Khamis, 9 Februari 2023

Orang Kata Boleh Kurus Dengan Intermittent Fasting, Betul ker?







Jom Kenal, Apa itu Intermittent Fasting (IF)?


Kurus itu cantik betul tak? Sangat betul, lagi-lagi bila kurus itu adalah kurus ke arah yang sihat. Bukan kurus tapi hakikat sebenarnya badan kita sakit, kurang nutrisi dan sebagainya.

Pernah tak korang dengar tentang Intermittent Fasting ni atau lebih dikenali sebagai IF.

Ada tak kawan-kawan anda yang pernah buat IF atau anda sendiri pernah buat IF?

Takpe biar Geeha explain sikit apa itu IF.




 Intermittent Fasting (IF) tu apa?

IF ni sebenarnya adalah singkatan daripada perkatan Intermittent Fasting.Iaitu merupakan satu plan atau jadual makan yang berhubungkait dengan makan dan puasa. Banyak sekarang ni yang mengetengahkan diet yang memberikan tumpuan apa yang perlu dimakan. Cuma untuk Intermittent Fasting ni anda hanya makan untuk masa tertentu sahaja.Ada kajian yang menunjukan yang mana berpuasa untuk beberapa jam setiap hari mempunyai banyak manfaat kesihatan.


Pakar Neurosains Johns Hopkin Mark Mattson telah mengkaji tentang Intermittent Fasting selama 25 tahun tu. Nak tahu lagi apa lagi yang John Hopkin Mark Mattson kata boleh klik link biru diatas. 

Apa yang 
John Hopkin Mark Mattson kata badan kita ni telah berkembang untuk tahan tanpa makanan berjam-jam ,malah berhari-hari atau lebih lama lagi. Dulu pada zaman pra sejarah, sebelum manusia belajar bertani, mereka adalah pemburu dan pengumpul yang mana berevolusi untuk terus hidup dan berkembang maju untuk tempoh yang lama tanpa makan. 


Masa dan tenaga kita mereka banyak digunakan untuk berburu haiwan dan mengumpulkan makanan.Kalau kita undur masa 50 tahun kebelakang, negara kita banyak mengekalkan berat  badan yang sihat. Bayangkan zaman tu tiada internet, tiada komputer, malah rancangan TV pun tak banyak. Dan kebanyakan orang di Malaysia / Tanah Melayu waktu tu beraktiviti dan bersosial diantara mereka. Contoh kanak-kanak bermain dengan kawan-kawan mereka, orang dewasa bekerja bertani, berkebun menggunakan tenaga mereka 


Bila zaman berubah, Internet sangat mudah diperoleh, TV banyak sangat siaran, malah Internet sentiasa ada 24 jam sehari, maka makin ramailah tidur lambat untuk menonton TV, melihat media sosial , bermain game online, berbual dalam talian dan makan snek ringan sepanjang hari dan sepanjang malam.

Atas sebab inilah yang menyebabkan kalori bertambah dan kurang beraktiviti juga boleh meningkatkan risiko obesiti , diabetis tahap 2, penyakit jantung dan penyakit lain.Secara ringkasnya intermittent fasting
 ni bukan sejenis diet , intermittent fasting ni adalah satu kaedah yang mana dapat mengatur waktu makan untuk tujuan kesihatan. Kaedah ini merangkumi tempoh waktu untuk makan dan berpuasa. Lebih kurang sama dengan cara orang muslim berpuasa. Cuma, keadah ini dibolehkan untuk minum air kosong, green tea, atau kopi tanpa gula.


   5 TIPS UNTUK MEMULAKAN INTERMITTENT FASTING 

  • Banyakan minum air putih

  • Set tujuan kenapa buat IF

  • Mulakan dengan perlahan-lahan 

  • Jangan bandingkan dengan orang lain

  • Makan sarapan paling lambat yang kita boleh 





Jenis Intermittent Fasting (IF)


16:8 Kaedah ini sangat popular dimana kita boleh makan antara jam  12 pm hingga 8 pm tetapi anda perlu berpuasa 16 jam 

24 jam Di sini anda perlu elakan untuk makan dan minum makanan yang berkalori 1-2x seminggu. Minum air yang tidak berkalori dibenarkan 

5:2 lima hari seminggu anda dibenarkan makan seperti biasa tapi 2x seminggu makan perlu dihadkan kepada pengambilan kalori 500-600kcal sahaja.



 5 Manfaat Intermittent Fasting 





1. Kesihatan Otak.

Kajian  mendapati bahawa puasa berselang seli menambahkan  ingatan  kepada orang dewasa . Ini kerana intermittent fasting bantu meningkatkan proses neurogenesis iaitu kadar penghasilan sel-sel baru di dalam otak. Dengan peningkatan ini, ia mampu meningkatkan mood, tahap memori , fokus dan lain-lain fungsi otak

2. Bantu Diabetis Tahap 2

Untuk pesakit diabetis tahap 2, dalam tubuh badan mereka banyak sangat 'Insulin Resistence' yang tidak boleh digunakan. Apabila ia tidak berfungsi kepada hal yang sepatutnya maka gula tidak boleh ditukarkan dan dimasukan dalam sel, maka gula tersebut banyak disalur darah.

Perlu pesakit diabetis tahap 2 ini guna kaedah intermittent fasting kerana apabil berpuasa kadar 'insulin resistence' dapat diturunkan 

3. Menurunkan tahap kolestrol

Intermittent fasting bantu menurunkan bacaan kolestrol jahat (LDL Kolestrol) di dalam darah, Kadar kolestrol jahat dalam badan boleh menyebabkan penyakit jantung dan insukin resistence

4. Mengurangkan Berat Badan 

Kebaikan yang ini ramai sangat orang harapkan. Intermittent Fasting (IF) membantu untuk mengurangkan berat badan. Ramai yang berpendapat, apabila berpuasa automatik berat badan akan menurun dan badan akan semakin menurun. Bukan itu sahaja dengan menggunakan kaedah  IF ni sebenarnya dapat membantu seimbangkan hormon badan yang menyebabkan masalah berat badan berlebihan .

Dan paling bagus tentang IF ni ialah ia dapat meningkatkan kadar metabolisma dalam badan. Lebih tinggi metabolisma bermaksud lebih mudah untuk mengurangkan berat badan dapat menurunkan berat badan

5. Mengurangkan Kesan Penuaan 

Semakin meningkat dewasa semakin berkurang Human Growth Hormon (HGH) yang berfungsi dalam pertumbuhan badan , pembaharuan sel termasuklah sebagai hormon awet muda.

Bila kita lakukan  intermittent fasting atau berpuasa saintis membuktikan hormon ini telah meningkat 5x ganda berbanding apabila kita tidak berpuasa hormon awet muda ni tidak meningkat

Dengan pengeluaran hormon ini , berlaku proses fat burning effect dan juga pembaharuan sel yang menjadikan kulit lebih nampak awet muda.


Jom nak tahu lebih lanjut lagi tentang INTERMITTENT FASTING boleh klik link ni 


Geeha Aman


#shakleethrive23
#shakleetriumph23
#blogmegashaklee
#pengedarshakleebatucaves
#pengedarshakleerawang
#pengedarshakleeselayang



4 ulasan:

  1. Best la posting geeha. lengkap dengan informasi. terima kasih kongsikan info lengkap IF

    BalasPadam
  2. Terima kasih atas info sahabat. Sangat bermanfaat info ni

    BalasPadam