Ahad, 25 Oktober 2020

KENALI GEJALA JULING

    Juling bukanlah masalah baru. Mereka yang mengalami biasanya akan merasa diri tidak sesempurna orang lain Justeru individu yang juling sebahagiannya lebih selesa mengambil langkah tidak bertentang mata dengan individu lain lantaran kurang keyakinan diri.  

    Berikut adalah beberapa perkara untuk mengenali gejala juling yang perlu diberi perhatian khasnya bagi kanak-kanak agar dapat membesar dengan lebih yakin. Begitu juga kepada orang dewasa. Lebih awal ia dapat dikesan dan dirawat, hasil rawatan akan menjadi lebih berkesan. 

1. Lihat Matanya

Tanda pertama yang perlu dilihat adalah bagaimana si kecil anda melihat sesuatu. Perhatikan anak mata hitamnya. Pastikan bola mata kedua-duanya tertumpu pada objek yang dipandang. Sekiranya tidak, jangan mudah panik sebaliknya periksa simptom lainnya.

2. Kesan Tindak Balas

Seterusnya perhatikan tindak balas si kecil apabila berada di tempat yang  agak terang seperti di bawah cahaya matahari. Ini kerana apabia anak anda mengalami juling dia akan mengenyitkan satu mata di saat matahari terik atau memiringkan leher untuk menggunakan kedua-dua matanya secara bersama-sama.

3. Pseudostrabismus Bukan Juling

Perkara ini penting. Ibu bapa perlu tahu dan jangan mudah panik bila melihat anak baru lahir seakan-akan juling. Kemungkinan anak anda mengalami pseudostrabismus bukan juling. Turut dikenali sebagai juling palsu. Biasanya bayi mempunyai hidung yang agak lebar, leper atau agak penyek dan ada lipatan kulit yang pada bahagian kelopak dekat hidung menjadikannya kelihatan seolah-olah juling. Keadaan ini akan pulih dengan sendirinya seiring dengan bertambah usia dan perkembangan bayi.

    Ada beranggapan juling bersifat sementara dan aka pulih dengan sendirinya. Hakikatnya juling tidak bersifat sementara. Ia kekal sebaik dikesan. Namun rawatan dan teknik yang bersesuaian perlu dilakukan untuk menyelesaikan masalah ini.

    Jadi untuk hasil yang lebih baik, sebaik sahaja anda dikesan atau mengesan juling pada ahli keluarga yang lain segeralah mendapatkan rawatan bagi memberi penyelesaian terbaik kepada masalah juling ini. 


Sumber: iSIHAT


Tiada ulasan:

Catat Ulasan