Rabu, 11 November 2020

TINGKATKAN KESIHATAN MINDA

 


    Kita tidak boleh memilih gen yang diwariskan dan tidak berupaya mengawal sepenuhya keadaan yang berlaku disekeliling kita. Tetapi kita berkuasa penuh terhadap fikiran dan tindakan kita. 

Jadi tingatkan kegembiraan dan kesihatan minda anda dengan mengubah cara anda berfikir dan bertindak. Tingkatkan kesihatan minda anda dengan lima kaedah dibawah:


1. Kerap bersenam

Kajian menunjukkan warga emas yang kerap bersenam mengalami penurunan daya ingatan yang lebih perlahan berbanding mereka yang kurang bersenam. Tidak perlu senaman yang terlalu berat. 

Berjalan atau berjogging setiap pagi sambil menghirup udara segar serta mendedahkan diri kepada cahaya matahari pagi adalah baik untuk kesihatan minda anda. Bersenamlah mengikut kemampuan dan keupayaan diri sendiri. 


2. Rehat untuk lebih ingat

Elakkan beranggapan bahawa anda cepat lupa atau sering kali menjadi pelupa. Anda barangkali perlukan masa untuk bersendiri. Apa yang perlu dilakukan ialah menutup mata selama 10 minit selepas  belajar sesuatu yang baru atau mahu cuba mengingat sesuatu perkara. 

Minda anda sebenarnya memerlukan ruangnya sendiri untuk beroperasi dengan lebih baik. Elak beri tekanan kepada minda anda. 

3. Belajar perkara baru

Anda boleh mencuba teka silang kata kerana ia sememangnya baik untuk merangsang otak anda aktif. Kajian mendapati sekiranya anda melakukan aktiviti yang jarang atau tidak pernah anda lakukan sebelum ini kesannya adalah lebih baik terhadap otak anda. 

Jika sebelum ini anda menggunakan tangan kanan untuk memberus gigi, cubalah sesekali menggunakan tangan kanan. 

Pastikan anda juga belajar menikmati kehidupan yang anda jalani sekarang kerana rasa syukur sangat membantu minda anda kekal sihat dan sentiasa berfikiran positif.

4. Amalkan pemakanan yang sihat

Selain melakukan pelbagai aktiviti fizikal, anda juga perlu memastikan hidangan pemakanan anda setiap hari adalah sihat. Lebihkan mengambil sayura dan buah-buahan. Lebih baik sekiranya anda mengamalkan ulam-ulaman dalam menu anda. 

Anda boleh mencuba mengamalkan minum atau makan daun pegaga kerana ia adalah antara herba yang sangat baik untuk daya ingatan anda. Tidak hairanlah mengapa masyarakat jepun sering mengamalkan makan daun pegaga kerana ia adalah makanan otak yang baik. Ia juga turut dikenali sebagai gingko biloba.

5. Membaca dan mendengarkan ayat al-Quran

Ada kajian yang menunjukkan bahawa dengan membaca al-Quran dapat menghindarkan penyakit nyanyuk. Mendengar dan membaca ayat-ayat dari kalam Allah akan menguatkan daya ingatan anda. 

Kalam suci adalah mukjizat dari Allah s.w.t yang dapat merawat hati-hati insan yang membacanya. Pelbagai penyakit dapat disembuhkan melalui ayat-ayat al-Quran dengan izin Allah. Dimana ada kajian menyatakan dengan membaca ayat al-Quran setiap hari dapat membunuh sel-sel kanser dari terus merebak. 

Oleh itu, bermeditasilah bersama al-Quran setiap hari sekerap mungkin kerana ia adalah anugerah yang terindah dari Allah untuk kesejahteraan dan panduan hidup bagi setiap hamba-hambanya. 


Sumber: iSIHAT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan