Isnin, 16 November 2020

7 CARA BIJAK SEDIAKAN MAKANAN BERKHASIAT



 1. BUANG LEMAK PADA DAGING DAN KULIT AYAM

Ada segelintir yang bimbang untuk makan ayam disebabkan begitu banyak lemak yang ada didalamnya. Sebenarnya anda boleh menghindarinya dengan cara pengolahan yang baik. 

Ia boleh dilakukan dengan cara membuang lemak pada daging dan kulit ayam. Memasak dengan kaedah merebus dan panggang juga dapat mengurangkan lemak.

 

2. BASUH BUAH-BUAHAN DAN SAYURAN SEBELUM MAKAN

Elakkan merendam buah-buahan dan sayur-sayuran, sebaliknya gunakan air bersih yang mengalir untuk mengurangkan pencemaran makanan. Ini kerana bahan mentah termasuk air dan ais boleh tercemar oleh bakteria dan bahan kimia berbahaya.


3. ELAKKAN MEMOTONG ATAU MENGHIRIS KECIL BUAH-BUAHAN DAN SAYURAN

Ia sebenarnya akan membuatkan sayur itu cepat masak dan boleh menghilangkan khasiat makanan itu.



4. KEKALKAN KHASIAT UBI KENTANG DAN KELEDEK

Khasiat ubi kentang dan keledek lebih terjamin jika dimasak bersma kulitnya. Oleh itu pastikan anda membasuh bersih sebelum memasaknya.


5. MEMASTIKAN AIR MENDIDIH DAN MINYAK BENAR-BENAR PANAS

Anda perlu memastikan minyak untuk menggoreng dan air untuk merebus telah benar-benar panas sebelum memasaknya. Jika anda memasaknya dengan air atau minyak yang tidak cukup panas, ia akan mengubah warna dan bentuk sayuran tersebut. 

Anda juga boleh menyediakan ketulan ais untuk memastikan kepanasan suhu sayur-sayuran yang dikeluarkan dari air panas dapat turun dengan serta merta. Sekaligus dapat menghentikan proses sayur menjadi terlebih masak dan sayur masih lagi rangup untuk dimakan. 

6. KURANGKAN GARAM, GULA DAN BAHAN PENGAWET DALAM MASAKAN

Gunakan bahan semulajadi seperti rempah ratus atau sayuran seperti lobak merah untuk menambah perasa pada makanan. Ia lebih selamat dan terjamin dari segi kesihatan tanpa bahan-bahan pengawet atau penambah rasa.


7. ELAKKAN MENGGUNA MINYAK MASAK BERULANG KALI

Tahap kelikatan hidrokarbon di dalam minyak masak yang digunakan berulang kali akan meningkat dan menyebabkan saluran arteri tersumbat, hipertensi dan akan terdedah kepada risiko kerosakan hati.

Justeru anda dinasihatkan merancang hidangan harian anda dengan lebih baik dan seimbang. Pilih hidangan yang lebih berkhasiat dengan menggunakan cara seperti merebus, mengukus, bakar, panggang dan kurangkan makanan yang berminyak serta makanan yang digoreng.

 

Sumber: Majalah Mingguan Wanita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan