Ahad, 15 November 2020

5 KEDUDUKAN DAN PUNCA JERAWAT PADA WAJAH

 


1. JERAWAT DI ATAS DAHI

Punca: Tidur yang tidak menentu, diet yang tidak seimbang dan pemakanan yang tidak sihat. 

Langkah Mengatasinya: 

  • Amalkan tidur awal sekitar jam 10pm - 12am dan  bangun seawal 6am.
  • Kurangkan pengambilan minuman bergas serta minuman berkafien tinggi.
  • Banyakkan minum air kosong bagi melembabkan kulit.
  • Perbanyakkan pengambilan buah-buahan dan sayuran hijau atau air detox (menghapuskan toksik dalam badan).
  • Lakukan senaman ringkas 20-30 minit setiap hari.

 


2. JERAWAT DI BAHAGIAN HIDUNG

Punca: Penghadaman atau aliran darah yang tidak lancar.

Langkah Mengatasinya:

  • Amalkan pemakanan yang mengandungi serat yang tinggi seperti bijirin penuh, sayuran dan kekacang.
  • Minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.
  • Elakkan makan makanan berlemak, makanan segera dan makanan manis bagi melancarkan peredaran darah.
  • Rajin melakukan pergerakan atau senaman ringkas.


3. JERAWAT DI BAHAGIAN PIPI KIRI

Punca: Terlebih pengambilan produk tenusu

Langkah Mengatasinya: 

  • Kurangkan pengambilan produk tenusu kerana hormon dan lemak dalam produk tenusu boleh memburukkan lagi masalah jerawat.
  • Amalkan memakan brokoli atau sayuran hijau.
  • Pengambilan vitamin dapat membantu meningkatkan imun dan penting untuk kesihatan kulit.


4. JERAWAT DI BAHAGIAN PIPI KANAN

Punca: Tekanan atau alergik

Langkah Mengatasinya:

  • Hindari makanan yang anda elergi seperti makanan laut, kekacang dan sebagainya.
  • Elakkan kawasan yang tercemar terutama asap kenderaan.
  • Ambil masa untuk merehatkan minda dan badan seperti berjogging, beriadah atau bercuti.
  • Amalkan memakai masker aloe vera asli.


5. JERAWAT DI BAHAGIAN DAGU DAN MULUT

Punca: Hormon tidak seimbang, tekanan dan maasalah buah pinggang

Langkah Mengatasinya: 

  • Kurangkan tabiat makan sebelum tidur.
  • Dapatkan rehat dan tidur secukupnya.
  • Makan buah-buahan dan sayur-sayuran segar.
  • Lakukan senaman ringkas setiap hari.

    Jerawat muncul tidak semestinya berpunca dari masalah dari dalam badan. Ia boleh berlaku disebabkan pengambilan makanan yang tidak seimbang, pemakanan yang tidak sihat, tidak mengamalkan pengambilan sayur dan buah-buahan serta mengabaikan senaman. 


Sumber: Petua dan Kesihatan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan