin melakukan pergerakan atau senaman ringkas.
3. JERAWAT DI BAHAGIAN PIPI KIRI
Punca: Terlebih pengambilan produk tenusu
Langkah Mengatasinya:
- Kurangkan pengambilan produk tenusu kerana hormon dan lemak dalam produk tenusu boleh memburukkan lagi masalah jerawat.
- Amalkan memakan brokoli atau sayuran hijau.
- Pengambilan vitamin dapat membantu meningkatkan imun dan penting untuk kesihatan kulit.
4. JERAWAT DI BAHAGIAN PIPI KANAN
Punca: Tekanan atau alergik
Langkah Mengatasinya:
- Hindari makanan yang anda elergi seperti makanan laut, kekacang dan sebagainya.
- Elakkan kawasan yang tercemar terutama asap kenderaan.
- Ambil masa untuk merehatkan minda dan badan seperti berjogging, beriadah atau bercuti.
- Amalkan memakai masker aloe vera asli.
5. JERAWAT DI BAHAGIAN DAGU DAN MULUT
Punca: Hormon tidak seimbang, tekanan dan maasalah buah pinggang
Langkah Mengatasinya:
- Kurangkan tabiat makan sebelum tidur.
- Dapatkan rehat dan tidur secukupnya.
- Makan buah-buahan dan sayur-sayuran segar.
- Lakukan senaman ringkas setiap hari.
Jerawat muncul tidak semestinya berpunca dari masalah dari dalam badan. Ia boleh berlaku disebabkan pengambilan makanan yang tidak seimbang, pemakanan yang tidak sihat, tidak mengamalkan pengambilan sayur dan buah-buahan serta mengabaikan senaman.
Sumber: Petua dan Kesihatan.