Khamis, 14 September 2023

3 Perkara Penting yang Perlu Dilakukan oleh Wanita Mengandung

Wanita yang sedang mengandung, perlu memberikan perhatian khusus buat diri dan anak dalam kandungan mereka. Ini kerana wanita hamil sangat perlukan penjagaan rapi demi kesihatan dan nyawa mereka dan juga baby dalam kandungan 

Antara perkara yang sangat penting dilakukan oleh wanita hamil ialah :



1. PEMERIKSAAAN RUTIN KEHAMILAN

Wanita yang hamil perlu melakukan pemeriksaaan berkala untuk memastikan kandungan dalam keadaan sihat. 

2. NUTRISI SEIMBANG 

Makanan tambahan sangat penting untuk wanita hamil. Kerana kekurangan nutrisi dalam badan akan menyebabkan si ibu dalam keadaan yang sangat membimbangkan. Jika si ibu kekurangan nutrisi dalam badan akan memudahkan si ibu jatuh sakit.

Kesan apabila ibu hamil apabila kekurangan nutrisi :

GANGGUAN PERTUMBUHAN  JANIN

Bila kekurangan nutrisi ketika hamil dapat menyebabkan berat badan badan lahir rendah dan meningkatkan risiko komplikasi kesihatan pada bayi yang baru lahir

KEKURANGAN ZAT BESI

Kekurangan zat besi dapat menyebabkan anemia pada ibu hamil. Anemia akan menyebabkan penat yang melampau, lelah dan bimbang , meningkatkan risiko bersalin pra matang

KEKURANGAN ASID FOLIK

Asid folik penting untuk perkembangan otak, sumsum tulang belakang janin, Kekurangan asid folik menyebabkan cacat kepada saraf (spina bifida) bayi

KEKURANGAN KALSIUM

Kekurangan kalsium dapat menyebabkan gangguan kepada perkembangan tulang dan gigi janin serta meningkatkan risiko osteoporosis pada ibu

KEKURANGAN OMEGA 3

Asid lemak omega 3 seperti DHA , penting untuk perkembangan otak dan mata janin. Kekurangan omega 3 dapat mempengaruhi perkembangan sistem saraf janin

KEKURANGAN PROTEIN

Protein sangat penting untuk pertumbuhan organ janin.


3. PERSIAPAN MENTAL DAN FIZIKAL


Wanita yang sedang hamil memang perlu untuk meyiapkan diri dari segi mental dan fizikal sebab apa, persediaan awal sangat penting untuk mengelakan dari kekalutan dikemudian hari.

1. Persiapan Bajet melahirkan 

Peruntukan wang lebih jika berlaku diluar jangka contoh terpaksa ceaser atau timbul komplikasi yang tidak dirancang

2. Lokasi bersalin 

Mencari  Hospital yang dekat dan mudah supaya bila berlaku apa-apa dah boleh menuju ke hospital bila sudah ada tanda -tanda untuk bersalin

Pilih hospital yang dekat dengan rumah kerana jika ada berlaku tanda-tanda hampir bersalin boleh bergegas ke hospital . Elakan pilih hospital dengan kawasan yang sesak

3. Kemudahan Hospital

Perlu diberikan perhatian adalah, wad bersalin, bilik bayi , bilik icu dan peralatan untuk hadapan saaat kecemasan. Pastikan semua lengkap dan mencukupi untuk rawaatan ibu dan anak

4. Kelas Antenatal

Pendedahan kepada anda untuk tahu selok belok perihal bersalin dan lain-lain.Antara topik yang disentuh, pemakanan semasa hamil, senaman ibu hamil, demonstrasi penjagaan bayi, penyusunan dan sebagainya

5. Penyusuan ibu

Buat persediaan cukup  sejak dari awal kehamilan jika merancang untuk menyusukan bayi secara eksklusif . Cari sebanyak mungkin maklumat berkaitan dengan penyusuan. Penyusuan dalam tempoh satu jam pertama selepas kelahiran sangat penting kepada bayi. Malah merangsang proses penyusuan ibu scera berterusan 

6. Selusuh

Amalan air seluruh sebaiknya menggunakan ayat alquran dan doa tertentu agar diberikan keuatan sepanjang proses kelahiran 


7. Kelengkapan ibu

Semakin menghampiri waktu bersalin anda sudah siap barangan kelengkapan untuk di bawa ke hospital antara ,  pakaian untuk dibawa pulang setelah keluar daripada hospital , serta alat mandian, baju. kain batik tuala wanita dan beberapa peralatan lain. Paling penting adalah kad pengenalan dan kad pemeriksaaan kesihaatan ibu hamil (buku pink)

8. Kelengkapan Bayi

Pakaian bayi baju lengan panjang, seluar, topi, sarumg tangan dan kaki, kain bedung dan selimut untuk dibawa ke hospital

9. Persediaan berpantang

 Untuk melancarkan proses berpantang, anda perlu menyediakan kelengkapan yang mencukupi. Contoh tukang urut yang mahir, bertungku, dan sebagainya. Tiada dilupa juga set berpantang cara moden 


Nak baca lagi tentang Kerperluan Wanita Mengandung boleh klik link ini.


GEEHA AMAN | PENGEDAR SHAKELEE BATU CAVES
WASAP | 0135350587 | FB GEEHA AMAN

#nextlevelBlogging

#shakleetriumph2023

#shakleethrive2023

#pengedarshakleebatucaves




Tiada ulasan:

Catat Ulasan