Selasa, 13 Jun 2023

Kisah Saya dan Shaklee

Genap 6 tahun (2023) saya  berada dalam Shaklee Industri dalam makanan tambahan dan nutrisi. Syukur alhamdulillah. Seronok dapat belajar tentang nutrisi dan kesihatan badan. Ilmu yang dipelajari boleh digunakan untuk diri , family dan juga customer

Saya bermula dengan Shaklee pada tahun 2017 waktu itu hanya baru kenal b complex. Saya sangat sangat anti kepada supplemen. Tapi, bila saya dengar Shaklee adalah supplemen semulajadi, saya mula consider. 

Consider untuk membeli dan menjadikan Shaklee wadah untuk saya jana pendapatan tambahan.


KISAH SAYA DAN BISNES SHAKLEE

Saya bukan dari golongan yang kaya, atau orang senang. Sebelum buat Shaklee duit yang ada pun bercatu atau cukup-cukup untuk diri sendiri. Sebelum graduation saya dapat offer kerja . Maka bermula perjalanan hidup saya sebagai seorang pekerja swasta yang banyak komitmen bulanan.

Bila bekerja , tanggungan ramai, komitmen banyak membuatkan kadang-kadang duit gaji yang dapat memang tak cukup. Sehinggakan satu hari saya menangis bersungguh-sungguh dengan nasib hidup. Tiada jalan dan tepu sangat.

Sehinggakan saya emel kepada seorang hamba Allah yang sangat terkenal dengan blog beliau untuk bantu macam mana nak buat dengan keadaan hidup yang begini.

Dia membalas emel saya dan memberikan idea untuk buat bisnes dropship yang tidak menggunakan sebarang modal.

Bermula fasa saya mencari bisnes yang sesuai dengan diri sendiri.  Saya terjumpa produk Nurayssa. Produk mesra wudhuk. Namun, jodoh dengan Nuryssa tidak berpanjangan. 


Tak lama itu , Allah tunjukan jalan dengan bisnes shaklee.. Seperti Allah memakbulkan doa doa saya. Saya mula mengenali Shaklee dan cuba untuk menjual produk Shaklee .


Alhamdulillah bisnes Shaklee sikit-sikit menampakan hasil.

Bonus Shaklee yang saya dapat pada mulanya 2 angka , naik 3 angka dan kemudian 4 angka. Siapa sangka bila Allah berkehendak dan nak beri memang dia akam beri. 


KISAH SAYA DENGAN PRODUK SHAKLEE PART #1

Saya mula berniaga Shaklee pada tahun 2017. Ilmu dan produk knowledge masih zero. Makan Shaklee pun kadang makan dan kadang tak makan. Masih takut-takut. Tapi Kalau belasah maggie, minum air manis, tak de masalh pulak.

Sehinggakan saya diuji dimana sukar untuk bernafas. Demam on off tak baik-baik. Satu hari saya tak boleh bernafas. Bila bernafas rasa ketat sangat dan tersekat-sekat. Allah sahaja yang tahu pada waktu itu dan saya tak tahu nak buat apa. Terus minta emak untuk temankan saya ke KLINIK .

Doktor sahkan kemungkinan ada kuman dalam paru-paru. Dia suruh saya untuk ambil ubat. Jika tak okey juga kena datang lagi sekali. Ada beberapa ubat dan dia suruh habiskan .

Saya makan. Kesan ubat tu sangat-sangat kuat sehinggakan saya rasa walau berjaga , saya boleh bermimpi. Seminggu on ubat, ada sedikit perubahan pada pernafasan saya.

Bila orang terdesak nak baik ni dia akan buat apa sahaja kan? Begitu juga saya. Dalam keadaan begitu, saya bertanya side line . Sebab waktu itu, saya tahu dia juga diuji dengan hal yang berat dan berjaya hadapinya. Jadi niat saya mesej beliau untuk dapat sedikit kekuatan. 

Dengan beliau la saya belajar tentang nutriferon, dan makan nutriferon. Beliau ajar makan nutriferon, omega dan vitamin c  dengan dose yang saya tak pernah ambil sebelum ni. 

Takut ?? Kali ni saya yakin dan tekad. Memang dose yang saya ambil memang lebih dari biasa. Allahu, sangat bersyukur, apabila saya ambil Shaklee untuk masalah paru-paru.. Saya dapat bernafas dengan smooth dan lancar. Tanpa mengantuk .

Nak baca lagi tentang testimoni orang lain? Klik sini

Testimoni Shaklee


GEEHA AMAN | PENGEDAR SHAKELEE BATU CAVES
WASAP | 0135350587 | FB GEEHA AMAN

#nextlevelBlogging

#shakleetriumph2023

#shakleethrive2023

#pengedarshakleebatucaves















Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kenapa kita perlu ambil POLIFENOL dalam diet seharian ?

Mungkin daripada kita pernah dengar tentang PROTEIN, VITC, VIT E  Polifenol merupakan bio aktif kompaun yang secara semulajadinya dalam tum...