1. Minum air secukupnya
Minum banyak air suam atau air mineral untuk membantu membuang toksin dalam badan, menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan.
2. Diet yang sihat
Pilih makanan yang menyihatkan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Ambil saiz hidangan yang mencukupi tetapi bukan secara berlebihan. Cara terbaik, makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang.
3. Jangan merokok
Tabiat merokok hanya akan menjejaskan kesihatan tubuh badan dan kulit.
4. Bersenam
Bersenam sangat baik untuk mengekalkan kesihatan dan rohani. Amalkanlah bersenam setiap hari walaupun 10 minit.
5. Tangani stress
Elakkan tekanan. Tekanan hanya akan mempercepatkan proses penuaan terutama pada kulit wajah. Nikmatilah muzik lembut atau mendengarkan lantunan ayat-ayat suci Al-quran bagi meredakan ketegangan yang dihadapi.
6. Tidur berkualiti
Pastikan anda mendapatkan tidur yang berkualiti. Tidur yang nyenyak dan tidur yang cukup perlu untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan dan juga kesihatan kulit anda.
7. Terapi aromaterapi
Sesekali luangkanlah masa untuk memanjakan diri walaupun dirumah. Cari pelbagai jenis bunga yang wangi untuk ramuan mandian. Sebaiknya pilih satu hari dalam seminggu untuk anda memanjakan diri. Selain mandian bunga, lakukanlah scrub badan dan muka, pakai mask dan lakukanlah urutan yang boleh merehatkan tubuh anda setelah penat bekerja. Selain memanjakan diri, ketenangan minda juga sangat penting.
8. Penjagaan kulit
Benarkan kulit anda berehat dari memakai sebarang alat solekan terutama pada waktu malam. Sebenarnya kulit juga perlu bernafas. Lakukan mencuci wajah dengan betul. Cucilah wajah anda dua kali sehari.
Sumber: Portal Pejabat Kesihatan Kawasan Beaufort
Tiada ulasan:
Catat Ulasan